Selasa, 6 Oktober 2015

Bercuti Di Pulau Perhentian

Bercuti Di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam memang menyeronokkan dan memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Aku pergi ke sana bersama isteri untuk honeymoon kerana kami baru saja bernikah pada 19 September yang lepas. Sepanjang berada di sana, banyak juga aktiviti yang dilakukan antaranya mandi pantai, berjalan di pesisir pantai, snorkelling, panjat bukit pergi ke kincir angin, singgah di kampung nelayan, dan paling best adalah bersantai.

Bagi aku, aktiviti snorkelling memberikan pengalaman baru yang sangat menarik kerana sebelum ini tak pernah lagi terapung di lautan untuk melihat keindahan dasar laut seperti terumbu batu karang, ikan-ikan pelbagai spesis, dan juga penyu yang sedang makan tengah hari. Kalau aku cerita kat sini, mesti korang akan bosan, apa kata tengok vlog di bawah untuk nampak lebih gambaran mengenai apa yang aku beritahu :



Instax Polaroid Printing

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 3 September 2015

Vlog : Menghadiri Kenduri Kahwin Di Ipoh

Hujung minggu lepas aku ada menghadiri kenduri kahwin di Ipoh, Perak. Kena paksa pergi sebabnya tunang aku ni salah seorang dayang ataupun dikenali sebagai bridesmaids. Alang-alang dah jalan sampai ipoh, terus aku rakam ape yang menarik dari hari perjalanan sampai ke hari majlis kahwin tu. Boleh tengok video di bawah. :)


~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 22 Ogos 2015

Vlog : Bermain Penny Board di Pandan Indah

2 hari lepas aku ada beli penny board masa keluar jalan-jalan cari barang hantaran kahwin. Saja mengada nak beli walaupun tak pandai main dan tak pernah main pun sebelum ni. Jadi semalam habiskan masa sehari suntuk di dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk belajar main benda penny board ni. Bagi yang tak tahu apa itu penny board, boleh tengok video di bawah :


Instax Polaroid Printing

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 19 Ogos 2015

Vlog : Kereta Kena Hentak Dengan Objek

13 Ogos lepas balik kampung kali ke....... entah kali ke berapa aku tak ingat dah sebab selalu sangat pulang ke kampung selesaikan urusan hal kahwin. ikuti aktiviti sepanjang aku balik kampung dalam vlog di bawah ni :


~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 7 Ogos 2015

Vlog : Jom Buat Timelapse

Beberapa hari ni tak banyak benda menarik yang berlaku. Hanya aktiviti biasa dan pergi buat timelapse di sekitar kawasan Berjaya Times Square. Bagi yang tak tahu apa itu timelapse, boleh search google sebab aku sendiri tak pandai nak terangkan kat sini. Apa pun selamat menonton vlog di bawah. Jangan lupa subscribe :)


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 3 Ogos 2015

VLog : Melawat Rumah No 2

Minggu lepas aku cuti 3 hari dan sepanjang 3 hari tu aku luangkan masa balik kampung  sebab masih lagi dalam mood raya. Masa balik kampung ada melawat rumah no 2 kepunyaan mak dan ayah. Nak tahu lebih lanjut, kena la tengok video kat bawah ni. Jangan lupa untuk subscribe youtube channel :)


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 15 Jun 2015

Gambar Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Petang tadi aku pergi Jalan-Jalan Bersama GoPro Hero 4 Silver di sekitar Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Tempat yang dituju hanya Times Square dan juga plaza lowyat. Tujuan aku jalan-jalan petang ni sekadar untuk test kualiti gambar GoPro yang baru aku beli ni.



Sebab aku beli GoPro ni adalah kerana nak bertukar hobi daripada main game depan komputer kepada ambil gambar dan buat video. Sebelum ni dah ada kamera SJCAM tapi disebabkan nafsu yang kuat menguasai diri dan jatuh cinta yang teruk, terus upgrade kepada GoPro.

