Blogger Dah Biasa Dikritik

10:10 PG

Semalam seorang kawan sekelas aku yang bakal ada blog fotografi tanya sesuatu kat aku. Dia tanya aku dah ada blog berape lama dan sepanjang aku blogging, ada tak orang yang ejek atau kritik aku. Soalan dia memang sangat menarik sampai aku sendiri pun tak pernah fikir nak tanya kat blogger lain soalan macam tu.

Jadi aku terangkan kat kawan aku tu yang aku dah lebih setahun blogging dan sepanjang setahun lebih tu ada je orang yang kritik dan ejek aku beserta dengan blog ni. Ada tu memang ada tapi tak banyak pun. Kalau tak silap aku setakat ni baru ada 10 orang kot yang perli dan ejek blog ni. Naseb baik la 10 je, kalau 100 atau 1000 memang mampus la aku. Lol

Apa yang aku nak cakap sebenarnya adalah dah menjadi kebiasaan bagi blogger untuk menerima kritikan dan ejekan daripada orang lain. Blog berilmu, orang perli dan kata kita berlagak pandai. Blog peribadi pula orang kritik dan ejek kata membosankan dan banyak mengarut. Jadi walau macam mana sekalipun memang tak dapat lari lagi dah dengan segala hentaman dan ejekan daripada orang lain.

Cumanya blogger yang dikritik dan dihentam itu sendiri kena hati kering untuk hadapi semua tu. Buat tak tahu je kat orang yang ejek kita terutama sekali mereka yang meninggalkan komen dengan nama Anonymous. Bak kata sesetengah blogger yang lain , kalau nak jadi blogger, diri kena kuat terima kritikan dan ejekan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Might Also Like

10 ulasan

  1. hati kena kental. hehehe. biasa la tu. macam asam garam kehidupan juga dunia blog ni. huuu..

    BalasPadam
  2. Bukan saja blogger, bukan blogger pun org kritik juga. Dah perangai manusia cam tu, nak buat camna??


    Entri terbaru di blog JR:

    "DNA Babi Ditemui Dalam Ramly Burger?"

    BalasPadam
  3. biasalah kena kritik tu, akak pun pernah..

    BalasPadam
  4. biasa la tu...tak semua orang akan suka kita...kalau ada yang tak kena mesti akan dikritik..

    #setuju cakap ko freaky..yang penting hati kena kering bila terima kritikan ni..anggap kritikan tu suatu kritikan yang membina...bukan lagi menjatuhkan kita...(^^,)

    BalasPadam
  5. haha.. ko kena jugak r ni? aku pun dah lali dah.. tanpa nama r yg slalu kutuk.. hehe.. xpe, yg baik aku trima yg buruk, aku jdkan sempadan

    BalasPadam
  6. org yg ngutuk nie mmg itu hobi dia, kita yg berakal nie abaikan ... kang dia tak mengutuk dikira takda hobi pulak.


    Biarkan mereka yg mengutuk ini terjun dengan labu2nya

    BalasPadam
  7. kutukan itu baik utk kesihatan blog..kekekeke

    BalasPadam
  8. Sabo je la Bro..tapi kalau kita dah dapat ribu-ribu dari blog tue. Jangan pulak diorang sibuk mintak blanje ye..hehe

    Oil and Gas Blog

    BalasPadam
  9. kutukan membina takpe..biasa sekarang kutuk2 ni jeles je ! bukan jujur pun

    BalasPadam
  10. asam garam dalam dunia blog, dlm dunia realiti pun apa kurangnya =]

    BalasPadam