Jumaat, 19 Mei 2017

Bayar Bil Unifi Melalui CIMB Clicks dan Maybank2u

Bayar Bil Unifi Melalui CIMB Clicks dan Maybank2u. Semalam saya sudah terima emel daripada pihak TM berserta bil dalam bentuk pdf pada bulan Mei ini. Bulan lepas iaitu bulan April merupakan kali pertama saya bayar bil unifi secara online.

Bayar secara online lebih mudah dan cepat berbanding bayar dekat kaunter. Lagipun ianya boleh dilakukan semasa kita berada di pejabat ataupun di rumah.

Kali ni saya mahu berkongsi dengan anda semua mengenai cara bayar menggunakan CIMB clicks dan juga maybank2u. Prosesnya sangat mudah dan tidak rumit. Hanya ikuti langkah yang saya kongsikan di bawah dan anda akan siap membayar bil dalam masa kurang dari 10 minit.


Sebelum mulakan bayaran, kita tengok dulu contoh bil saya diatas. Info penting yang perlu dilihat dalam bil ini adalah bahagian Jom Pay itu yang mana ada tulis Biller Code dan juga Ref-1. Info ini akan kita gunakan untuk membuat pembayaran.

Bagi pengguna cimb clicks, boleh ikut langkah-langkah di bawah :

1. Pergi ke laman web cimb clicks di http://www.cimbclicks.com.my/

2.  Masukkan username dan password anda.

3. Pilih tab yang ada tulis Pay.

4. Pilih Bill :



5. Pilih akaun cimb anda. Kemudian di bahagian bawah pilih Jom Pay. Isikan kod bil atau biller code 8888 ( Rujuk bil anda )



6. Tekan submit.

7. Isikan Ref 1 seperti yang tertulis dalam bil anda.


8. Lepas isi Ref 1, Ref 2, dan amaun yang nak dibayar, sila tekan Proceed to Payment.

9. Lepas masukkan nombor TAC dan status successfull, tahniah anda telah berjaya bayar bil unifi.



Bagi pengguna Maybank2u, anda boleh ikuti langkah di bawah :

1. Login ke maybank2u di http://www.maybank2u.com.my/

2.  Selepas login, klik pada quick link bill payment seperti dalam gambar di bawah :



3. Kemudian klik pada JomPay


4. Pilih One Off payment.


5. Kemudian masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar diikuti biller code dan Ref-1 seperti di dalam bil.


Setelah selesai tekan continue dan tahniah anda telah pun selesai bayar bil unifi.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 17 Mei 2017

Buang Post Lama Untuk Tingkatkan Trafik Blog

Beberapa hari lepas saya telah Buang Post Lama Untuk Tingkatkan Trafik Blog. Pada tahun 2011, kalau tak silap saya itulah waktu paling rancak rakyat Malaysia bermain blog. Masa tu banyak blog baru muncul, ada bermacam segmen untuk tambah follower, ada giveaway yang banyak blogger dapat faedah, ada perjumpaan, dan ada macam-macam lagi.

Saya merupakan salah seorang yang agak rancak berblog pada ketika itu. Pada tahun 2011 saja saya telah menghasilkan lebih 1000 post dalam masa setahun. Banyak kan ? Hebat kan ?

... Yer memang banyak.

... Hebat ? ... Langsung tak hebat bila dilihat pada masa sekarang.

Kalau dulu memang saya rasa hebat ( Syok sendiri je lebih ) sebab dalam sehari boleh tulis lebih dari 3 blog post. Bukan senang nak tulis 3 post dalam sehari. Ada orang 1 post sehari pun belum tentu dapat tulis kat blog mereka.

Salah satu sebab utama saya dapat tulis 3 post sehari adalah kerana saya anggap blog ni sebagai satu diari. Bila ada aktiviti menarik pagi ni terus saya tulis dalam blog, petang ada benda yang berlaku saya tulis lagi, malam pun sama tulis lagi.

Sedar tak sedar cukup setahun, dah lebih seribu post dihasilkan.

