Khamis, 11 Julai 2013

Menu Buka Puasa 2

Jeng jeng jeng !! Semalam semua pasal daging dan hari ni plak ikan. Ade 2 lauk untuk berbuka hari ni. Satu ikan goreng masak kicap dan satu lagi kari kepala ikan. Kuih muih pencuci mulut dah dibeli oleh adik aku. Aku malas nak pergi bazar ramadhan sebab sesak sangat dengan ramai orang. Kang kalau pergi bazar boleh cuci mata plak tengok awek-awek cun dan pahala puasa pun kurus. Hehe ye ye je alasan aku x nak pergi bazar ramadhan.

p/s : korang berbuka dengan menu ape hari ni ?

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 10 Julai 2013

Menu Buka Puasa 1

Baru nak start masak.

Jeng jeng jeng !! hari dah petang dan mak pun sudah sibuk di dapur. Aku pun ada di dapur ? X la, aku sibuk main game. Hehehe sibuk jgk tu. Eh lupe nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua umat islam. Untuk puasa hari pertama ni menu berbuka adalah berkaitan daging. Daging goreng dan daging singgang. Memang menu ni salah satu lauk fevret aku kalau nak makan pada hari biasa. Lepas tu kuih muih sebagai pencuci mulut x tau lagi sebab x pergi beli lagi.

P/s : korang berbuka menu ape hari ni ?


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 8 Julai 2013

Bosan Guna Galaxy S3

Bosan guna samsung galaxy s3 ni. Tu kate adik aku bila aku tanya best ke x guna henfon tu. Nampak macam best je skrin besar gedabak pastu boleh buat macam2 contohnye amik gambar dengan kamera 8mp. Tapi ada betulnya jugak kata adik aku tu. Aku hari tu ada beli jugak fon Alcatel One Touch Glory 2S dan x sampai sebulan guna aku dah rasa boring. Last sekali fon tu aku bagi kat ayah sebab nampak ayah lagi memerlukan daripada aku.

Jahat gile kan ? Dah bosan guna baru nak bagi kat ayah. Hahaha x la memang aku beli fon tu untuk bagi kat ayah pun. Lagipun aku dah ada fon aku sendiri. Aku sendiri pun x pasti kenapa aku jadi cepat bosan dengan fon tu. Mungkin sebab android kot tapi yang bestnye boleh main instagram. Sekarang instagram aku mati sekejap sebab xde fon nak update. BlackBerry x leh guna instagram tapi aku lebih selesa guna ni untuk komunikasi dan update blog.

P/s : fon ape ye nak pakai ? Hurm


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 7 Julai 2013

Manfaatkan Cuti Dengan Game

Sebenarnya ade hikmah juga bila aku masih x keje dan menikmati cuti yang indah ni sebab aku dapat habiskan game yang tersadai masa belajar kat perlis hari tu. Haha ye ye je hikmah tapi memang tu pun aktiviti aku dari pagi sampai ke malam. Kadang2 ade la jugak keluar tapi biasanya waktu malam lepak dengan kawan-kawan. Kalau siang hari rela duk rumah layan game lagi best daripada keluar ambil haba matahari. Banyak x banyak game yang aku main tu boleh tahan la.

Ada yang main kali ke 2 dengan up level difficulty kasi payah sket dan yang best adalah main online. Seriusly online gaming memang best dan sangat mencabar sebab lawan dengan pemain dari seluruh dunia. Aku noob je dan biase2 kalau main. X de pro pun sebab main suka2 je dan isi masa lapang.

P/s : candy crush ? Aku x main tu.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 3 Julai 2013

Cari Kerja Atau Master Degree

Nah gambar kucing untuk santapan. Hehe. Aku agak dalam dilema sejak habis belajar ni. Dilema sama ada nak cari kerja atau sambung belajar ke peringkat master degree. Ikutkan kata hati memang nak cari kerja sebab aku malas dah nak jadi pelajar dan serabutkan kepala otak dengan research berbagai. Tapi andai kata takde rezeki untuk kerja takkan nak menganggur di rumah pulak kan ? Daripada menganggur baik sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan ada peluang untuk kerja dengan pihak universiti.

Tapi... Tah la. Buat masa ni aku sangat2 harap dapat kerja atau panggilan temuduga sebab hanya tu je yang boleh matikan semangat aku untuk sambung master degree.

P/s : ade sape2 yang perlukan IT Executive / Network Administrator ? Please do contact me.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 26 Jun 2013

Pesta Buku Kangar

Aku dah habis belajar degree. Yeeyyyy. Beberapa hari lepas sebelum bertolak balik ke besut aku ada pergi ke pesta buku kangar yang dibuat di kawasan stadium kangar. Gerai yang dibuka dalam dewan tu boleh tahan banyak jugak dengan pelbagai jenis buku daripada kategori ilmiah hingga komik. Aku niat just nak jalan2 dan kalau ade buku yang menarik maybe akan beli. Lepas pusing2 dan usha buku yang ada, aku beli 2 buku ilmiah dan 2 komik.

Roomate aku lagi banyak beli buku tapi lebih kepada buku indie yang penulisannya x ditapis. Aku plak x biasa sangat baca buku indie sebab x kene dengan jiwa.

P/s : please hire me :(


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 22 Jun 2013

Jamuan Perpisahan Bersama Pensyarah Kesayangan

Semalam satu kelas computer network pergi Changlun sebab pensyarah kesayangan kami ada buat makan-makan selepas solat jumaat sempena perpisahan habis belajar dan lepas ni sangat susah nak jumpa. Pensyarah ni namanya Mohamed Elshaikh dan dia banyak ajar subjek berkaitan dengan Networking sejak kami di tahun 2 lagi. Boleh kata hampir tiap semester dia ada mengajar kelas kami bermula dari tahun 2 sampai la habis belajar tahun 4.

