Rabu, 19 Oktober 2011

Smart Casual Atau Formal Casual ?

Pagi tadi semasa on the way pergi kelas bersama kawan, aku ada ternampak seorang mamat memakai pakaian yang formal seperti menghadiri kelas semasa zaman matrikulasi cuma yang bezanya tali pinggang dia warna putih dan nampak ada sedikit tarik disitu. Oh ya matrikulasi diwajibkan pakai baju formal seperti dalam gambar di bawah :

Kawan aku dah pandang pelik kat mamat  tu dengan pakaian yang dipakainya. Bagi kami sebagai pelajar UniMAP ( Universiti Kejuruteraan ) untuk melihat pelajar pakai formal siap dengan seluar slack yang licin itu agak pelik kerana 99.99% pelajar lelaki UniMAP memakai smart casual macam dalam gambar dibawah :


Sempoi kan pakaian pelajar lelaki UniMAP ? T-shirt + jeans + jacket = cool . Engineer memang kena pakai sempoi dan tak perlu sampai nak berseluar slack dan juga tali leher. Bukan saja pelajar yang pakai sempoi macam ni. Pensyarah dan staff juga kebanyakannya pakai seperti pelajar.

Dulu masa zaman matrikulasi yang penuh dengan nerd memang bangga dan rasa sangat segak dapat pakai formal siap dengan tali leher lagi. Tapi aku tak pernah pun nak pakai dengan kemas dan selalu je biarkan tali leher tidak rapat dengan kolar baju.

Bila masuk alam universiti, dah takde pakai lagi formal dan bertali leher dan aku sendiri pun dah jadi tidak berminat dengan pakaian macam tu. Sebenarnya pakaian formal tidak sesuai dengan aku sekarang kerana perut aku buncit sikit.



Heyy Buncit is sexy ok ?


Kita lari topik sekejap dan cakap pasal buncit pula. Terdapat banyak quote mengatakan Buncit itu seksi. Betul ke memiliki perut buncit ini seksi ? Erkk... erk.... yang ni aku rasa better tanya kepada kaum hawa mengenai pendapat mereka pasal lelaki perut buncit. Honestly aku sendiri sebagai lelaki tidak menyukai rupa perut buncit dan sebab itu la aku dalam proses nak kempiskan perut.

Apabila memiliki perut yang buncit, baju yang smart dan nampak elok pun boleh bikin spoil dengan ada bonggolan yang besar umpama mengandungkan anak beberapa bulan kat perut tu. Thanks God perut aku tidak la buncit melampau dan aku masih boleh pakai T-shirt biasa tanpa nampak ada bonggolan di bahagian perut.

Enough with buncit things dan aku dah rasa agak spoil dengan perut buncit. Tapi kalau dengan perut buncit boleh dapat girls yang hot stuff, apa salahnya memiliki perut buncit kan ? Untung la kepada lelaki yang perut buncit tapi dapat girl yang smoking hot and sexy doxy.

My Gf  memang smoking hot pun dan yang paling pentingnya adalah she's not sexy. Seksi yang dimaksudkan disini adalah mendedahkan tubuh badan. Biasanya girls yang kelihatan hot apabila mendedahkan tubuh badan sebenarnya kelihatan sangat tidak hot apabila they covered up their body. Since mereka tidak hot dan tiada pakej lain lagi maka mereka terpaksa dedahkan badan supaya market mereka melonjak naik di pasaran Wall Street Lelaki. This is a true fact created by me just now.

Ok sudah cukup aku melencong daripada tajuk asal post ini. Kembali kepada Smart casual atau Formal Casual, now aku lebih prefer untuk memilih smart casual kerana lebih sesuai dipakai apabila melakukan pelbagai jenis aktiviti. Yang Formal casual tu untuk kerja pejabat dan duduk dalam air-cond 24 jam baru la sangat sesuai.

Formal casual memang kelihatan sangat smart dan segak tapi perwatakan aku lebih sukakan sesuatu yang agak simple dan selekeh sikit. Ia kelihatan sangat menarik dan natural apabila memandang lelaki yang pakai t-shir dan jeans berbanding seluar slack + tali leher + baju kemeja.

p/s : Perempuan suka tengok lelaki pakai Formal casual atau Smart Casual ?

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kenapa Engineering Sangat Susah ?

Bagi student yang masih lagi bersekolah, mari abang Firdaus nak saiko adik-adik sekalian supaya fikir masak-masak sebelum ambil kursus kejuruteraan apabila memohon untuk masuk IPTA lepas spm nanti. Abang Firdaus ada sebab yang sangat munasabah untuk mengatakan bahawa engineering course memang sangat susah macam Gampit sampaikan penin kepala nak jawab final exam.

