Rabu, 22 Jun 2011

Holiday Trip Hari Ni

Hari ni aku pergi jalan2 ke KL bersama seorang kawan. Takde pergi banyak tempat pun, duk main dalam times square dan juga lawat syurga dunia teknologi iaitu Low Yat Plaza. Malas nak cerita ikot tulisan ni, layan gambar je la ye.. jommm :D

Dah sampai KL.. tengah tunggu monorail kat titiwangsa

Makan time.. asyik aku je kena snap..

Ermm bestnye layan lagu kat headfone sony ni :D

Ehh aku dengar lagu pun ada orang nak ambil gambar

Haaaiii ambil la gambar saya senyum ni. LOL

Posing sikit kat camera smile capture..

p/s : Sakit badan dan sakit kaki jalan2 hari ni


~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 18 Jun 2011

Panggilan WithHeld

Lepas sembahyang jumaat tadi, aku ada la tengok henset untuk usha ada sms atau panggilan daripada kekasih hati. Bila tekan je henset tu, nampak ada 1 misscall yang baru saja diterima 2 minit yang lepas. Tapi misscall tu bukan daripada kekasih aku, dan aku sendiri tak pernah tengok nama pemanggil tu.

Nama yang membuat misscall di telefon aku adalah WithHeld. Aku hairan la ape benda withheld ni ? tak pernah dalam hidup aku terima misscall daripada WithHeld. Jadi aku pun try la Google mengenai WithHeld number ni. skodeng punya skodeng rupanya WithHeld ni adalah private number dan telefon Sony Ericsson mampu hide number sebenar..



Aku tak puas hati lagi dan aku terus call celcom di talian 1111. Lepas pilih dan tekan mana yang patut, aku try cakap dengan operator celcom. Aku cakap la ada terima misscall daripada WithHeld number dan operator tu pun try cek kat sistem dia. Dia kata memang ada panggilan daripada WithHeld number dan nombor tu adalah private and confidential.

Aku tanya operator tu sama ada aku boleh dapat tak nombor dia. Lepas sembang kemas semua, operator tu cakap tak boleh kerana mereka pun tak dapat kesan. Dalam hati, aku rasa saja kot operator ni tak nak beritahu nombor private ni. Mana mungkin Telephone Service Provider tak boleh tahu private number padahal semua nombor didaftarkan atas company mereka.

p/s : Sapa WithHeld number ni... private sangat ke sampai x boleh show number ? Damn !!
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 2 Jun 2011

Serius Fail ( Gambar )

Asyik tulis dan cakap pasal sesuatu je menyebabkan kadang-kadang rasa bosan juga. Jadi apa kata kali ni layan gambar yang agak fail. Bak kata Blog Serius, Serius FaiL !!. Jom layan gambar Serius Fail kat bawah yang tak berapa nak fail sebenarnya.
Fail !!

Perfect Fail !!!

Fail !!

Ibu yang Fail !!

Fail yang amat

p/s : Petang ni kalau pergi jalan2 ambil angin di pantai best juga. Oh ya kepada yang follow jangan lupa tinggalkan link tau.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 1 Jun 2011

Jenis Perfume dan Peribadi

Terlebih dahulu, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak yang amat sangat kepada tuan punya blog Senyum-Senyum , Ini Kisah Tia dan juga Azrin Rahim kerana banyak memberi bantuan semasa aku tengah penin dengan coding html yang not found tadi. Jangan lupa lawat mereka tau !!! Ok kali ni nak cakap pasal jenis perfume dan peribadi orang yang memakainya :

http://www.laymark.com/i/o/06.gif

1. Oriental
Siapa yang suka pakai perfume kategori oriental digambarkan sebagai seorang yang seksi, eksotik, dan gigih. Mereka yang gemarkan bauan sebegini iaitu bauan seperti vanilla, musk dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

2. Hijau Nature
Si pemakai perfume ini sukakan kesegaran dan tenaga. Oleh itu wangian ini melambangkan individu tersebut gemarkan aktiviti luar

3.
Bunga-bunga
Pemakai perfume aroma bunga-bungaan akan memperlihatkan diri mereka lebih feminin dan romantik serta sayangkan pasangannya

4. Kayu-kayan
Si pemakai perfume kategori kayu-kayan ni memang gemarkan bau-bauan sebegini. Ini menunjukkan mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang sukakan aktiviti yang lasak.

5.
Buah-buahan
Pemakai perfume katgori buah-buahan suka memperlihatkan diri mereka lebih segar dan bersemangat. Mereka juga seorang yang sangat mudah memberi senyuman kepada orang ramai.

6. Oceanic
Pemakai yang menggunakan perfume kategori ini merupakan individu yang cintakan alam sekitar. Hatinya sangat lembut dan peribadinya juga sopan-santun.
~ Baca Selanjutnya ~