So bila dah lama mengajar kelas kami, hubungan yang terjalin sangat rapat dan dia pun dah masak dengan perangai setiap orang dalam kelas dan kami pon masak sangat dengan perangai die. Hahaha. Sebelum balik dia ada pesan kat aku kalau2 datang area utara sila la melawat dia.

P/s : terima kasih mr Elshaikh for everything you've done like teaching us. See you next time :)


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 17 Jun 2013

Jalan2 Ke Sungai Petani

Semalam aku pergi ke Sungai Petani tapi bukan untuk main air di Carnival WaterPark sebab cuaca di bahagian kedah dan perlis banyak hujan beberapa hari ni. X syok la tengah dok best main air tibe2 hujan pulak kan. Kalo nak main kat waterpark kene cuaca panas baru best gile. So semalam just jalan2 dan luangkan masa di SP je. Ingat nak pergi terus sampai ke Pinang tapi rasa malas plak nak drive ke sana.


Sebenarnye kalo ikutkan nafsu nak je aku pegi Cameron Highland sebab dah jemu n bosan duk lepak dalam bandar. Pergi Cameron Highland lagi sejuk dari Perlis lepas tu plak sarapan pagi boleh minum tea panas sambil tengok ladang tea yang luas tu. Fuh cukup aman damai kalau dapat pergi Cameron Highland skang tapi 20 june ni aku ada last paper. Tak pasti tercapai atau x hasrat nak pergi Cameron Highland dalam masa terdekat ni.

p/s : Perlukan percutian

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 15 Jun 2013

Last Paaayyyyperrr 20 Jun

Last paper aku 20 jun ni dan masih ada 5 hari x tahu nak buat ape. Kawan aku smpai dah jadi petani yang berjaya di facebook bila 24 jam asyik duk main game macam farmville. Aku pulak x pandai nak main game di facebook. Pernah dulu main farmville 2 hari lepas tu x minat dah. So sekarang aku x tahu nak buat apa sementara nak tunggu lagi 5 hari untuk kertas terakhir tiba.

Nasib baik esok ada juga plan nak pergi main air di Carnival Waterpark, sungai petani. Dah lama x main air kat sana. Esok ahad jadi kedah keje dan takde la sesak sangat tempat tu. Boleh la main air dengan tenang pastu amik pelampung dan tidur atas pelampung. Hahaha.

P/s : panggilan keje tak dapat lagi.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 5 Jun 2013

Sesi Penilaian Akreditasi

Oleh kerana kos aku, Kej Rangkaian Komputer masih lagi baru di UniMAP dan aku merupakan batch yang pertama akan grad bulan 9 nanti jadi penilaian perlu dilakukan bagi mengiktiraf kualiti program ini. Penilaian tu dikenali sebagai Akreditasi. Dan yang malang sekali adalah dalam 47 orang pelajar kelas, aku salah seorang yang terpilih bersama 7 pelajar lain untuk disoal jawab oleh ahli panel akreditasi ni. Malang kan ? Tapi keseluruhannya ok sebab panel agak mesra cuma aku je gabra dan susah keluarkan buah fikiran.

P / s : Semoga akreditasi ni lulus dan program kami diiktiraf.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 30 Mei 2013

Pembentangan Mini Projek Pulak

Ingatkan dah habis pembentangan Projek Tahun Akhir berserta hantar report dah boleh rasa rilek, aman dan harmoni tapi sebenarnya TAK. Tadi masih ada lagi pembentangan mini projek untuk subjek Network Programming. Pastu esok malam pula ada test. Terbaik kan ? Nampak gaya lepas habis periksa akhir semester baru dapat rilek dan tarik nafas lega. Tapi kira nasib baik jugak la sebab banyak beban berat dah lepas dan tak perlu fikir banyak sangat.

P/s : tawaran kerja masih takde apa-apa berita.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Alcatel OneTouch Glory 2S

Akhirnya !!! Akhirnya !!! Akhirnya aku guna juga rebate telefon pintar yang dah lama aku nak sangat gunakan. Telefon yang aku beli adalah Alcatel OneTouch Glory 2S. Cuma kena tambah rm 50 pada rebate dan telefon ini dah jadi milik aku serta diberi bersama pek permulaan Digi. Ape yang aku pernah dengar telefon ni memang ada kontrak dengan digi jadi siapa yang beli telefon ni akan dapat sekali pek permulaan digi. Untungnya lagi Digi bagi internet 3 bulan percuma berserta kuota 1.5 Gb.

Jadi untuk 3 bulan dari sekarang memang aku guna pelan Digi pada telefon tu untuk surf internet dan main twitter, instagram dll. Lepas 3 bulan mungkin akan tukar perkhidmatan umobile sebab lagi murah seperti yang aku guna pada telefon Blackberry. Apa pun ni adalah telefon android yang pertama aku pakai dan agak teruja nak explore benda baru. Lepas guna 2 hari dan dibandingkan dengan Blackberry aku boleh kata ada fungsi yang disuka dan ada yang agak leceh sedikit tapi masih berbaloi dengan nilai.

P/s : Gf buat main game candy crush plak dengan telefon ni. Gggrrrrr


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 25 Mei 2013

Jangan Salah Beli Syampu

2 minggu lepas aku ada beli body shampoo yang warna oren macam dalam gambar tu. Memang sakan la shampoo satu badan ditambah dengan bau oren yang cukup best masa mandi. Lepas seminggu guna yang oren tu bahagian badan aku jadi lain macam sikit. Bawah ketiak jadi kering dan merah macam ruam dan kat sendi lengan pon dia jadi kering macam menggelupas. Mulanya aku ingat masalah biasa bila berpeluh sebab perlis ni panas gila.