Status : Stupidity Activated

Ini hanya la sebagai pendedahan kepada adik-adik sekalian mengenai bidang kejuruteraan yang akan adik-adik belajar apabila memasuki IPTA. Kalau bidang perubatan pula abang Firdaus tak tahu nak bagi pendedahan apa tapi yang pasti adik-adik akan membedah mayat, belah otak, belah dada, belah organ dan belah segala belah. Sebab itu ramai doktor perempuan sekarang belah kain. LOL tak pasal-pasal aku pergi tembak doktor perempuan. Sangat Gampit disitu.

Gambar 1 :

Apa yang dijelaskan dalam gambar 1 ni adalah 1 litar elektrik yang sangat mudah dan berdasarkan gambar 1, biasanya soalan suruh mencari jumlah Current ( amp )

Gambar 2 :

Gambar yang ke 2 pula agak sedikit FAT35 apabila litar elektrik menjadi sedikit kompleks berbanding yang dipelajari dalam kelas. Biasanya litar yang kompleks macam ni sering dijadikan assignment selepas habis waktu kelas. Assignment sahaja sudah cukup Saiko

Gambar 3 :

Yang last sekali pula adalah litar elektrik yang keluar waktu peperiksaan akhir semester. Dapat kita lihat disini bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara apa yang dibelajar dalam kelas dan apa yang keluar dalam peperiksaan.

Sekarang dah jelas kenapa abang Firdaus kata bidang kejuruteraan ini sangat susah kan ? Memang bidang engineering boleh dikategorikan sebagai FAT35 dan boleh buatkan kepala pecah. =_=

p/s : Nak muntah guna perkataan Abang Firdaus.. uwweeeekkk

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 6 Oktober 2011

Bestnya Kentut Bertubi-tubi

Kentut adalah proses dimana badan kita mengeluarkan angin melalui dubur. Jika keluar angin melalui mulut, ia bukan dinamakan kentut tetapi dipanggil sendawa.

Sendawa dan kentut mempunyai persamaan yang mana kadang-kadang membawa bau busuk dan kadang-kadang tidak membawa apa-apa bau. Selain itu kentut dan sendawa juga boleh berbunyi dan juga tidak boleh berbunyi.

Status : Berkentut activated


Eleh nak kata post aku ni sangat annoying ke sebab duk sembang pasal kentut ? Macam la yang kata tu tidak pernah kentut sepanjang hidup dia. Pada hal dia pun kentut hampir setiap jam jugak lepas tu kentut busuk. weekkk

Macam biasa petang tadi aku pergi la jogging sebab dah 3 hari tak jogging akibat terlalu penat dan cuaca tidak mengizinkan. Jadi semasa di pertengahan jalan jogging tadi, perut aku buat hal semacam rasa nak meletup je.

Aku tak tahu kenapa perut aku meragam semacam je. tiba-tiba aku jadi tidak tahan lalu melepaskan kentut secara bertubi-tubi. Tapi kentut aku takde la bunyi dengan kuat. Kalau kentut kuat malu la weii dengan orang yang jogging di belakang dan depan aku. LOL

Sepanjang 20 minit pertama jogging tadi, aku hanya asyik melepaskan kentut sahaja di sepanjang jalan. Aaahhh syok gila dapat buang angin dalam badan ni. Nikmatnya sangat best tidak terkata.

Lepas habis jogging tadi aku rasa sangat ringan di bahagian perut kerana mungkin semua angin telah habis dikeluarkan melalui kentut tadi.

p/s : Bagaimana agaknya kalau kita tak boleh berkentut ? :P

~ Baca Selanjutnya ~

Tanda-tanda Blog Nak Lingkup

Dah berkurun aku tak update blog ini kerana semalam sangat sibuk dan tekanan perasaan yang malampau. Hanya forblogger.net sahaja yang tahu perasaan aku hadapi semalam.

Aku cakap blog ni sudah berkurun tidak diupdate. Berkurun itu maksudnya beratus tahun. Beratus tahun = Berabad = ratusan tahun. Demn !! duk ulang benda yang sama membuatkan penulis blog ni kelihatan sangat Gampit.

Status : STUPIDITY activated

Sebenarnya bukanlah berkurun pun aku tidak update blog. Cuma ada la dalam masa lebih daripada 12 jam aku tak update. Biasanya paling lama pun tidak lebih daripada 10 jam aku tidak update. Shayang sangat-sangat sampai tak sanggup nak tinggal lama blog ni.

