Rabu, 28 Disember 2011

Aku Seram Dengan Anak Patung


Semalam masa blogwalking dan terbaca post Kak Diana Kat SINI , aku jadi teringat pada zaman kanak-kanak dulu yang sangat takut dengan anak patung sampai tak sanggup nak pandang ke dalam mata anak patung tu. Aku sendiri pun tak jelas kenapa aku sangat takut dengan anak patung masa kecik dulu tapi ia memang membuatkan aku rasa sangat seram.

Tak kisah la anak patung jenama Barbie ke, Syaitan ke, Kambing ke, semuanya aku sangat takut. Masa kali pertama aku masuk ke dalam mall dulu, bila nampak je ada patung yang peragakan pakaian, aku jadi takut dan last sekali aku duk menyorok belakang ayah. Jadi setiap kali aku nampak patung dalam Mall, aku pasti menyorok belakang ayah sampai la aku dah tak nampak patung tu lagi. LOL

Sekarang ni bila dah besar, perasaan takut tu tetap masih ada walaupun sedikit. Pernah sekali tu aku pergi mall dan aku pandang patung pakaian tu dengan lama kat dalam matanya. Last sekali aku rasa lain macam terus aku larikan pandangan. Risau jugak mana tahu masa aku tengah pandang dalam mata patung tu tiba-tiba dia kenyit mata kat aku, memang sebulan demam la jawabnya nanti.

Cuba bayangkan korang berada dalam bilik yang gelap gelita dengan sebuah patung. Tiba-tiba patung tu macam hidup pula seolah benda tu yang bergerak. Ngeeeeeee saiko gila kalau terperangkap dalam situasi macam tu.

p/s : Anak aku nanti memang konpem aku takkan belikan doll.. hahaha Ayah penakut :D


Comments
8 Comments

8 ulasan:

ezzyra berkata...

hahaha...ape la...tp mmg seram pon kan...

Ahmad Haziq Azlan berkata...

teringat filem patung hidup tu...

JR berkata...

Ni masa kecil mesti pernah tengok filem "Chucky', kisah anak patung pembunuh tu kan?

Entri baru di blog JR: "Jawatan Kosong, Kerja Mudah, Gaji Lumayan: Geli Girl"

saveqmm berkata...

haha...memang seram pun..
nasib baik tak minat patung-patung ni..ahakss

Original CikTeddy berkata...

lame x maen ank patung..huhu

aimie amalina berkata...

ha
ni mest kes cite child's play kan
kekekeke :p

sue perbs.. berkata...

haha.. cute la barbie doll tu.. tinggi nya imaginasi ek smpai mcm tu skali

syaz@rozelt berkata...

dulu takot gak ngan anak patung..selalu lempar keluar dr bilik sebelum tdo..tkot tiba2 bgn kan..haha

 
Related Posts with Thumbnails