Tapi nak kata disebabkan peluh macam tak logik sebab baru-baru ni x panas sangat kalau nak banding dengan sebulan atau 2 bulan lepas. So aku ada terfikir kulit jadi merah dan naik macam ruam lepas guna syampu oren tu selama seminggu lebih. Dan 3 hari lepas aku decide stop guna syampu oren tu dan kembali guna syampu lama shokubutsu macam dalam gambar tu. Skang dah hari ke 3 dan ruam di bawah ketiak dah banyak hilang. Kat bahagian lengan yang baru nak menggelupas dah hilang terus lepas guna balik syampu shokubutsu.

Skang aku dah x pakai syampu oren tu tapi rasa sayang pulak sebab masih banyak dan bau die pon wangi. Apa pun aku x berani nak kata yang syampu oren tu tak bagus. Mungkin syampu oren tu x sesuai untuk badan aku sebab tu naik ruam merah. Siapa yang try boleh la cuba pakai syampu oren tu. Hehe

P/s : 1 syampu 1 semester aku guna. Haha


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 22 Mei 2013

Program Karnival Kerjaya UniMAP

Hari ni dan esok berlangsungnya Program Karnival Kerjaya UniMAP yang diadakan di kampus utama pauh universiti malaysia perlis. Yang paling bestnya pelajar tahun akhir wajib datang bagi mendapatkan cop mohor bagi melayakkan pelajar untuk grad pada bulan 9 ni. So kalau x datang maka x dapat la cop mohor dan mungkin tak dapat grad la kot. Entah la tapi program ni banyak juga manfaatnya walaupun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 20km untuk pergi ke kampus utama.

Antara manfaatnya adalah pelajar tahun akhir boleh hantar resume kepada company yang datang buka booth di tapak yang telah disediakan. Masa ni la yang sesuai bagi yang nak minta kerja. Boleh hantar resume dan silap hari bulan terus dapat first interview lepas hantar tu. Tapi aku x hantar pun resume tadi sebab aku nak cari kerja lain. Lagipun dah banyak aku hantar resume melalui internet kepada syarikat-syarikat yang aku berkenan cuma buat masa ni masih tak ada respon daripada mereka. Apa pun esok masih ada lagi program ni dan masih x terlambat untuk dapatkan maklumat mengenai kerja.

P/s : manfaat lain dapat cuci mata. Hahaha


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 21 Mei 2013

Sijil Kursus Kahwin Dah Dapat Tapi

Rasanya minggu lepas ade pengumuman bahawa sijil kursus kahwin dah pun dikeluarkan dan hari ni baru teringat untuk ambil sijil. Jadi bila dah ambil sijil tu rasa agak terkilan sikit dengan kesalahan ejaan nama pada sijil tu. Kesalahan x banyak pun cuma Mohammad tu sepatutnya jadi Muhammad. Tapi masalahnya bukan aku sorang je alami kesalahan ejaan macam ni. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang turut alami kesalahan ejaan nama yang agak kritikal.

Persoalan sekarang macam mana boleh sampai macam tu sekali ? Nak kata senarai nama peserta agak banyak ? Rasanya dalam 200+ nama peserta je. Aku sendiri pernah key-in data nama user seramai 700+ orang semasa menjalani praktikal tahun lepas. Lepas key-in tu cek 2 atau 3 kali bagi memastikan nama yang dimasukkan sama seperti yang dalam list tu dan alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Ini sijil kahwin siap fotostat salinan kad pengenalan lagi hari tu, pon masih ramai yang mengalami kesalahan ejaan. X tahu la kat mane yang x kena.

P/s : apa pun terima kasih kerana menganjurkan kursus kahwin :)



Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Bertukar ke UMobile

Straight to the point aku dah bertukar dari celcom ke umobile. Sebabnye ?? Sebab pelan bis blackberry umobile lagi murah daripada bis celcom. Tapi no celcom lama masih digunakan di telefon lampu suluh cuma blackberry kesayangan menggunakan umobile. Kalau bab internet, fon blackberry merupakan keutamaan bagi aku dan no 2 adalah komputer. Kiranya kalau komputer takde internet tu no hal punye asalkan fon di tangan ade akses internet.

Cakap pasal murah, dengan umobile hanya perlu belanja rm 19 sebulan dan rm 34 untuk 2 bulan blackberry bis subscription. Kalau celcom sebulan rm 25 dan 2 bulan = rm 50. Nampak x beza yang ketara kat situ ? Pasal servis pula aku x dapat nak komen sebab baru je guna hari ni tapi sebelum ni ada tanya kawan-kawan yang guna dan diorang kata servis agak bagus. Ceh macam promote plak kan ? Tapi aku hanya share je. Bagi aku memang sangat memerlukan pelan internet yang murah sebab nak save duit. Maklum la keje x lagi x leh la nak guna yang mahal2 sangat.

P/s : yey dah aktif untuk bis blackberry 2 bulan.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 20 Mei 2013

Hujung Minggu Yang Burn

Semalam baru saja selesai menghadiri salah satu program universiti yang dikhaskan untuk pelajar tahun akhir. Fokus utama program lebih kepada pededahan bagaimana menghadapi sesi temu duga dan apa yang perlu ada dalam resume sewaktu pertama kali untuk meminta kerja. Nak kata banyak input yang dapat tu boleh la lagipun aku hanya fokus pada sesetengah part je.