Apa yang aku buat sampai tak update petang dan malam ?

Aku semalam siapkan 100% setting pada blog OhBola.com. Aku submit website pada Google webmaster, lepas tu buat sitemap. Yang paling celaka dan spoil mood aku seharian semalam adalah pasal sitemap. Punya la masalah dan susah nak settle sitemap sampai hampir tengah malam baru siap.

Aku start mengadap laptop daripada petang sampai malam tak dapat nak siap. Lepas nak pecah kepala tu baru la dapat siap setting semua. Sekarang blog OhBola sudah siap setting sepenuhnya dan hanya perlu fokus untuk update pasal bola sepak je. keh keh keh

Apa pun semalam aku dah submit dan siap setting semua. Kalau ikut plan sepatutnya hari ni dah ada improvement sikit. Tak banyak pun, sikit pun jadi la asalkan ada benda yang semakin baik dari segi jumlah trafik. fuh fuh.

p/s : Penat.. zzzzzzzzzzz
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 5 Oktober 2011

Gila Kasut Pulak Dah

Agak rare untuk dengar orang yang gila kasut ni tapi jangan fikir takde pula. Sekarang ni aku termasuk dalam salah seorang yang sedang gila kasut. Demn !! habis la aku macam ni kalau pandang kasut lawa dan smart sikit terus jatuh hati.

Bukan apa, biasanya kasut yang smart dan stylo harganya juga mampu membuatkan aku berasa sangat hensem untuk membelinya. LOL maknanya harga kasut yang smart tu sangat-sangat la mahal sampai boleh buatkan aku Shit brit.



Ini semuanya gara-gara kasut aku yang hilang minggu lepas. Sejak kasut aku hilang minggu lepas dan aku ada usha kasut baru kat kedai kasut, aku sudah mula jatuh hati pada kebanyakan kasut yang cantik dan menarik di situ.

Demn !! banyak pula perkataan kasut dalam post ni sampai buat aku penin apabila membaca balik.

Setakat ni kasut yang aku sedang gila kebanyakannya daripada jenama Nike je. Fuuhh kasut Nike memang cantik gila habaq hang dan memang sesuai dengan jiwa remaja aku yang sedang memberontak ni. Eeeiii rasa geram gila bila tengok kasut Nike yang duk pampang kat kedai tu...

p/s : Selamatkanlah aku daripada pembaziran duit membeli kasut mahal.. =_=


~ Baca Selanjutnya ~

Apa Masalah Histats Ni ?

Tak tahu nak sembang macam mana tapi aku rasa masalah ni dah lama berlaku sebenarnya. Kalau tak silap aku, Skytech Belog pun turut sama kena dengan aku pada bulan puasa hari tu lagi. Ehh ye ke bulan puasa hari tu ? Ahh tak ingat dah aku tapi rasanya agak lama juga.

Until now the same problem still happen dan angka paparan di blog langsung tidak sama di laman web Histats walaupun di view dan refresh pada masa yang sama. Ggrrr apa masalah widget ni pun aku tak tahu.


Haih lantak la histats, nanti aku cuba pasang widget lain pulak untuk aku skodeng trafik blog ni yang tak berapa nak bagus. Tapi google Analytic langsung aku tak suka. tak tahu kenapa dan tiada alasan yang kukuh tapi memang aku tak suka.

Silap hari bulan kena kembali pakai Feedjit Traffic widget juga yang best. Tapi masalah Feedjit adalah loading dia berat sikit berbanding Histats ni. Berat sikit je, takde banyak mana pun dan tak rasa sangat bezanya.

p/s : Kelas pukul 10 pagi. zzzzzzzz


~ Baca Selanjutnya ~

NFL Pepsi Rookies of the Week ( 4 Gambar )

National Football League ( NFL ) merupakan sukan american football yang dimainkan di negara Amerika sebagai sukan tahunan mereka. American Football berbeza dengan rugbi dan corak permainannya sangat smart dan cool apabila kita tengok. Setiap saat dalam NFL sangat berharga kerana permainan yang dimainkan selama 1 jam kadang-kadang boleh extend menjadi sampai 3 jam.

Aku pun layan juga NFL ni di Astro Super Sport 3 cuma sekarang aku tak dapat nak layan kerana kesukaran mendapatkan servis / siaran Astro di UniMAP. Jadi terpaksa la aku aku layan NFL di youtube dan dapatkan latest news melalui laman web mereka.

