Isnin, 9 Mei 2011

Pagi tadi ke Water Land

Pagi tadi aku pergi ke Water Land di sungai petani, Kedah. Bertolak pukul 9 pagi dan sampai di sana pukul 11. Sampai je kami terus mandi manda dan pusing semua kawasan dalam Water Land tu. Yang paling best semestinya turun melalui gelungsur menggunakan pelampung kerana gelungsur sangat tinggi dan curam.

Overall aku enjoy sangat untuk hari ni dan aku main air sampai kepala aku jadi penin akibat banyak sangat air masuk dalam kepala otak.

Tak ramai orang kerana hari ahad merupakan hari bekerja di Kedah.

Gambar lepas mandi dan berehat seketika untuk makan dan minum.
Lepas tu sambung main air lagi.

Ok tu je nak cerita, gambar masa tengah main air tak ada kerana tak ada sapa yang nak snap masa tu.

p/s : Best jadi kanak-kanak riang hari ni

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 7 Mei 2011

Esok Pergi Waterland


Malam ni rasa sangat lapang dan tenang. Dah lama x rasa lapang dan tenang macam ni tau. Ye la peperiksaan dah habis jadi takde la benda yang serabutkan kepala ni. Kawan-kawan aku semua menunjukkan muka riang dan hepi menandakan tamatnya peperiksaan untuk semester ini.

Lepas maghrib tadi ade seorang kawan aku daripada kos Kejuruteraan Bioproses call dan dia tanya sama ada nak ikut pergi ke Waterland di Sungai Petani pada esok pagi. Aku pon dengan laju dan gembira mesti la kata nak ikut. Aku sendiri dah lama tak pergi ke Waterland.

Kali terakhir aku ke taman tema air adalah pada tahun 2007 iaitu di Bukit Merah Laketown. Rasa macam tak sabar la pula nak pergi kat sana dan main air dengan riang ria macam kanak-kanak.


Seronok tau main air kat taman tema ni. Boleh menyelam kat sana dan sini lepas tu boleh main kejar-kejar. Bila dah penat main air dan lapar mula menyerang, mula la cari kedai makan untuk melahap dengan kenyang lepas tu sambung main air lagi.

p/s : Esok aku akan jadi kanak-kanak riang main air. haha :D
~ Baca Selanjutnya ~

Happy Birthday My Love


Happy Birthday To You

Happy Birthday To You

Happy Birthday To Ernie Musliana

Happy Birthday To You !!!

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berjaya dunia dan akhirat.

p/s : Ehem saya masih muda 3 bulan... :D
~ Baca Selanjutnya ~