Yang selebihnya aku tak berapa fokus dan banyak bermain. Hehe biasa la aktiviti macam ni di hujung minggu memang agak susah aku nak bagi perhatian lebih-lebih lagi hari khamis minggu lepas baru saja bertungkus lumus siapkan laporan Projek Tahun Akhir. Sekarang projek aku pun dah selesai dengan jayanya cuma tunggu masa untuk sesi pembentangan pada minggu depan. Lepas tu periksa akhir semester dan habis belajar. Yeeyyy.

P/s : Panggilan kerja masih tak dapat ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 20 April 2013

Join Kursus Kahwin

Luffy excited menghadiri kursus kahwin.

Hari ni dan esok ada kursus kahwin yang dianjurkan oleh pusat islam universiti malaysia perlis dan aku pon amik peluang untuk join kursus ni sebab ramai kawan2 yang sertai. Bila dah join kursus macam ni rasa macam dah tua pulak padahal aku sendiri pon x sedia lagi nak kahwin. Tapi x pe la disebabkan sekarang tengah free tu yang join. Mane tahu bila dah kerja nanti sibuk dan susah nak join.

P/s : usha2 calon isteri di kursus kahwin :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 19 April 2013

Mengembara Bersama Monkey D Luffy

Semangat fanatik yang sangat berkobar-kobar terhadap anime One Piece mendorong aku untuk beli action figure dalam gambar di atas. Dan kalau boleh aku akan bawa action figure ni kemana saja aku pergi untuk diambil gambar dan buat macam pergi mengembara. Oh yer aku beli action figure ni kat laman mudah je dan kalau ada siapa yang teringin nak beli jugak boleh la lawat laman web ni : http://mudah.my/topihitam. Harga pun x mahal sangat dan sangat sesuai untuk dibuat koleksi.

P/s : lantak la orang nak kata aku macam budak kecik main dengan action figure.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 29 Mac 2013

Bahang Projek Tahun Akhir

Jeng jeng jeng... Aku dan 2 orang classmate sibuk siapkan projek tahun akhir yang tak siap-siap lagi. Banyak masalah yang timbul dalam nak siapkan projek ni. Walaupun projek ni takde susah sangat tapi masalah kecil seperti isu x compatible tu yang buatkan benda senang jadi susah. Projek buat di pejabat supervisor dan dalam seminggu tu 3 kali datang buat dan tiap kali datang pasti jadi penin & serabut kepala sebab ade je masalah yang timbul.

P/s : harap-harap dapat siapkan sebelum bulan Mei

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 16 Mac 2013

Ketagih Gardenia Bun Sambal Bilis

Aku kalau ketagih mesti bab makan. Sebab tu badan dah makin gemok. Tapi mummy asyik membebel je bila asyik makan. Kira oke la kan aku ketagih makan. Kalau aku ketagih rokok ke, ketagih dadah ke, ketagih perempuan ke mesti lagi teruk ... Alamak bab perempuan tu memang x dapat nak elak sebab aku lelaki normal. Hehehe. Jadinya aku mula makan Gardenia Bun Sambal Bilis ni pada semester lepas. Roti ni dah lama wujud di pasaran Malaysia cuma aku je bodoh sombong x nak cuba rasa.

Bila sekali cuba rasa semester lepas, nah amik kau, terus rasa nak makan selalu. Best wooo sumpah aku tak tipu pon. Selain tu aku pernah cuba rasa yang jenama High Five ikan bilis jugak tapi takleh challenge yang Gardenia lagi. Dengan Gardenia, roti bun yang lembut dan gebu ditambah dengan rasa ikan bilis yang kena dengan selera aku terus buatkan hati aku jatuh cinta. Dan sekarang hampir tiap hari aku beli roti ni. Kadang2 lepas makan malam pun sempat lagi beli bun ikan bilis ni untuk bekalan makanan sejam kemudian.

P/s : sem ni tah ape makanan lain plak yang aku ketagih.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 15 Mac 2013

Pelajar Universiti Perlu Jadi Bijaksana

Pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah selepas tamatnya kelas Kemahiran Berfikir ( thinking skill ). Tapi ni gambar semalam yang aku sempat ambil sementara tunggu semua pelajar lain keluar. Cakap pasal kelas kemahiran berfikir, aku jadi teruja dan excited dengan kelas ni sebab pensyarah membincangkan dan membentangkan topik yang memerlukan pelajar berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa dan ada juga diselitkan sekali nilai-nilai moral serta pengajaran yang dapat diambil iktibar.

Apa yang ditekankan oleh pensyarah semalam adalah pelajar perlu menjadi bijaksana dalam pemikiran. Bijaksana merangkumi semua aspek bukan sahaja akal fikiran tapi emosi, tingkah laku, dan rohani. Sebagai contoh ada orang yang bijak dalam pelajaran namun bila emosi gagal dikawal sekaligus menjerumus kepada tingkah laku yang tidak baik. Sebab tu bijaksana ni sangat diperlukan supaya emosi, tingkah laku dan rohani dapat dikawal dengan baik dan menjerumus kepada sesuatu yang positif.

P/s : ini merupakan apa yang aku faham mengenai bijaksana.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 13 Mac 2013

Koko Crunch di Tengah Malam

Orang lain makan koko crunch waktu sarapan pagi tapi aku pulak pergi bantai koko crunch dengan susu segar waktu malam, tengah malam pulak tu. Ni kali ke 2 aku makan koko crunch pada tahun 2013 dan kali pertama dalam minggu lepas. Tahun 2012 yang lepas rasanya aku x makan langsung pun. Entah la tiba-tiba rasa nak makan sebab teringat kenangan sarapan pagi masa duk asrama zaman sekolah 5 tahun yang lepas.