Back to the main topic, aku nak share 4 gambar pemain NFL yang aku nampak sangat cool based on their action on field. Seriously when you watch this sport on tv, almost all the action and tactic used by the players was awesome and cool. Sangat best spend 3 hours watching them play on the battle field.

Stefan Wisniewski, OG, Oakland Raiders


Cam Newton, Quarter Back, Panthers
 
 Julio Jones, Wide Receiver, Falcons

Daniel Thomas, Running Back, Dolphins


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 4 Oktober 2011

Shah Rukh Khan New Poster Will Make You Shit Brit

I'm not a gay person and also not a lesbo type. However I just don't know how to describe the picture that I just found in this Blog. Bila first time aku tengok, semua rasa muncul secara tiba-tiba sampai membuatkan aku tak tahu nak describe macam mana.

Rasa loya, rasa nak muntah, rasa pening, rasa nak shit brit dan rasa nak pengsan pun ada. Not sure what category this picture is belong to but for sure it is kinda Failure and Damn LOL after looking at it. You can judge this picture with your normal brain dan pastikan korang bukan dalam keadaan high cocaine apabila pandang gambar di bawah.

So lets cut the crap and aku akan biarkan korang enjoy sendiri gambar yang hampir buatkan aku shit brit tadi. *nasib baik aku tak terberak.


aaahhh so sweet rite ? It's like I'm watching a couple of gay berpelukan sambil gambar mereka diambil untuk dijadikan big poster. Damn LOL harap-harap ada banyak lagi gambar lawak untuk artis yang lain pula.

p/s : mood blogging update setiap 1 jam :)


~ Baca Selanjutnya ~

Murid Kena Cubit Pun Masuk Akhbar. Looser !!

Kota Bharu – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.
Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

Baca Selanjutnya <<<

Status : SARCASM + TROLLING Activated... he he he

Oloh doh la jadi kat Kelate lepah tu masuk paper kosmo pulop sebab keno cubit dengan cikgu. Biaso la tu keno cubit sampai lebam. Aku dulu zaman skoloh darjah 1 lagi keno cubit kat perot sampai nok berdaroh dekat bahagian keno cubit tu. Tapi takdop la sampa nok royak ke mok sebab keno cubit.


Kembali ke loghat biasa. Sekarang ni banyak sangat kes yang masuk paper pasal cikgu cubit pelajar, cikgu rotan pelajar, cikgu penampar pelajar dan bla bla bla. Semuanya nak tunjuk yang cikgu salah dan berlaku sangat kasar dengan anak murid.


Pada hal ibu bapa tak tahu betapa dungu dan  bodohnya anak mereka di sekolah sebab itu  anak mereka layak dapat penampar, cubitan, rotan dan hukuman lain lagi. Aku dulu siap kena penampar dengan buku lagi kat muka tapi takde la sampai nak beritahu mak bahawa cikgu penampar menggunakan buku.


Sebab aku tahu yang bodoh dan dungu adalah aku juga sebab tak buat kerja. Tu pasal kena penampar dengan buku sampai kebas muka. LOL memang tak boleh lupa kejadian tu. Start daripada tu, semua kerja sekolah cikgu tu aku siapkan sebab tak nak kena penampar buku lagi. ha ha ha


Fakta :


Kids nowaday sangat manja. Kalau dulu kat asrama junior kena buli mana ada report pada cikgu atau warden. Sekarang ni junior kena buli basuh baju pun dah report kat warden. Demn !! bapak manja.


Maybe next few years apabila cikgu tengking dan marah kepada pelajar dalam kelas pun boleh masuk akhbar :


Berita Panas : Guru tengking pelajar sampai terkencing. ( Damn LOL )

 Ok cukup sudah edisi trolling kali ni. Entah la aku tak tahu nak cakap macam mana sampai isu begini pun boleh keluar paper. Ibu bapa masa mereka sekolah dulu pun pasti ada je kena cubit / penampar / denda dengan cikgu. Takkan la itu pun tidak dapat nak fikir.

~ Baca Selanjutnya ~

Sayonara Trafik Blog

Formula dalam dunia blog ni sebenarnya sangat mudah difahami sampaikan budak sekolah rendah pun boleh faham persamaan di bawah ni. Kalau ada yang tak faham jugak, sila telan kokain supaya lebih sedar ( LOL ) :

Kurang Update = Kurang Trafik = Kurang Income

Status : STUPIDITY activated :)


Bagi yang masih tak tahu apa itu trafik seperti yang aku tulis dalam tajuk post diatas. Trafik adalah lalu lintas dan lalu lintas pula adalah trafik. Gggrrr Bodoh betul bunyinya pada permulaan post untuk malam ni.