Kat bawah ni 3 gambar yang diambil petang tadi. Selebihnya boleh klik LINK di bawah yang akan terus dibawa ke album gopro milik aku. Kalau perasan setiap bucu gambar ada kawasan warna hitam, tu disebabkan aku terlupa nak buang lens cover :


























p/s : Esok nak pergi jalan-jalan ke mane pulak.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 10 Jun 2015

Apabila Ofis Belanja Makan Tengah Hari

Apa yang paling best bila makan tengah hari ? Mesti la makan tengah hari yang dibelanja oleh orang lain. Hahaha. Tiap bulan wajib ada satu hari dimana makan tengah hari ditanggung oleh tempat kerja. Biasanya hari yang best macam ni muncul pada hari mesyuarat bulanan.

Kadang-kadang ada juga dalam sebulan, dua hari makan tengah hari ditanggung tempat kerja bergantung kepada kemurahan hati bos dan juga ada aktiviti yang khas. Tapi hari ni ada makan-makan kerana meraikan rakan sekerja yang akan berhenti dan bertukar tempat kerja baru.

Jamuan perpisahan ini diadakan di restoran Paparich Bandar Baru Ampang. Jamuan secara sederhana yang dihadiri seramai 9 orang sahaja. Lagi 6 orang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Tonton video dibawah yang dirakam sepanjang tengah hari tadi :


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 2 Jun 2015

Vlog : Steamboat Bersama si Dia

Semalam aku offday sebab pertukaran jadual kerja memandangkan sudah masuk bulan baru iaitu bulan Jun. Biasanya tiap kali offday aku jadi mati kutu tak tahu nak pergi mana dan hanya duduk rumah hadap komputer dan internet.

So semalam agak bosan sampai tengok komputer pun buatkan aku rasa mengantuk. Alang2 dah bosan dan tak keluar makan seharian akibat terlalu malas, aku pun drive ke Setia Alam ( rajin pulak nak drive ) untuk menikmati steamboat.



~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 21 Mei 2015

Makan Malam Bersama Geng Serumah

Disebabkan aku kerja shift dan tak menentu hari cuti, memang sangat susah nak luangkan masa makan dan lepak bersama geng satu rumah. Hari ni aku cuti dan kebetulan geng satu rumah ade semangat nak keluar makan dan lepak waktu malam.

Aku takde gambar nak dikongsi, hanya ada video di bawah. Selamat menonton :



~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 8 Mei 2015

Makan Malam Bersama Birthday Girl

Semalam, 07 Mei, birthday si dia. Siapa si dia tu ??? Hehehe. Biasanya bila tiba saja birthday pada tiap tahun, kami akan malam bersama. Jadi kali ni event makan malam diadakan di kafe Bert's bertempat di Cahaya Alam, Shah Alam.


Bagi aku kafe ni agak sesuai untuk makan malam bersama orang tersayang. Sebabnya pada waktu malam suasana disini tak bising macam di kawasan bandar lain jadi perbualan sewaktu menikmati hidangan tidak terganggu dengan pencemaran bunyi.

Nah video pendek mengenai makan malam semalam :


~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 30 April 2015

SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru

SJCAM SJ5000 Wifi Mainan dan Hobi Baru aku. Saja nak mencuba sesuatu yang baru lagipun nampak macam seronok je tengok orang duk rakam video sebagai kenangan. Tapi aku beli bukan untuk rakam muka sangat pun, aku ada tujuan lain sebenarnya.

Aku malas nak tulis panjang sangat jadi aku terus kepada point. Aku beli kamera sjcam ni melalui link di bawah ni ( Konfem Original ) :



Kat bawah ni pula antara pakej dan harga yang ditawarkan. Boleh tengok mana yang berkenan dulu sebelum buat keputusan. Aku ambil pakej D siap extra bateri :


Kamera ni ada dua jenis :

1) SJCAM SJ5000 Wifi ( Novatek ) ( 14 Mp camera )
2) SJCAM SJ5000 Plus ( Ambarella A7 chip yang guna dalam gopro ) ( 16 Mp camera )... lagi mahal

Aku buat keputusan untuk ambil no 1 sebab kebanyakan forum yang aku baca ramai yang mengalami masalah dengan model SJ5000 Wifi Plus ( Ambarella ). Jadi aku taknak ambil risiko beli mahal lepas tu ada masalah di kemudian hari. Tapi kalau korang berani nak cuba juga boleh je dan kualiti video dikatakan lagi baik.

