Monday, June 17, 2013

Jalan2 Ke Sungai Petani

Semalam aku pergi ke Sungai Petani tapi bukan untuk main air di Carnival WaterPark sebab cuaca di bahagian kedah dan perlis banyak hujan beberapa hari ni. X syok la tengah dok best main air tibe2 hujan pulak kan. Kalo nak main kat waterpark kene cuaca panas baru best gile. So semalam just jalan2 dan luangkan masa di SP je. Ingat nak pergi terus sampai ke Pinang tapi rasa malas plak nak drive ke sana.


Sebenarnye kalo ikutkan nafsu nak je aku pegi Cameron Highland sebab dah jemu n bosan duk lepak dalam bandar. Pergi Cameron Highland lagi sejuk dari Perlis lepas tu plak sarapan pagi boleh minum tea panas sambil tengok ladang tea yang luas tu. Fuh cukup aman damai kalau dapat pergi Cameron Highland skang tapi 20 june ni aku ada last paper. Tak pasti tercapai atau x hasrat nak pergi Cameron Highland dalam masa terdekat ni.

p/s : Perlukan percutian

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Saturday, June 15, 2013

Last Paaayyyyperrr 20 Jun

Last paper aku 20 jun ni dan masih ada 5 hari x tahu nak buat ape. Kawan aku smpai dah jadi petani yang berjaya di facebook bila 24 jam asyik duk main game macam farmville. Aku pulak x pandai nak main game di facebook. Pernah dulu main farmville 2 hari lepas tu x minat dah. So sekarang aku x tahu nak buat apa sementara nak tunggu lagi 5 hari untuk kertas terakhir tiba.

Nasib baik esok ada juga plan nak pergi main air di Carnival Waterpark, sungai petani. Dah lama x main air kat sana. Esok ahad jadi kedah keje dan takde la sesak sangat tempat tu. Boleh la main air dengan tenang pastu amik pelampung dan tidur atas pelampung. Hahaha.

P/s : panggilan keje tak dapat lagi.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Wednesday, June 5, 2013

Sesi Penilaian Akreditasi

Oleh kerana kos aku, Kej Rangkaian Komputer masih lagi baru di UniMAP dan aku merupakan batch yang pertama akan grad bulan 9 nanti jadi penilaian perlu dilakukan bagi mengiktiraf kualiti program ini. Penilaian tu dikenali sebagai Akreditasi. Dan yang malang sekali adalah dalam 47 orang pelajar kelas, aku salah seorang yang terpilih bersama 7 pelajar lain untuk disoal jawab oleh ahli panel akreditasi ni. Malang kan ? Tapi keseluruhannya ok sebab panel agak mesra cuma aku je gabra dan susah keluarkan buah fikiran.

P / s : Semoga akreditasi ni lulus dan program kami diiktiraf.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Thursday, May 30, 2013

Pembentangan Mini Projek Pulak

Ingatkan dah habis pembentangan Projek Tahun Akhir berserta hantar report dah boleh rasa rilek, aman dan harmoni tapi sebenarnya TAK. Tadi masih ada lagi pembentangan mini projek untuk subjek Network Programming. Pastu esok malam pula ada test. Terbaik kan ? Nampak gaya lepas habis periksa akhir semester baru dapat rilek dan tarik nafas lega. Tapi kira nasib baik jugak la sebab banyak beban berat dah lepas dan tak perlu fikir banyak sangat.

P/s : tawaran kerja masih takde apa-apa berita.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~

Alcatel OneTouch Glory 2S

Akhirnya !!! Akhirnya !!! Akhirnya aku guna juga rebate telefon pintar yang dah lama aku nak sangat gunakan. Telefon yang aku beli adalah Alcatel OneTouch Glory 2S. Cuma kena tambah rm 50 pada rebate dan telefon ini dah jadi milik aku serta diberi bersama pek permulaan Digi. Ape yang aku pernah dengar telefon ni memang ada kontrak dengan digi jadi siapa yang beli telefon ni akan dapat sekali pek permulaan digi. Untungnya lagi Digi bagi internet 3 bulan percuma berserta kuota 1.5 Gb.

Jadi untuk 3 bulan dari sekarang memang aku guna pelan Digi pada telefon tu untuk surf internet dan main twitter, instagram dll. Lepas 3 bulan mungkin akan tukar perkhidmatan umobile sebab lagi murah seperti yang aku guna pada telefon Blackberry. Apa pun ni adalah telefon android yang pertama aku pakai dan agak teruja nak explore benda baru. Lepas guna 2 hari dan dibandingkan dengan Blackberry aku boleh kata ada fungsi yang disuka dan ada yang agak leceh sedikit tapi masih berbaloi dengan nilai.

P/s : Gf buat main game candy crush plak dengan telefon ni. Gggrrrrr


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
~ Baca Selanjutnya ~