Tinggalkan mood kebodohan yang aku alami sekarang ni kerana ada benda yang lebih penting yang aku cuba sampaikan. Berdasarkan formula yang aku tulis diatas tadi, itu la perkara yang aku sedang alami dalam dunia blog sekarang.

Aku sudah menjadi sangat kurang update. Huummpphh menyampah gila apabila tidak ada banyak masa untuk update. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan kelas, sibuk itu dan sibuk ini. Demn !! even update through phone pun sangat susah untuk dilakukan sekarang.

Ini baru blog utama, blog sampingan, Oh Bola tu pun jarang juga nak update. Lagipun blog baru tu masih tidak berapa nak mesra dengan Google lagi dan kebanyakan post susah untuk jumpa di enjin carian. Biasa la pagerank 0 , baru up tak sampai seminggu, takkan nak jangka pelawat sampai 1000 sehari dah.


Sergeant Keroro pulak duk sibuk bagi tips nak pujuk perempuan. ish ish kalau tolong aku update blog Oh Bola tu takpe la juga. Update pasal Chelsea ke, Man U ke, Arsenal ke, best juga nak troll team yang kalah atau looser.

p/s : Kesimpulannya aku sangat sibuk dan sedang cuba cari masa =_=

~ Baca Selanjutnya ~

Yesss Dah Keluar Kawasan

Setelah 2 bulan aku akhirnya kembali tercampak keluar daripada kawasan. Perhatian, bahawasanya kawasan yang aku maksudkan itu bukan seperti " Abang kawasan "

Abang Kawasan adalah abang yang menjaga kawasan. Demn !! permulaan post yang cukup trolling pada istilah Abang Kawasan yang nonsense dan whatever LOL itu.

Status : SARCASM Activated

Jadi apa sebenarnya yang aku maksudkan dengan keluar kawasan tu ? Kalau nak tahu sangat jom layan gambar 18SX kat bawah ni. This is not a joke ok ? Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas dan hanya khas untuk tontonan orang dewasa sahaja.

Sedia ? 1........2.........3 !!!


Yesss blog aku sudah keluar daripada ranking top 500 Malaysia. Yahuuuu Yahuuuu.. Erk kenapa aku gembira tak tentu pasal ni ? Habis tu takkan nak sedih pulak ? Rileks la ranking dunia dah bawah 100K tu pun dah cukup elok untuk dilihat.

Ok cukup cakap pasal ranking, nanti ada orang kata aku poyo la duk cakap pasal ranking pada hal ranking blog pun bukan hebat sangat setakat 500 lebih je ( Demn !! you are so jealous with me )

Kalau tengok post aku sejak seminggu dan 2 minggu yang lepas, aku banyak duk sembang pasal kehidupan peribadi seolah-olah duk cerita macam diari kat dalam blog ni. Tak kurnag juga aku cuba masukkan unsur perasaan marah dan melampau ke dalam post blog ni.

Kenapa masukkan perasaan marah dalam post ? kerana aku lebih enjoy menulis dalam keadaan marah dan otak pun bergerak dengan laju untuk hasilkan 1 post yang cukup hampeh. Takpe la post hampeh pun janji aku tetap dapat update dengan gembira.

p/s : innity kenapa awak kedekut dengan saya sekarang ? wuuuuuu

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 3 Oktober 2011

Penerima Hadiah Top Referring Url September

1. Azri Johan
2. Kizmyself
3. Sergeant Keroro
4. Laluan Kehidupanku
5. Blog Begins At Forty
6. Farhan Hanif
7. Egie Azira
8. Solicious Story Nory

Lucky Follower :

9. Diary Kecilku
10. Cloud 9

Mereka akan dapat hadiah seperti dalam gambar di bawah ni :


ha ha hadiah macam yang sebelum ni. Ahh ambil je sebab aku pun dah penin kepala tak tahu nak bagi hadiah ape kat korang ni. :)

Sila emelkan alamat kediaman ke :


firdaus_echelon@yahoo.com

p/s : emel cepat alamat.. aku nak siapkan cepat. banyak kerja wooo

~ Baca Selanjutnya ~

Mengantuk dan trolling

Selamat pagi dan selamat pagi serta selamat pagi. Hari ini kelas aku seawal 8 pagi lagi dan pensyarah datang awal. Tapi takpe kelas awal pagi pun kerana tengah hari nanti kelas dah habis dan boleh la aku tidur dengan aman. Aku asyik fikir nak tidur je beberapa hari ni tapi last sekali tak tidur juga kerana bila dah ada kat bilik duk online sampai tak ingat dunia dan sampai lupa nak tidur.