Kat bawah ni gambar kamera aku. Pilih warna merah nampak cun sikit. Ahaks :

Aku beli kamera ni sebab nak rakam dalam kereta je. Rasa seronok rakam masa tengah memandu dan melihat gelagat pemandu lain di jalan raya. Video di bawah ni dirakam pada hari ni dan mungkin akan berterusan dimuat naik di channel youtube aku :

Tengok dalam HD / Full HD untuk gambar yang lebih jelas.

p/s : Jangan lupa subscribe youtube channel. :)
Instax Polaroid Printing

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 27 April 2015

Bukan Selalu Basah Kuyup

Cuaca di ampang memang tak stabil sejak dua tiga minggu ni. Tengah hari panas gila gila punya lepas tu dalam pukul 3 hingga 5 petang hujan lebat pulak sampai penglihatan masa tengah memandu pun jadi kabur.

Bulan ni aku kerja masuk 3 petang, selalu jugak tiap kali nak keluar rumah perasan awan mendung tapi sempat sampai ofis. Hari ni tengah drive dah hujan lebat. Keluar dari kereta nak jalan ke ofis memang basah kuyup tapi seronok sebab sejuk.

P/s : aku boleh buat 2 perenggan sembang pasal cuaca je.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 25 April 2015

Aku Masih Disini

 Rajin betul dua orang ni kerja.

Yer aku masih disini, di ampang. Cuba untuk hidup se-aman dan sebahagia yang aku mampu. Nak kata ade masalah tu tak jugak cuma life je yang tak menyeronokkan, banyak dihabiskan dengan benda2 tak berfaedah. 

Sebenarnya ada satu aktiviti baru yang aku ingin lakukan dan semoga bermanfaat. Mungkin bermula awal Mei dan mungkin juga tak akan berlaku langsung. Buat masa ni masih dalam perancangan dan mencari peralatan yang sesuai. Nantikan ..........
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 19 April 2015

Mencuba Pizza Hut Signature Series

Makan malam ni terasa nak cuba pizza hut signature series. Yang aku order ni beef pepperoni perfetto. Pizza yang ni agak nipis sedikit berbanding biasa. Rasa pun bagi aku kurang sikit berbanding pizza menu biasa. Apa pun yang menarik adalah harganya hanya rm 12 termasuk gst. Kalau nak best lagi baik ambil big double box dapat 2 pizza pada harga rm 30. 
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 22 Mac 2015

Dapat Baucer Old Town White Coffee


Aku bukan penggemar kopi 3 in 1 tapi lepas gatal mulut nak mencuba, terus terpikat dengan rasa kopi ni terutama sekali yang Classic. Yang syok lagi bila beli Dapat Baucer Old Town White Coffee pulak tu. Bukan sekeping, bukan juga 2 tapi 3 keping yang berjumlah RM 15. Tak caya ? tengok ni haaaa.


Lepas ni boleh la guna baucer yang dapat ni untuk berbelanja di mana-mana outlet old town. Mungkin aku akan guna dalam masa yang terdekat sebelum tempoh tamat baucer ni tiba pada 30 Jun 2015.

P/s : Stok kopi dah habis. harap2 beli yang baru dapat lagi baucer. kih kih.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 15 Mac 2015

Seronok Ke Kerja Shift



" Seronok ke kerja shift ? ". " Macam mana jadual shift tu ? ". Dua soalan femes ni selalu aku dapat bila jumpa dengan kawan-kawan ataupun masa balik kampung dan jumpa saudara-mara. Aku pun dah tak larat nak jelaskan jawapan tapi bila dah asyik kena tanya kena la juga menjawab.

