Selasa, 27 September 2011

Dinner dengan isteri :p

Yeah kasut sudah dibeli di kangar tadi. Sekali gua angkat 2 pasang terus. Kasut untuk pergi kelas dan juga kasut untuk bawak berjoging. Yang pilih kasut tadi isteri aku je. Aku ni bengong sikit bab beli membeli sebab rambang mata tengok semua kasut sangat menarik. Kalau shoping barang komputer lagi la aku rasa nak pengsan.

Mukadimah pun dah panjang dan merepek. Saja nak beritahu sedang dinner dengan isteri ni. Alamak isteri ? Ngeee.. Macam biasa bila dinner je kat kopitiam kangar. Eh eh dah lapau ni. Nak makan tomyam dlu. Aumm

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 26 September 2011

Bahasa melayu klasik yang unik

Gambar kat atas menunjukkan gua study tau. Keh keh

Pagi tadi ada kelas bahasa melayu universiti dan kelas tadi sangat menarik. Mungkin kerana pensyarah pandai mengajar dan juga pandai menarik perhatian dalam kelas tadi. Lagipun tadi pensyarah ada sebut 2 contoh perkataan klasik bahasa melayu. Bila nampak 2 perkataan tu aku rasa sangat unik dan aneh pula. Unik kerana tidak pernah jumpa dan baca perkataan tu. Aneh kerana ayat mungkin sangat tidak masuk dengan maksud perkataan moden. Contoh yang diberikan pensyarah tadi adalah :
Tetuang udara = radio
Kereta lereng = basikal




Ha ha sangat unik dan aneh bunyi bahasa klasik ni kan ? Aku tengok perkataan ni tadi pun dapat buatkan otak aku berfikir tapi aku tak tahu sebenarnya duk fikir pasal apa. Lol. Haih lepas ni kelas lagi 2 jam computer architecture dan harap-harap tak ada kuiz sebab aku masih tak study lagi. Haha fuh fuh tak ada kuiz jap lagi. Fuh fuh.

P/s : yes dah 2 kali update. Recover trafik yang jatuh semalam.
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 24 September 2011

Wayang dan jalan-jalan

Hujung minggu tak tahu nak buat apa jadi aku ikut gf pergi ke jitra, kedah untuk habiskan masa kat sana. Dengar kata nak pergi tengok wayang tapi tak tahu la nak tengok cerita apa. Aku hanya ikut je sebab tak tahu nak buat apa kat rumah. At least ada luangkan masa juga pergi jalan-jalan.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 16 September 2011

Hahaha steamboat terbaek

Keh keh makan tak ingat dunia. Memang best gle makan dengan kawan2 yang kuat makan. Bru 1 jam lepak. Ada 2 jam lagi masa nak makan n lepak.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Yeah yeah makan steamboat

Setelah 4 bulan meninggalkan perlis dan langsung tidak menjamah makanan kegemaranku. Malam ini aku akan bertemu kembali dengan one of my favourite food kat perlis ni.

Rasa sangat terharu, sangat sedih, sangat gembira, sangat dan sangat lagi sampai tak mampu untuk aku luahkan semuanya. Seolah macam tidak percaya yang malam ini aku akan makan makanan kegemaranku.

Oh ya lupa nak beritahu bahawa makanan kegemaranku itu adalah steamboat. Kalau siapa yang tak tahu macam mana steamboat tu, boleh la bertanya kepada saudara Google. Malam ni aku makan steamboat di satu lokasi tepi jalan kat area kangar, perlis.

Nama kedai tu aku tak ingat dah. Kalau tak silap kedai tu dipanggil Rinaz Steamboat. Aahh lantak la nama kedai tu. Janji aku dapat makan dengan banyak dan kenyang. Perancangan untuk lepak dan makan sampai lewat malam. Hehe takpe makan banyak manapun kerana bayar rm10 untuk seorang makan sampai kenyang. Best kan?

P/s : aku sangat eksaited. Oh oh. Nanti aku update lg

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~