Pagi hari lagi dah kena troll dengan pensyarah apabila tugasan yang perlu diberikan tajuk tidak bersesuaian dan tidak masuk dengan tugasan. Haih akibatnya kumpulan aku kena banyak soal dengan pensyarah dan 2 kali kena reject tajuk tadi. Ggrr permulaan hari yang tidak berapa baik. Harap-harap la kelas seterusnya elok dan sejahtera je. Troll di pagi hari. Padan muka aku. Siapa suruh tak fikir tajuk dengan baik.

P/s : aduyai nak tidur. Humm zzz

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Antara Awek Cun Dan Anjing

Macam biasa pada waktu petang iaitu petang tadi aku ada pergi berjogging untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Jogging itu adalah salah satu senaman.

Senaman itu terdiri daripada banyak aktiviti dan salah satunya adalah berjogging. Demn !! kenapa introduction post ini kedengaran macam sangat bodoh ? Ahh lantak la post bodoh janji aku gembira menulis.

Apabila berjogging di kawasan kampung atau dengan lebih tepat lagi kawasan tempat tinggal ramai orang, sudah tentu la pada waktu petang akan ada manusia yang meronda-ronda ke kawasan yang aku jogging tu.

Antara manusia yang lalu lalang tu mesti la ada juga awek cun yang naik motor. He he kalau ada awek cun jogging memang sah la aku tegur jugak. Harap-harap kekasih aku tak baca post ni. Naya aku kalau dia tahu aku ada usha awek cun
 semasa berjogging.

kembali pada tajuk tadi pasal Awek Cun dan Anjing.

Yang awek cun tadi tu tiada apa pun kerana aku hanya control macho je masa jogging. Ehem jogging apabila awek cun naik motor lalu mesti la kena kontrol macho sikit dan buat-buat jogging dengan gagah.

Apabila awek cun dah blah, nak semput nafas aku duk tahan penat. Gila penat nak mampus jogging tadi. Kalau seorang lalu takpe lagi, kalau ramai awek yang lalu ? memang mampus la aku nak control kan ?

Habis cerita pasal awek cun yang sebenarnya tak berapa nak cun. Awek UniMAP je yang cun, penduduk kampung tak cun. TROLOLOLOLO ...

Masa aku jogging tu juga aku ada jumpa anjing. Tengah sedap aku jogging, tiba-tiba kat depan sana tu ada anjing duk meliar pulak. Celaka punya anjing !! apa pasal kau selalu muncul pada waktu petang aku nak jogging ? gggrrrrr

Nak tak nak aku teruskan juga berjalan ( x jogging sebab penat nak mampus ) menghampiri anjing yang meliar di tepi jalan. Bila aku dah semakin dekat dengan anjing tu, aku pun pandang ke arah anjing tersebut.

Anjing tu berhenti meliar dan hanya tengok aku yang berjalan dengan mata yang kelip-kelip. Bagus jugak anjing ni, tahu aku nak jalan pandai pula dia duk diam. keh keh

Lepas je aku melintasi anjing tu, aku tak pandang belakang pun dan terus sambung berjogging kembali. Fuuu nasib baik anjing tu takde kejar aku. Kalau kena kejar memang mampus la aku nak lari. Tak jejak bumi nak lari kena kejar dengan anjing.

Kemudian aku bermonolog :

" Kenapa anjing tu duduk diam masa aku lalu melintasi dia ? "




~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 2 Oktober 2011

6 bulan tak makan pizza

Oh pizza oh pizza, sudah berbulan aku tidak bermesra denganmu. Seingat aku, kali terakhir kita bertemu adalah sejak 6 bulan yang lepas. Oh sungguh rindu hati ini ingin ketemu dan bermesra denganmu. Aku rindukan kenikmatan, kelazatan dan kegebuan yang ada padamu wahai pizza. Datang la berdamping denganku dan aku akan memberikan servis yang terbaik aku miliki.

Haish apa aku merepek ni siap ada madah bicara berunsur jiwang dan mengarut. Ok aku kat pizza hut kangar sekarang untuk menikmati pizza yang pejal dan gebu. Aauumm rupa paras pizza dah cukup mengancam dan mampu menggoda diri ini. Aku nak makan dlu. Dari pagi tadi lagi tak makan ni. Lapar gleee.