So seronok ke ? Sebenarnya jawapan kepada soalan ni bergantung pada orang tu sendiri. Kalau jenis yang tak ade kehidupan sosial dan suka hidup sendirian ( berdikari ) , yes memang seronok. Kenapa seronok ?

1. Senang pergi bank, bercuti, balik kampung dan menguruskan hal peribadi. Untuk kes aku, cuti 2 hari sentiasa bertukar setiap bulan. Bulan ni isnin selasa dan bulan depan mungkin khamis jumaat. Yang paling syok balik kampung waktu orang lain tengah sibuk kerja sebab jalan tak jem. 

2. Privasi. Seperti yang aku sebutkan diatas, orang yang takde kehidupan sosial akan berasa seronok dengan kerja shift. Bila tiba hari cuti, orang lain sedang berkerja jadi tiada siapa akan ajak pergi jalan2 atau makan angin. Yang ada hanya diri kita sendiri. Kita nak buat ape, nak pergi mane, nak makan ape semuanya atas kehendak diri sendiri dan tak terikat dengan mana-mana keputusan dari orang lain.

Jadi bagi orang yang suka berkawan dan selalu lepak dengan kawan akan merasakan kerja shift ni membebankan. Hari sabtu ahad ketika orang lain sibuk luangkan masa dengan kawan dan pergi bercuti, tapi kita terpaksa kerja. Orang lain sibuk hadir kenduri kahwin pada hujung minggu kita terpaksa kerja. Isteri dan anak-anak ajak pergi bercuti hujung minggu tapi kita terpaksa kerja.

Banyak lagi benda yang tak seronok boleh disenaraikan tapi aku tak dapat nak tulis sebab aku seronok dan enjoy dengan kerja shift. Mungkin bila dah kawin dan ada keluarga sendiri nanti aku akan rasa tak seronok lagi. Yang tu nanti bila dah kahwin aku cerita lagi. 
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 21 Februari 2015

Emergency Balik Kampung

2 minggu lepas aku dah balik kampung. Jadi plan aku untuk balik kampung seterusnya adalah 2 bulan kemudian. Tapi hari khamis lpas aku fapat panggilan telefon dari emak kat kampung beritahu ayah dimasukkan ke Hospital Besut. Sebab dimasukkan adalah kerana kaki rasa kebas dan kepala rasa terlalu pening.

Tanpa fikir panjang aku pon buat keputusan untuk balik kampung. Lepas habis keje pukul 4 petang semalam terus aku gerak dan sampai ke kampung hampir 10 malam.

Ayah hanya kene tahan 1 malam di hospital. Bila aku sampai kat rumah, ayah tengah rehat. Doktor suspek mungkin kena mini stroke dan doktor telah buat appoitment dengan pakar. Sekarang tunggu panggilan doktor pakar untuk buat medical check.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 18 Februari 2015

Test Update Guna Yahoo Mail Apps

Ni hanya test update. Sebelum ni aku update blog guna gmail apps tapi bila view melalui komputer, tab, dan telefon pintar, hasilnya adalah format tulisan jadi lain dan nampak agak x teratur terutama sekali bab spacing tulisan dan gambar. So terpaksa aku edit balik dengan login melalui komputer dan itu pun ambil masa nak edit.

P/s : Gambar jalan2 ke IOI city mall putrajaya minggu lepas.

Sent from Yahoo Mail on Asus Zenfone 6
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 31 Januari 2015

Blog Diserang Post Mengarut


Hari tu dah kena sekali. Kali ni kena lagi bila Blog Diserang Post Mengarut ataupun dikenali sebagai spam post. Aku rasa kali ni terjadi sejak aku aktifkan mobile blogging. Tapi ni hanya anggaran aku je sebab aku sendiri tak tahu kenapa boleh kena spam post yang banyak.

Aku aktifkan kembali mobile blogging sejak bertukar menggunakan telefon pintar supaya memudahkan aku untuk update entri blog. 