Kemudian tahun berganti tahun dan sekarang sudah masuk tahun 2017. Tahun 2017 ni saya banyak membaca terutama sekali blog bahasa inggeris yang berkaitan keusahawanan, memulakan bisnes, laman web dan blog, pengurusan kewangan, pemasaran internet, dan banyak lagi yang saya baca sebab saya nak belajar banyak benda.

Dalam banyak-banyak pembacaan saya, saya lebih banyak fokuskan kepada laman web dan blog. Topik ini sentiasa menarik minat saya untuk membaca. Tak pasti kenapa tapi kalau saya jumpa topik ini saya akan teruskan membaca sampai habis atau khatam sebuah blog tersebut.

Salah satu tajuk yang menarik perhatian saya adalah mengenai " Deleting Bad Blog Post Content Can Increase Traffic "

Lepas tu saya teringat yang blog saya sangat banyak post yang tak berkualiti dan tak seronok dibaca. Malah bila saya baca balik post yang saya tulis sepanjang tahun 2011 pun saya rasa malu dan tak tahu kenapa saya tulis macam tu dalam blog. Hahahaha

Okay saya pun berhasrat untuk padam kebanyakan post pada tahun tu. Tapi saya bukannya padam kesemua post, yang mana memberi sedikit kenangan saya simpan walaupun agak membosankan untuk dibaca.

Kembali ke beberapa hari lepas, saya telah memadam lebih kurang 800 post daripada blog ini. Semua yang dipadam adalah yang saya rasa langsung tidak menarik untuk dibaca.

Salah satu isu apabila kita padam post daripada blog adalah kita akan dapat notifikasi error 404 daripada google search console kerana post tersebut tidak dijumpai sebabnya kita dah padam post itu.



Error 404 ini akan mempengaruhi SEO di blog anda. Jadi untuk membaiki masalah ini, adalah dengan direct kan link post yang telah dipadam itu ke post yang hampir relevan dengan post yang dipadam.

Jika langsung tiada post yang hampir relevan, direct kan saja ke homepage blog anda.

Akhir sekali saya harap ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan trafik blog.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 7 Mei 2017

Beli Kaspersky Internet Security 2017

Enam hari yang lepas saya telah Beli Kaspersky Internet Security 2017 dan pasangkannya di laptop sendiri. Tujuan utama beli adalah nak lindungi laptop kerana laptop ini juga saya guna untuk edit gambar pelanggan serta gunakannya untuk melayari dunia internet.

Internet Security bukan saja mengandungi anti virus yang boleh merawat komputer yang telah dijangkiti virus tetapi mempunyai sistem keselamatan yang melindungi pengguna sewaktu melayari internet.

Seperti yang kita ketahui dunia internet bukannya satu tempat yang selamat. Pelbagai pihak akan cuba mencuri maklumat kita dan sangat mudah untuk dijangkiti virus jika tiada langkah keselamatan diambil kira.

Jadi dengan adanya program ini, pengalaman melayari internet anda akan menjadi lebih selamat dan maklumat anda tidak mudah dicuri.




Dengan hanya bermodalkan hanya RM 40, laptop saya telah mendapat perlindungan selama satu tahun. Harga ini sangat murah kerana harga RM 40 setahun bersamaan RM 0.11 sen sehari untuk menjamin keselamatan komputer peribadi anda sewaktu melayari internet.

Sekarang pula cuba lihat gambar dibawah menunjukkan sistem keselamatan yang anda peroleh pada harga yang murah ni:


Kalau dilihat daripada gambar diatas, sebenarnya banyak perlindungan yang anda akan dapat. Perlindungan dari awal proses sambungan internet sehingga ke akhir penggunaan tempoh internet semuanya memastikan anda dilindungi.

Jika anda berminat untuk gunakan Kaspersky Internet Security pada harga RM 40 setahun untuk melindungi komputer peribadi, anda boleh hubungi nombor saya di bawah :

Whatsapp : 019-3031478

Atau

Whatsapp order : www.wasap.my/60193031478

Anda akan dapat kunci lesen ( License Key ) dalam masa lebih kurang 6 jam selepas pembayaran.

~ Baca Selanjutnya ~