P/s : macam mana nak kurus makan macam ni.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~

Terpengaruh Dengan Blog Kau !!!

2 hari yang lepas aku ada blogwalking ke beberapa blog  yang tak pernah aku kunjungi sebelum ni.

Blogwalking itu maksudnya adalah " Blog Berjalan " . Demn !! introduction untuk post ni pun dah macam sangat bangang untuk dibaca. Tapi walau macam mana pun sila terima ye unsur bangang yang ada dalam post ini kerana aku sudah tukar cara penulisan yang baru sikit.

Masa aku Blog Berjalan tu ada jumpa 1 blog yang sudah masuk 2 tahun lebih usia blog dia. Huishh 2 tahun itu sudah cukup lama bagi aku dan bermacam pengalaman boleh dibelajar.

Blog itu aku hanya boleh cakap bahawa 99% atau mungkin 100% pasal perasaan dan juga diari harian. Well kalau banyak pasal perasaan sudah tentu la blog perempuan kan ? Jarang dan sangat jarang lelaki duk sembang pasal perasaan dalam blog dia.

Kembali kepada tajuk entri tadi,

Tajuk : Terpengaruh Dengan Blog Kau

Bila aku baca blog dia tu yang banyak pasal perasaan, aku pun rasa meluat. Ye la duk buat luahan jiwa dan perasaan cinta memang meluat la nak baca. Nasib baik ada baldi kat sebelah aku masa online dan baca blog dia semalam. Kalau takde baldi dah habis muntah aku bersembur atas laptop.

Asyik mengarut je kerja aku ni. Walaupun blog dia banyak post pasal perasaan lebih2 lagi perasaan sedih dan marah ( part yang aku suka baca ) tapi Alhamdulillah dia masih dapat mengawal penulisan dia.

Bagaimana aku tahu dia mengawal penulisan dalam keadaan marah dan sedih ?

Kerana dalam post dia tidak pernah ada bahasa mencarut ataupun nama-nama binatang yang tidak sesuai disebut. Yang padat dan hebat adalah perkataan Celaka dan Pergi Jahanam !!! Wooo hoo cakap Celaka dan Jahanam dekat pakwe tu.. Syok gila baca post yang penuh perasaan.

Lepas aku banyak baca blog dia. Dengan aku sekali terpengaruh pergi tulis banyak perkataan Celaka dalam blog ni. Demn !! kenapa aku sangat mudah terpengaruh dengan penulisan yang penuh dengan perasaan ?

Aku tahu aku tak boleh salahkan dia kerana yang baca blog dia adalah diri aku sendiri. Dia hanya taip post mengikut perasaan dan aku je yang Bangang mudah terpengaruh dengan gaya penulisan dia. Serius sangat best :P

p/s : Nak blog dia ? ha ha nanti la suatu masa nanti aku promote :)






~ Baca Selanjutnya ~

Babi dan SiaL

Demn !! aku layan lagu Selena Gomez banyak kali sampai cair tahi telinga aku sebab bosan duk main lagu yang sama sampai lebih daripada 20 kali. Tipu je la. Takde la sampai 20 kali pun duk ulang tapi boleh kata banyak juga la.

Nasib baik tahi telinga aku tak meleleh keluar ikut telinga.

Sudah layan lagu, aku pandang sekeliling rumah aku. Sangat sunyi sepi umpama hanya aku seorang je ada dalam rumah. Kawan-kawan semua dah berambus entah kemana tapi aku tahu mereka ada lepak di kedai makan sebab nak tonton perlawanan bola sepak tadi. Kalau tak silap, tadi ada perlawanan pasukan Manchester United kot.

Orang lain tengok bola umpama lelaki sejati. Aku pulak ?

Ciss mentang-mentang la aku tidak tengok bola, mahu kata aku bukan lelaki sejati ye ? Aku suka je tengok perlawanan bola cuma match Manchester United aku sangat kurang suka nak tengok kerana fans mereka sangat ramai.

Kalau ramai fans menonton bola tu aku masih boleh tahan lagi. Baru la ada kemeriahan sikit tonton bola sepak ramai-ramai bersama fans. Dah jadi umpama keluarga setiap ahli fans bola sepak ni.