Dua tiga hari selepas aktifkan mobile blogging, terus nampak spam post. Bagi yang tak tahu, spam post ni adalah blog publish content secara automatik. Seolah-olah ada orang log in blog, tulis post kemudian publish tanpa pengetahuan aku. Magik kan ???

Buat masa ni aku baru selesai update sekuriti untuk mobile blogging dengan menukar keyword. Diharapkan dengan menukar keyword pada mobile blogging dapat elakkan daripada terjadi lagi spam post.

p/s : Kalau x menjadi jugak, kena overhaul seluruh blog buang link yang mencurigakan.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 25 Januari 2015

Menghadiri Kenduri kahwin Di Ipoh


Ini kali ke dua aku berkunjung ke Ipoh. Kali pertama adalah sewaktu menuju ke penang dan singgah di ipoh untuk menikmati makan tengah hari. Kali ni pon sama juga berkunjung untuk makan tengah hari tapi bukan makan dj kedai, aku pergi makan di kenduri kawan sekelas sewaktu belajar di UniMAP yang melangsungkan majlis perkahwinan.

Jadi aku bertolak bersama cik tunang dari setia alam pukul 9 pagi, sarapan di R&R Rawang dan dalam 12:40 tengah hari aku sampai di rumah pengantin. Puas hati dapat makan di kenduri kahwin sbb dah lama x merasa. Kali terakhir makan di kenduri kawin dalam 2 bulan lepas kalau tak silap.

Apa pun tahniah kepada kawan sekelas aku yang telah melansungkan majlis perkahwinan. Nanti sampai turn aku jangan tak datang pulak. Hahaha

Sent from Asus Zenfone 6
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 10 Januari 2015

Sarapan Roti Bakar dan Nasi Lemak Serta Kerja di Hujung Minggu


Semalam lagi dah mengidam roti bakar sampaikn lepas dinner terus pergi kedai runcit beli roti dan kaya.

Pagi ni pulak aku bangun awal sangat dalam pukul 5 pagi dah terjaga dan tak rasa mengantuk lagi. Rasa segar semacam siap boleh terus bangun dari katil tanpa rasa malas.

Seawal 5 pagi lepas bangun tidur, aku habiskan masa dengan online. Masuk je subuh terus pergi mandi dan lepas tu solat subuh.

Selesai solat tiba2 perut aku pulak rasa lapar. Tu la akibatnya bangun awal sangat. Mula-mula ingat nak tunggu sampai 7:45 pagi untuk keluar beli nasi lemak kat pasar pagi kawasan parking lrt pandan indah.

Tapi sebab dah lapar sangat dan memang x boleh tahan, tiba2 otak aku teringat yang aku masih ada roti yg dibeli semalam. Jadi boleh la buat roti bakar dulu utk alas perut.

Lepas makan roti bakar dan dlm pukul 7:45 pagi, aku keluar pergi beli nasi lemak pulak. Fuh puas hati sarapan roti bakar dan nasi lemak.


Muka takde mokd kerja di hujung minggu. Hari ni dan esok aku kerja shif petang. Masuk 3 petang dan keluar pukul 12 tengah malam.

Balik kerja 12 tengah malam terus lena atas katil. Kalau aku rajin sangat biasanya lepas habis kerja tu bawak kereta g jalan2 ambil angin.

Cakap pasal takde mood ni, mula2 nak datang kerja dan sejam pertama je malas sikit. Lepas tu dah ok dan boleh buat kerja dengan bersemangat. Bersemangat la sangat. Hahaha


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Seminggu Menggunakan Asus Zenfone 6


Semalam genap seminggu menggunakan Asus Zenfone 6. Jadi aku hanya ada sedikit pengalaman yang nak dikongsi disini. Diharapkan apa yang dikongsi disini berguna bagi yang teringin untuk guna telefon ini pada masa depan.

