Khamis, 22 Disember 2011

Selesai Test Final Menanti

Errrkkk Alhamdulillah.

Syukur sebab baru habis test untuk semester ni dan juga syukur sebab kekenyangan baru habis makan nasi goreng kampung, telur dadar dan teh tarik. Sedap gila nasi goreng aku makan tadi dengan bilis yang cukup rangup dan bunyi grupp grapp masa duk mengunyah. Ha ha aku kalau sembang pasal makan memang sampai esok tak habis duk menaip sebab tu badan dah naik dan BMI aku menghampiri pra obesiti. Selesai saja makan, terus balik rumah dan menghadap meja bersama laptop kesayangan macam kat bawah :


Bila menghadap laptop, aku pun try la cek tarikh pada hari ni. Aku ni bebal sikit sebab asyik lupa tarikh dan kadang-kadang paling parah adalah sampai lupa sekarang bulan berapa. So bila tengok sekarang dah masuk bulan Disember, maknanya awal bulan depan iaitu Januari aku dah mula Peperiksaan Akhir Semester. Kalau kira dengan kasar, aku hanya ada 2 minggu lebih je lagi untuk hadapi Final Exam sem ni.

Ngeeeee Final Exam memang saiko tapi sekali lagi aku syukur sebab jadual untuk setiap 1 subjek tu ada selang selama beberapa hari dan ini memberi masa untuk ulangkaji. Aaahhh bosan la sembang pasal study je. Ok aku tukar topik la ye. Minggu ni ramai kawan aku balik rumah selama beberapa hari tapi aku tetap Forever Alone untuk tinggal disini. Aku tak suka balik rumah selagi urusan kat Universiti ni tak selesai. Lagipun kalau balik memang sah la aku tak study sebab internet kat rumah masyuk dan heaven.

p/s : Esok kelas 8 pagi. demn !!!

Comments
7 Comments

7 ulasan:

aimie amalina berkata...

kekeke
x tergodaaaa ke nak baaaliikkk rummmaahh jugakkk..:p

(baaalikkklaaaahhh..hahahaha)

semoga berjaya!

Ahmad Haziq Azlan berkata...

same la with me.... minggu depan tetibe je dah takde kelas. maka secara auto study boleh jadi 2 minggu plak. hahahahaha
tak ready lagi wo nak amek exam final

Freaky berkata...

haziq : Same la weii.. haha 2 mggu je lagi ni. aduyaii

Aku Dan Teksi berkata...

ulangkaji jang lupa kalo nak lulus

ainol akasyah berkata...

gud luck final..moge dpt 3.5 above whoaaa..

Ezad Skytech berkata...

kalau aq la..bila da dekat nak exam ni..mmg tak balik rumah la..kalau balik confirm tak study la...haha...

Zul Fattah berkata...

huwaaa... sama dgan aku la oh.. kadang2 hari pun boleh tertukar.. demm.. tp xpo.. demo otok bijok..

 
Related Posts with Thumbnails