Tapi bila tengok bola sepak, ada 1 je benda paling Celaka aku tak suka dan bikin mood aku spoil. Demn !! orang lain tengok bola sepak juga tapi takde la sampai mencarut dan guna ayat celaka tu. Semua ayat kau pakai. gila kreatif kepala hotak ko tu. Antara ayat yang  selalu aku dengar adalah :

- Babi bola tak masuk pulak              ( Babi main bola ke ? )

- Sial la Torres tak gol                            ( Pemain pulak kena sial ? )

- Cib@i punya Rooney dia sumbat gol   ( LOL )

- P@nt@t betol la kalah       ( hahh ? P@nt@t kalah ? LOL )

Ayat-ayat kat atas ni la yang bikin aku serabut dan spoil nak tengok bola. Kalau setakat nak menjerit sampai habis suara aku tak kisah. Kalau mencarut dan bahasa kasar tu buat aku rasa nak jahanamkan mulut mereka.

p/s : Sekali lagi penulisanku bercampur perasaan.. best sangat



~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 1 Oktober 2011

Jo Cendol Pulut, Changlun Sedap Ke ?

Petang tadi Aku ada keluar dengan teman wanita a.k.a gf untuk teman dia berjumpa dengan seorang kawan dari USM Pulau Pinang yang datang berjalan-jalan dan meronda ke negeri Perlis Indera Kayangan. Kayangan la sangat kan ?

Plan asal adalah untuk berjumpa di sekitar Padang Besar. Perghh bapak jauh. Aku tak berapa suka kalau travel jauh sebab mudah habis duit. Demn !! mati la aku kalau aku nampak barang-barang murah seperti baju dan seluar kat Padang Besar tu.

Ok intro post ni pun dah bunyi sangat bosan dan merepek. Baik aku skip forward terus untuk cerita pasal cendol pulut yang aku makan tadi. Kiranya lepas berjumpa dengan kawan dari USM tadi, dia ajak aku dan gf pergi makan Cendol Pulut kat area Changlun, Kedah.

Perghh jauh gila babeng. Babeng tak jauh gila macam tu. Padang besar ( hujung perlis ) - Changlun ( negeri kedah ). Nak tak nak aku kena pergi juga sebab gf yang drive kereta. Aku hanya bersantai je sambil tengok pemandangan luar. ha ha LOL Looser tahap dewa aku biarkan gf drive.

Lepas pusing dan pusing akhirnya sampai juga di kedai Jo Cendol Pulut kat Changlun tu. Kedai dia agak besar juga dan aku tengok tadi pun orang ramai sampaikan kami terpaksa cari meja yang besar sikit sebab nak muat 7 orang.

Kemudian brader yang ambil order pun datang tanya nak makan apa. Kami order 6 cendol pulut dan gf aku makan ABC je. Seketika kemudian cendol pulut pun sampai ke meja kami. Wahh gila pantas servis yang disediakan.

Bila aku pandang cendol pulut tu. Aku jadi sedikit hairan. Hurrm aku tertanya-tanya sama ada ini ABC atau cendol pulut kerana ais dalam tu dikisar seperti ABC gf aku. Biasanya aku makan cendol di area Kangar, Perlis aisnya seketul-seketul dan rasanya agak manis dan sedap bersantan.

Ahh peduli apa ais kisar atau ais ketul, aku dah lapar jadi aku makan je cendol pulut tu. Habis makan, aku hanya dapat memberi sedikit sahaja komen. Komen aku adalah seperti di bawah :

- First time makan cendol pulut ais kisar
- Sangat sedap. No wonder ramai orang singgah sini
- Cukup manis kena dengan taste aku
- Tak berapa nak pekat. Cendol Pulut Fatin Corner, Kangar lagi berlemak santannya
- Overall 4 Stars :)

Lepas makan aku pun bermonolog :

" Bodoh nak mampus aku lupa nak ambil gambar cendol tadi. Arrgghhh "


~ Baca Selanjutnya ~

Jalan2 hujung minggu

Cuti hujung minggu kali ni aku pergi pusing negeri perlis. Bermula di kuala perlis lepas tu pergi ke padang besar. Kemudian menuju ke changlun. Pergi changlun pun kerana nak ikut kawan kepada gf nak makan cendol pulut kat sana. Dengar kata nama tempat makan tu Jo cendol pulut. Aku sendiri tak pernah makan lagi kat sana. Biasanya kalau nak makan cendol pulut hanya pergi yang ada kat kangar je.

Haih changlun pun changlun la janji perut aku kenyang. Lapaq glo perut aku ni habaq hang. Tiba-tiba aku rasa malas pulak nak update blog hari ni. Hurm nak jalan2 tanpa pedulikan blog boleh ke ? Ish tak boleh, aku kena update jugak.

P/s : oh cendol. Aku lapoo


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

~ Baca Selanjutnya ~