Mula2 sekali aku nak sentuh dari segi performance. Setakat ni aku berpuas hati dari segi sensitiviti skrin sentuh, play back video, dengar lagu, dan penggunaan applikasi sosial seperti whatsapp, twitter, email, blog dan fb.

Kalau dari segi prestasi permainan pula aku tak dapat nak kongsi pengalaman sebabnya buat masa ni aku masih tak install aplikasi game. Lagipun memang tujuan asal aku beli telefon ni bukan untuk bermain game.


Yang paling aku suka dan puas hati adalah penggunaan bateri. Telefon ini menggunakan bateri berkuasa 3230 mAh dan setakat ni dengan penggunaan yang biasa serta tidak terlalu heavy usage menggunakan sambungan wifi, telefon ini mampu bertahan selama lebih 30 jam.

Tapi dengan menggunakan bateri sebesar ni, aku terpaksa ambil masa yang lama untuk cas bateri sehingga penuh. Biasanya cas 3 jam 15 minit baru dapat full 100%.

Bagi yang nak cas laju boleh guna adapter fast charger yang dijual di kedai. Selain tu boleh juga gunakan power bank kalau tak sanggup nak tunggu 3 jam semata-mata nak tunggu bateri penuh.

Buat masa sekarang hanya diatas ni yang dapat aku kongsikan kat sini. Nanti dah lama guna dan kalau ada masalah yang berkaitan dengan telefon ni, aku akan kongsi lagi disini.


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 7 Januari 2015

Menunggu Terima Bonus


Termenung jauh semalam di stesen LRT dan dalam otak hanya fikir bila nak terima bonus. Bagi kaki tangan penjawat awam dah ada berita bahawa akan dapat bonus dibayar sekali dengan gaji bulan Januari 2015. Seronoklah korang.

Aku yang kerja swasta pulak masih takde khabar berita mengenai tarikh yg akan terima. Yang selalu dengar adalah " mungkin hujung bulan ni ataupun bulan depan ".

Buat masa ni hanya mampu menunggu dan terus menunggu. Doakan aku terima bonus dalam masa terdekat ye.


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 6 Januari 2015

Kembali Kerja Shif Malam


Masuk bulan Januari, shif aku bertukar kembali kepada shif malam. Kalau bulan lepas dapat shif petang dan bulan sebelum tu dapat waktu pagi. Memang tiap bulan akan bertukar shif dan akan pusing ikut giliran.

Mungkin ada yang fikir shif malam ni tak menyeronokkan dan menganggu kitaran waktu tidur. Tapi bagi aku, ada jugak kebaikannya kerana waktu malam agak sunyi jadi boleh fokus buat kerja tanpa ada gangguan orang lain.

Selain tu sudah tentu la bayaran pon ada lebihnya. Kiranya kalau dapat shif malam, gaji pon akan lumayam berbanding shif waktu pejabat biasa. Haha part gaji tu yang paling syok. Lagipun aku masih bujang jadi takde masalah pun kalau kerja malam sebenarnya. Okeh nak sambung kerja plak.

Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 5 Januari 2015

Perancangan Tahun 2015

Perancangan Tahun 2015 yang aku buat tidak se-gempak dan se-hebat macam orang lain. Cukup sekadar apa yang rasa mampu oleh diri ini untuk dilakukan dalam tahun 2015.

Kalau nak disenaraikan semuanya memang banyak juga plan tapi aku hanya beritahu yang mana penting sahaja. Yang selebihnya kurang penting tu akan dikongsi dalam entri yang akan datang sepanjang tahun.

1. Keluar Dari Zon Selesa ( Comfort Zone )

Tahun 2014 yang lepas, hidup aku boleh dikategorikan sebagai cukup selesa sebab kebanyakannya aku hanya ' play safe ' bila membuat sesuatu keputusan. Contohnya kerja di kawasan yang dah biasa praktikal pada tahun 2012, menyewa bilik pon dekat dengan tempat kerja, balik kampung 2 bulan sekali, pengurusan kewangan stabil, makan cukup, bermain game online lebih 2 jam sehari dan macam-macam lagi.