Dulu waktu duk asrama memang ada sarapan pagi dengan koko crunch brsama susu suam-suam panas dan feeling dia memang cukup best. Best sebab susu tu segar dan rasa coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum. Tapi bila dah habis zaman sekolah memang x makan dah macam tu dan minggu lepas aku jadi teringin nak makan balik sebab teringat punya pasal. Nasib baik mudah je nak cari kat kedai, susu GoodDay kotak kecik pastu sekotak kecik koko crunch dan .... Siap untuk dimakan.

P/s : lepas ni nak rasa corn flakes la plak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 11 Mac 2013

Tema Blog Tahun Ini Adalah Pink


Sejak masuk tahun 2013 hari tu aku tengok ada beberapa blog yang bertukar tema warna jadi aku pun nak menyibuk jugak untuk tukar tema warna blog ini daripada purple kepada pink. Jadi kenapa warna pink ? kenape x pilih warna lain selain pink ? warna lain pun banyak lagi style dari pink tapi kenapa mesti warna pink jugak ?

Jujurnya aku tak suka pun warna pink ni lebih-lebih lagi kalau baju lelaki warna pink. eeeuuuwwwww tapi ade beberapa blog bertemakan warna pink kelihatan sangat menarik dan aku sendiri nak cuba make up blog ini menjadi warna pink. Dan hasilnya adalah seperti yang korang dapat lihat sekarang ni. 

p/s : jambu x jambu x ? hehe
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 13 Februari 2013

Rumusan Keyword Untuk Minggu Ini

Rasanya dah cukup lama aku tak review mengenai keyword yang masuk ke blog Firdaus Life ni. Lagipun benda macam ni bukan penting pun kepada blog aku kerana bukan menumpukan kepada Search Engine Optimization ( seo ). Kalau main seo baru la nak kena sentiasa pantau keyword yang masuk ke blog. 

Sebenarnya sejak dua tiga empat dan lima hari ni trafik yang masuk ke blog nampak agak menarik dan aku pun menjadi tertanya-tanya mengenai apa yang dicari oleh pengunjung yang masuk ke blog ini. Jadi dengan penuh tanda tanya aku pun melihat statistik keyword yang masuk ke blog ni atau dengan ringkasnya bermaksud hasil carian yang datang ke blog aku yang hensem.


Hahahahaha terkejut ? aku lagi terkejut cik abang akak oi. Kalau tengok yang paling atas tu kita dapat faham bahawa ramai pembaca cerita lucah masuk ke blog ni. Alamak sory la peminat cerita lucah sekalian kerana aku takde post macam tu. Aku pun hairan kerana aku dah lama buang post yang mengarut sejak setahun yang lepas dan link-link tak berguna semua aku dah inform kepada saudara Google supaya dibuang dari index.

Satu lagi keyword yang mengejutkan aku adalah babi.blogtak tu. Ape benda tu ? Setahu aku la kan, aku tak pernah pun mention mana-mana perkataan macam tu dalam blog ni.  Entah ape la yang diorang ni cari aku sendiri pun tak tahu. 

Secara keseluruhan beberapa keyword yang aku target seperti one piece, awek cun, dan juga definisi coklat ( kek coklat ) ada mengena dalam usaha menarik pengunjung. One Piece tu kalau push sikit lagi banyak trafik boleh masuk sebab peminat manga yang ramai dari seluruh dunia tapi aku jadi malas nak buat review pada setiap minggu apabila episod baru dikeluarkan.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 10 Februari 2013

Hajat tercapai di kenduri kahwin

Petang tadi aku dengan gembira dan excited melampau-lampau menghadiri kenduri kahwin sepupu. Tapi aku gembira terkinja-kinja bukan sebab kahwin sepupu, sebaliknya seronok sebab dapat makan daging gulai kat kenduri. Dah lama ceq mengidam nak makan gulai kawah / gulai kenduri kahwin sejak bulan 8 tahun lepas lagi tau. Akhirnya hari ni dapat juga makan. Itu pun mujur ada sepupu kahwin. Kalau x memang x berkesempatan la nak menjamah menu tu.

Apa yang sedap sangat gulai kat kenduri kahwin tu ? Ahaaa kalau area pantai barat aku x tau la korang menu apa bila kenduri kahwin tapi belah pantai timur ni kalau xde gulai kawah memang tak sah. Rasa dia memang cukup ummpphhh tapi tak boleh makan banyak sangat sebab kolesterol tinggi. Tapi rasanya petang tadi agak banyak jugak la aku makan. Takpe makan beberapa bulan sekali je, bukan selalu pun. Lepas makan, hilangkan dahaga dengan air sirap pulak. Ahaaa waktu kenduri la satu-satunya detik dimana air sirap menjadi sangat sedap. Aku pun tak tahu kenape tapi memang sedap pun air sirap kat kenduri kahwin.

Lusa akan ada kenduri belah rumah pengantin lelaki pulak. Lagi sekali akan berpeluang makan gulai daging. Jemu ? Nak jemu apenye sebab aku dah lama x makan tu. Susah kot nak jemu sebab kenduri ni bukan ada tiap hari. Paling kerap pun 2 bulan sekali. Dalam 2 bulan sekali ni la nak makan kaw-kaw sikit. Aku kalau bab makan memang syok sembang sampai lupa nak berenti. Ok la nak tengok tv lak. Esok rehat dan lusa kenduri lagi. Layannn

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 9 Februari 2013

Kemaskini Fail Peribadi

 
Bukan selalu aku rajin Kemaskini Fail Peribadi. Ada dalam setahun sekali kot tapi kali terakhir aku buat rasanya awal tahun lepas. Cuti ni sambil kemas rumah tadi ada ternampak fail kepunyaan aku di atas rak. Aku pun ambil untuk tengok dokumen-dokumen yang ada dalam tu yang berkaitan dengan hidup aku. Boleh kata semua maklumat penting ada kat dalam tu dan kalau hilang fail ni memang mampus la aku jawabnya.

