Lisa Surihani dan Yusry Kru Kahwin 23 Februari 2012

9:10 PTG

Lisa Surihani dan Yusry Kru Kahwin 23 Februari 2012. Sejak berkawan rapat dan bercinta, hubungan aktres Lisa Surihani Mohamed, 25, dan pengarah, pelakon serta penyanyi terkenal Yusry Abdul Halim, 37, menjadi perhatian media dan peminat.
Tidak sampai setahun mengulit cinta, pasangan itu telah bersedia untuk mengikat ikatan perkahwinan antara mereka.

Selepas terbocor berita Yusry telah menempah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sebuah majlis pada bulan Februari tahun hadapan, spekulasi perkahwinan pasangan ini mula muncul. Akhirnya, pada pagi Sabtu lalu Lisa dan Yusry telah mengumumkan berita pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari tahun hadapan pada sidang akhbar bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.

Menurut Yusry, dia bukan sengaja untuk menyembunyikan hari bahagianya daripada pengetahuan umum sebelum ini. Sebaliknya ketika khabar angin perkahwinan mereka timbul, baik pihak Yusry mahupun Lisa belum ada sebarang keputusan yang konkrit.

"Kami akan bernikah selepas Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan mengadakan majlis resepsi kedua-dua belah pihak pada 26 Februari di PICC," kata Lisa.


Namun, selepas majlis merisik berlangsung di rumah Lisa pada malam Jumaat lalu (23 Disember), barulah Yusry berasa sesuai untuk umumkan berita penting itu. Bercakap mengenai tarikh 23 Februari yang dipilih sebagai tarikh keramat dalam kehidupan mereka, ujar Yusry tarikh itu dipilih simbolik kepada tarikh lahir Lisa yang jatuh pada 23 Mac tambahan mereka juga mempunyai kelapangan waktu itu.

Disoal cukupkah masanya untuk melakukan persiapan dalam masa dua bulan sedangkan sepanjang Januari Lisa akan sibuk di penggambaran filem Ular. "Persiapan itu dilakukan bersama dan kami ada orang yang membantu selain keluarga. Rasanya tidak ada sebarang masalah. Kerja tetap harus diteruskan seperti biasa," bicaranya.

Mengenai hal tajaan, kedua-dua mereka berfikiran terbuka mengenai hal itu dan menerimanya selagi ia tidak mengganggu keluarga serta perjalanan majlis perkahwinan mereka. "Bab tajaan ini, saya tidak kisah andai ada yang ingin membantu tetapi dengan syarat ia tidak menganggu keluarga dan majlis kami," jawab Yusry yang membenarkan Lisa terus bekerja sebagai pelakon selepas berkahwin kelak.


 Sumber <<<





You Might Also Like

1 ulasan