Kalau boleh untuk tahun 2015 ni aku cadang untuk lakukan sesuatu yang luar dari ' play safe '. Antaranya adalah mulakan bisnes sambilan, kurangkan makan, kurangkan online, dan mungkin cari kerja lain serta menginap di kawasan lain. 

2. Tukar Kerja

Pasal tukar kerja sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah fikir. Cumanya sekarang ni aku masih menunggu kenaikan gaji. Kalau kenaikan gaji memberansangkan, aku akan kekal dan kalau tidak berapa naik mungkin terpaksa cari kerja lain.

Bagi aku kenaikan ni sangat penting terutama sekali pada tahun 2015 aku ada perancangan khusus yang memerlukan kewangan yang lebih kukuh.

3. Mendirikan Masjid

Kalau ikut apa yang dirancangkan dan apa yang dibincangkan, aku akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Bila tarikh yang sebetulnya itu aku biarkan rahsia dulu.


Apabila dah berniat untuk berumah tangga, banyak persediaan aku kene buat dari awal. Persediaan yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadi pemimpin keluarga. Pergghh aku taip ni pun aku sendiri yang rasa saiko.

Buat masa ni aku secara perlahan-lahan persiapkan diri untuk berumah tangga. Tak perlu terburu-buru, just chill and relax.


Rasanya 3 perkara diatas inilah yang aku betul-betul fokus dan rancang untuk dilakukan pada tahun 2015. Yang lain  masih lagi kabur dan perlukan perancangan lain.

Apa pun semoga perancangan yang aku senaraikan ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa halangan yang besar.

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 3 Januari 2015

Tahun Baru Fon Baru : Asus Zenfone 6

Dalam post Perancangan Bulan Oktober, aku ada beritahu bahawa aku nak tukar smartphone. Blackberry Curve 9300 yang aku guna selama 2 tahun telah banyak berajasa dan sudah sampai masa untuk aku menaik taraf demi memenuhi keperluan semasa. Cewah ayat nak cliche aje.

Fon baru yang bakal menggantikan BB adalah Asus Zenfone 6. Dibeli pada 2 Januari 2015 dan mungkin serta kemungkinan besar akan terus guna sampai Disember 2016. Itupun kalau fon ni dapat bertahan selama 2 tahun dan harap2 dapat bertahan selama tempoh tersebut.


Harga yang aku beli RM 750 walaupun sepatutnya boleh dapat RM 700 di Asus Store tetapi kebanyakan Asus Store yang aku lawati semuanya telah kehabisan stok bagi model ini.

Yang saiko dan hasut aku untuk beli fon ni adalah kerana ia dilengkapi dengan kamera 13 mega pixel. Sangat sesuai untuk ambil gambar dan boleh la aku bersemangat untuk rajin update blog.

So ini lah dia fon yang aku idamkan sejak 3 bulan yang lepas. Akhirnya terbeli jugak. Tunggu update seterusnya daripada aku menggunakan fon ini. Adios.
~ Baca Selanjutnya ~

Penamat 2014 : Firdaus Bertunang

Ni 13 hari yang lepas punya cerita. Saja aku tangguhkan lambat sikit sebab rasanya tak sesuai aku menunjukkan perasaan gembira sedangkan ramai kawan-kawan dan saudara mara kat pantai timur mengalami bencana banjir.

Malah sekarang pun banjir masih tak pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah paras air dah turun di beberapa tempat di Kelantan.

Jadi kembali pada tajuk, 21 Disember yang lepas aku dah selamat melansungkan majlis pertunangan dengan pasangan. Majlis buat biasa je melibatkan 2 keluarga dan beberapa kenalan daripada pasangan. Nah drillz gambar :


Ha ha macam nak bertinju tu. Kahwin pulak.... nanti la kalau jadi dan betul-betul confirm dengan tarikh baru update kat sini. Tak syok pulak kecoh awal-awal. Kita slow down dan rilek-rilek dulu.

p/s : Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul.

~ Baca Selanjutnya ~