Bila diteliti setiap helaian, tiada apa yang dapat aku tambah ke dalam fail peribadi ni. Semua sijil penyertaan atau penghargaan ada di kampus buat masa sekarang dan mungkin akan update kembali fail peribadi ni lepas tamat pengajian pada bulan Jun tahun ini. Dalam fail ni bukan saja ada maklumat atau dokumen penting malah ada juga aku selitkan sekali beberapa gambar sejak dari zaman persekolahan sehingga ke zaman matrikulasi.


Bila dah masuk universiti, dah pakai kamera digital jadi semua gambar simpan dalam pendrive je. Sebenarnya seronok bila kadang-kadang kita lihat fail peribadi. Teringat kenangan masa kecil-kecil dulu waktu mula bersekolah, tengok gred peperiksaan yang agak tak menarik, kad laporan kesihatan, dan macam-macam lagi. Semua tu jadi indah bila diingat kembali sewaktu meneliti setiap helaian yang ada dalam fail tersebut.

p/s : Bagus betul ayah yang buat fail ni. Sangat membantu bila perlukan sesuatu yang sangat penting.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 6 Februari 2013

Gebu sungguh anak kucing

Caakkk.. Miau buat ape tu ? Setiap kali aku balik cuti semester pasti ade bertambah kucing aku. Baru-baru ni pun ade bertambah sampai 5 ekor tapi dalam banyak-banyak tu aku ada suka yang seekor ni. Dia gebu je bila pegang dan tak mudah lari bila aku nak grab. Dia pun nampak macam suka kat aku siap kacau masa aku duk online lagi.

Nama dia aku tak bagi lagi sebab biasanya yang bagi nama kepada semua kucing kat rumah adalah adik aku. Tunggu dia balik cuti raya cina ni baru nak bagi nama kat kucing ni. Hehehe tah nama ape la yang ko bakal dapat nanti kucing oi. Cuti ni hanya mampu main kucing je sebab tak bawak balik game ke rumah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 4 Februari 2013

Devil May Cry Game Yang Best

Devil May Cry Game Yang Best dan begitu mengasyikkan sampai sangat susah untuk berhenti bila dah mula main. Haish baru je 3 hari balik ke rumah di Besut, Terengganu dah mula rasa gian dan ketagih nak main game. Cuti semester kali ni tak bawa balik komputer berserta game di dalamnya sebab takde kenderaan nak bawa balik sekali. Biasanya balik tumpang kawan dan boleh la sumbat barang-barang lain sekali tapi kali ni terpaksa balik naik bas. Takkan nak usung komputer dalam bas pulak kan ? Risau la takut kena kebas dengan orang lain kalau bawa macam tu je.

Berbalik kepada game Devil May Cry ( DMC ) ni, ianya bukan game baru kerana keluaran pertamanya adalah pada tahun 2001 iaitu pada zaman Playstation 2 baru keluar. Kemudian disusuli dengan DMC 2, DMC 3, dan DMC 4. Tapi awal tahun 2013 baru-baru ni keluar game ini sebagai versi Reboot atau boleh kata dibuat kembali bersesuaian dengan grafik, gameplay dan juga teknologi pada zaman sekarang. Jadi aku sempat meluangkan masa beberapa jam  bermain game ini dan hasilnya agak " WOW !!! " melekat terus hadap game tu sampai susah nak berhenti.

Namun sengaja game tu tak dihabiskan dengan cepat kerana bimbang nanti kalau dah habis main tak tahu nak layan game ape lagi. Setiap hari main sikit-sikit dalam 2 atau 3 jam camtu baru la lama sikit boleh layan sementara tunggu game yang baru untuk keluar.

Devil May Cry game Yang Best


Bagi yang masih tertanya-tanya apa yang best mengenai game ini, Aku hanya boleh ceritakan serba sedikit berdasarkan apa yang aku dah main. Kalau betul-betul nak feel kena la main sendiri baru la tahu best ke tidak. First adalah gameplay itu sendiri. Gameplay agak susah dan mencabar sebagai third person ditambah lagi dengan pelbagai skill membunuh bersama combo yang gempak dan menarik untuk ditonton sewaktu kita membunuh demon. Setiap combo yang kita lakukan akan ada level atau ranking yang tersendiri dan yang paling tinggi adalah dapat level SSS yang mana timing amat penting untuk lakukan combo pada demon.

Selain combo, tidak dinafikan bahawa grafik pada game ini sangat cantik dan tidak terlalu berat seperti game yang lain. Memandangkan graphic card komputer aku pun tidak terlalu power, tapi game ini mampu run pada resolusi 1600 X 1050 dengan semua setting pada high yang mana memaksimumkan tahap grafik untuk kepuasan yang lebih masyuk. Watak hero yang dikenali sebagai Dante mengalami sedikit perubahan berbanding Devil May Cry yang lama tapi masih lagi kelihatan kuat dan mampu menewaskan musuh. Manakala musuh pula iaitu demon atau Syaitan memang kelihatan sangat hodoh gila mampu membuatkan sesiapa yang main game ni rasa nak bunuh sangat-sangat demon-demon ni semua.

