Donut coklat

3:49 PTG

Tadi aku keluar ke kangar jap untuk teman kawan hantar slip yuran kepada pihak universiti. Masa odw ke kangar tadi memang seksa gila. Seksa sebab cuaca panas sangat sampaikan bila aku sampai rumah terus rasa pening kepala. Fffuuuuu cuaca kat perlis bertambah panas sekarang ni. Oh ya masa kat kangar tadi aku ada singgah ke kedai roti a.k.a bakery dan aku rasa sangat bertuah kerana roti kegemaran aku ada kat dalam kedai tu. Hehe

Roti kegemaran aku tu adalah donut coklat macam dalam gambar kat atas ni haaa. Biasanya aku takde rezeki nak beli donut coklat sebab ia cepat benor habis. Bila nak beli je dah habis, bila habis je aku nak beli so tak sangka pulak hari ni aku bernasib baik kerana masih ada 2 biji masa aku masuk dalam kedai tu. Alang-alang dah ada 2 biji, aku terus ambik semua dan pulang dengan gembira. Sekarang masa untuk makan. Yaaahhuuuuuuu

You Might Also Like

13 ulasan