Keseluruhannya game ini memang best untuk dilayan dan cukup berpuas hati apa yang berkaitan. Bila balik perlis kena sambung main lagi game ni sebab tak habis lagi. Kena habiskan secepat mungkin sebab 19 Februari ni game baru pula akan keluar iaitu Crysis 3. Syoknya main game.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 25 Januari 2013

Model Perempuan Seksi

Kenapa Model Perempuan Seksi ? dan bukan pula menggunakan model lelaki ataupun lebih bagus tak perlu guna model lansung ? Tu yang buat aku tertanya-tanya apabila melihat iklan sama ada ketika hendak membeli barangan dan juga iklan yang dipaparkan di tv. Yang paling tak boleh diterima apabila barangan yang dijual lansung takde kena mengena dengan perempuan. Saja nak letak model seksi kat situ untuk tarik perhatian ( kononnya la ).

model perempuan seksi

Model gempak. Bila main game watak kebanyakannya adalah lelaki.

Orang kata model perempuan lebih pandai bercakap dan menarik perhatian pembeli. And then aku jadi... eh ye ke ? aku rasa statement tu tak berapa nak tepat berdasarkan pengalaman aku sendiri. Maksud aku dalam sesetengah bidang seperti alatan kecantikan dan kosmetik, yer memang model perempuan lebih pandai bercakap berbanding model lelaki yang kelihatan agak lembut auw-auw.

Buktinya, Aku selalu pergi ke pc fair dan kat situ biasanya akan ada model yang memperagakan dan menunjukkan produk yang dijual. Tapi objektif utama aku pergi sana adalah untuk membeli barang komputer dan bukannya untuk usha model-model yang hot. Dan kat situ jugak ade model lelaki yang turut sama memperagakan produk.


Aku pernah tanya soalan kepada model perempuan dan lelaki mengenai produk komputer yang dijual dan hasilnya model lelaki yang kacak dan tampan itu mampu menerangkan dengan lebih baik berbanding model perempuan seksi yang ada di situ.

Apa pun ini hanya la berdasarkan pengalaman aku. Mungkin ada diantara korang yang lain pula pengalamannya. No offense, aku takde masalah apa dengan mana-mana model perempuan seksi cuma agak curious kenapa hampir semua pengiklanan nak guna mereka. 

p/s : model tudung x seksi tapi cun gile. miahaha

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 24 Januari 2013

Telefon Blackberry Sentiasa Dihati

Walaupun Samsung dan Apple mendominasi pasaran besar dunia smartphone, tapi aku masih tetap selesa dengan servis dan penggunaan telefon pintar Blackberry. Boleh kata Telefon Blackberry Sentiasa Dihati, tak kira bila dan dimana pasti aku akan bawa bersama.

Bagi sesetengah orang, mereka kata telefon ni agak membosankan kerana hanya mempunyai sedikit kelebihan berbanding telefon pintar yang lain iaitu aplikasi Blackberry Messenger. Lagipun telefon ini tidak mempunyai pilihan game yang menarik dan menyeronokkan serta aplikasi yang agak hebat seperti yang terdapat pada pelantar Android dan iOS. 

Yer memang aku sangat sangat setuju dengan pendapat sesetengah orang tersebut. Aku tak suka main game di telefon kerana skrin yang agak kecil dan batasan kepuasan yang tak dapat nak ditandingi apabila bermain game menggunakan komputer. Biasanya main game di telefon menyebabkan bateri cepat habis. Kawan-kawan aku yang suka main game di telefon biasanya tak sampai 1 hari sudah habis bateri dan terpaksa caj dengan kerap untuk guna kembali telefon mereka.

Telefon pintar Blackberry pertama yang aku guna adalah versi Curve 8520 yang mana telefon tu aku dapat daripada seseorang dan bukan aku beli. Nak tahu macam mana aku dapat telefon tu ? Boleh klik di bawah ni.

Aku Dapat BlackBerry Curve 8520


Sejak dari itu aku dah mula suka dan seronok menggunakan telefon Blackberry. Aplikasi blackberry messenger merupakan sebab utama kenapa aku terus menggunakan telefon ini. Dengan menggunakan pelan Celcom prepaid, sebulan hanya perlu topup rm 25 untuk mengaktifkan pelan internet dan lepas tu boleh chit-chat sampai lebam dengan pengguna Blackberry yang lain selama sebulan.

Selain dari aplikasi dan pelan internet yang disediakan, rekaan ( design ) telefon Blackberry juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan aku jatuh cinta. Bagi aku, bagi aku la kan rekaan telefon ini agak kelihatan style dan elegan dengan bertemakan warna hitam serta menampakkan lagi ke-machoan telefon tersebut.

Buat masa ni aku takde selera untuk tukar kepada telefon model lain walaupun kadang-kadang ada tertarik dengan sesetengah model keluaran Samsung namun pelan internet yang disediakan agak mahal menyebabkan hilang selera aku untuk mencuba. Mungkin kalau pelan internet yang lebih murah diperkenalkan, aku akan pertimbangkan penggunaan telefon pintar yang lain.

p/s : Apa guna telefon pintar kalau takde internet ?
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 23 Januari 2013

Wordless Wednesday : Crysis 3 Wallpaper

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 22 Januari 2013

Rebate RM 200 : Apa Yang Nak Dibeli

Korang dapat rebate rm 200 tak ? Aku dapat dah melalui emel selepas 2 minggu dari tarikh memohon hari itu. Walaupun aku sendiri dah guna smartphone Blackberry tapi tetap juga ambil sebab orang nak bagi kan ? Dan sekarang aku tak tahu dan tak pasti lagi smartphone apa yang nak dibeli.



Memandangkan aku sendiri dah ada smartphone, rasanya rebate tu aku ingat nak guna untuk beli  sebiji lagi smartphone dan hadiahkan kepada ayah. Sekarang ni my daddy guna telefon nokia 1110 ( eleven ten ) yang dibeli sejak 6 tahun yang lepas dan rasanya sudah sampai masa untuk dia bertukar kepada telefon yang lebih canggih serta moden bersesuaian dengan tahun baru ini.


Selepas survey harga dan model smartphone yang ada di pasaran serta bersesuaian dengan penggunaa, aku bercadang untuk membeli model Samsung Galaxy Chat. Rupa dan gambaran model telefon tersebut boleh tengok pada gambar di bawah :


Mulanya ingat nak beli Blackberry Curve 8520 untuk ayah tapi bila fikir balik ayah hanya nak guna telefon untuk sekadar membalas sms dan juga menjawab panggilan saja. Nanti fungsi lain dalam blackberry tu tak digunakan dan agak membazir disitu. Jadi dengan Samsung Galaxy Chat ayah boleh cuba untuk menggunakan fungsi touch screen dan kamera yang lebih baik berbanding telefon Blackberry tu.

p/s : Galaxy Chat for my daddy. Hoooraayyyyy

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 13 Januari 2013

Relationship Makin Tawar

Tu la yang aku sedang rasa sekarang. Sama ada dia masih lagi gembira, excited atau biasa-biasa je aku tak tahu yang tu tapi perasaan aku agak tawar. Sebenarnya salah aku jugak sebab setiap kali keluar jumpa dia aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin aku lebih suka buat kerja sorang diri menyebabkan aku selalu takde modal / idea untuk cakap banyak malah kalau lepak dengan kawan-kawan pun aku bukan banyak cakap. Dengar, diam, pastu kalau rasa boleh menyampuk  baru aku sembang.

Tapi setakat isu takde idea nak sembang bukan penyebab utama kenapa aku rasa makin tawar. Sebenarnya aku rasa sangat cemburu. Ha ah aku tahu cemburu tu bahaya tapi nak buat macam mana sebab aku masih lagi manusia yang ada perasaan dan cemburu tu sangat susah nak atasi. Aku cemburu bila tengok dia banyak dan sering duk tweet-tweet dengan jantan lain. Ops sory *lelaki lain. Itu baru tweet, bbm atau sms aku tak berani nak kata sebab aku tak nampak depan mata dan aku taknak pandai-pandai buat andaian benda yang aku tak nampak dan tak tahu. So nak mudah aku anggap je dia tak bbm atau sms dengan jantan lain. Ops sory lelaki lain.

Aku pernah tegur dan beritahu dia banyak kali yang aku tak suka macam tu tapi si dia beri alasan mereka tu hanya sebagai kawan. Aku pun bila dah dia cakap macam tu terpaksa la ok je tapi dalam hati tetap tak ok pun. Siapa la aku nak halang dia dari contact lelaki lain kan ? Aku pun masih sedar diri yang aku belum lagi bergelar suami dia yang sah sampai nak halang dia daripada berkawan dengan mana-mana lelaki. So daripada aku menjadi teman yang memaksa seperti sesetengah lelaki lain yang sekeras-kerasnya memaksa teman wanita mereka, aku biarkan je hal ni dan cemburu tu aku simpan dalam-dalam.

Dalam cemburu aku ada rasa takut. Baru-baru ni kawan aku yang dah 3 tahun in relationship putus. Putus sebab awek dia blah pergi kejar jantan lain. Biasa dok dengar kes lelaki blah cari awek lain tapi faktanya awek dia pergi kat lelaki lain. Kesian gila kat kawan aku tu. Padahal aku selalu nampak diorang luang masa bersama pada waktu petang. Dan yer aku memang takut perkara yang sama jadi kat aku.

Si Dia selalu cakap dan yakinkan aku bahawa dia takkan pergi kat lelaki tapi sejauh mana aku boleh percaya kalau si dia sering dan kerap duk layan lelaki lain walaupun sebagai kawan. Setiap bulan ade je lelaki baru yang dilayan pada timeline. Bila aku tanya jawapan dia adalah kawan matrik, kawan sekolah, kawan fakulti lain, junior, senior, kawan kepada kawan dan macam-macam kawan lagi. Dah tu agak-agak boleh ke aku bagi kepercayaan penuh pada ape yang di beritahu aku lepas tengok si dia rajin je duk berhubung dengan kawan-kawan lelaki lain ?

Aku pun ada kawan-kawan sekelas perempuan yang in relationship, bertunang dan yang dah kahwin pun ada. Tapi yang dah kahwin tu aku tak kira la sebab diorang dah berada pada tahap lain. Kawan-kawan perempuan sekelas yang dalam relationship dan bertunang aku tengok takde pun yang yang jenis melayan kawan-kawan lelaki lain kat timeline. Kalau ade pun hanya kawan dan geng-geng sekelas je yang aku nampak. 

Aku pernah cerita hal ni kat adik aku. Adik aku perempuan dan dia memang sporting bab macam ni sebab tu aku suka cerita kat dia. Adik aku kata dia pun ade jugak berhubung dengan lelaki lain macam kawan sekolah, kawan fakulti lain tapi takde la kerap dan selalu. Dalam seminggu sekali tu ade la jugak dan kadang-kadang lansung takde. Bila aku dengar adik aku cakap macam tu, seminggu sekali ok la kan ? Takde la nak contact sampai setiap hari.

Jadi motif aku tulis ni adalah disebabkan aku dah tak mampu lagi nak simpan. Beritahu kat si dia sudah aku beritahu sejak dulu lagi. Tapi ia masih berterusan dan makin kerap aku tengok. Mungkin juga salah aku sebab cemburu buta tak tentu pasal akan hal seperti ini. Tapi soal hati dan perasaan aku cuba sedaya upaya untuk elak si dia dari jatuh ke tangan lelaki lain. Sebab aku penat nak mulakan relationship baru dengan orang lain. Aku penat...
~ Baca Selanjutnya ~