Ahad, 31 Disember 2017

Instax Dan Polaroid Printing Malaysia

Instax Dan Polaroid Printing Malaysia dapat menjadikan kenangan lebih indah bersama orang yang tersayang. Walaupun teknologi zaman sekarang membenarkan kita menyimpan banyak gambar kenangan manis di dalam peranti canggih seperti komputer peribadi, kamera digital, dan juga telefon pintar, namun sesuatu gambar itu akan jadi sangat tinggi nilainya apabila dicuci, dilihat, serta disimpan didalam album.

Sugguhpun suatu gambar itu bermakna apabila disimpan, tidak salah juga kalau menjadikan gambar sebagai hiasan terutama sekali hiasan bilik, hiasan di majlis penting, dan memberi hadiah kepada orang tersayang.

Gambar pula ada pelbagai jenis tetapi yang paling menarik semestinya gambar polaroid kerana gambar jenis ini terdapat frame yang memberi sedikit ruang untuk kita menulis sesuatu yang berkaitan pada gambar tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk print gambar polaroid murah dari smartphone, kamera digital, atau gopro, boleh cuba lawati instagram di bawah untuk pakej yang disediakan :
Instagram : Detik Instax

Blog : Detik Instax

Di bawah ni pula adalah contoh gambar-gambar polaroid yang telah diprint dari smarphone dan juga gopro. Gambar dibawah ini juga ada tunjuk contoh perbandingan saiz setiap pakej yang disediakan. Cuba tengok dulu setiap pakej yang ditunjukkan dan kalau ada yang berkenan boleh terus follow / hubungi ig di atas.



Bagi yang berminat untuk print gambar, kat sini ada beberapa pakej yang disediakan iaitu Pakej A, B, C, D, dan E dari serendah RM 5. Apa yang berbeza bagi setiap pakej adalah saiz dan ukuran gambar :

Pakej A = RM 5 untuk 8 gambar (6.5cm X 4.5cm)

Pakej B = RM 6 untuk 6 gambar (6.5cm X 9cm)

Pakej C = RM 6 untuk 4 gambar (13.5cm X 8.5cm)

Pakej D = RM 3 untuk 1 gambar (Original Instax Film)

Pakej E = RM 6 untuk 12 gambr ( 4 Keping ) (4.4 cm X 13.5cm)






Kalau korang berminat nak print jugak, kat atas saya dah bagi link. Selamat printing dan enjoy detik manis korang :)

P/s : Jangan lupa follow instagram di atas kalau dah singgah sana.

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 2 Disember 2017

Cara Mengatasi Suami Bermasalah Dalam Rumah Tangga

Cara Mengatasi Suami Bermasalah Dalam Rumah Tangga bukannya perkara mudah bagi seorang isteri. Jika tidak tahu dan tersilap langkah, hubungan suami isteri boleh menjadi tidak bahagia dan lebih teruk lagi boleh membawa kepada perceraian.

Sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahata mata tidak lama lagi, saya ingin berkongsi beberapa faktor yang menyebabkan suami berubah dan seterusnya saya juga akan berkongsi bagaimana nak menangani masalah ini.

Suami yang berubah ni boleh dibahagikan kepada dua iaitu perubahan kecil dan perubahan besar.


Perubahan kecil yang dimaksudkan disini adalah perangai suami berubah pada suatu ketika sahaja. Contohnya sebelum ini apabila isteri meminta belikan makanan atau minta tolong kemaskan rumah, suami tidak membantah dan terus buat apa yang isteri minta.

Tetapi apabila suami mengalami perubahan kecil, suami tidak akan ikut permintaan tersebut malah langsung tidak mahu melayan isteri untuk tempoh masa seketika.

Selepas beberapa hari atau seminggu kemudian, suami akan kembali normal dan akan mengikut permintaaan serta membantu isteri dalam urusan rumah tangga seharian.

Ini adalah contoh perubahan kecil seorang suami. Lepas beberapa ketika, dia kembali menjadi suami yang normal.

Kebiasaannya faktor utama perubahan kecil ini adalah disebabkan oleh tekanan di tempat kerja dan suami tidak mendapat rehat secukupnya.

Jika lain kali suami mengalami perubahan kecil yang sama seperti sebelum ni, isteri hendaklah memberi ruang kepada suami untuk berehat dan tenangkan diri mereka.


Seterusnya adalah perubahan besar oleh suami. Perubahan besar ni memang secara terang-terangan boleh nampak di mata kasar dan ianya berlaku berterusan serta tiada tanda-tanda suami akan berubah menjadi perangai yang baik seperti sebelum ini.

Contoh yang jelas suami mengalami perubahan besar adalah suami berhenti memberi nafkah kepada isteri selama beberapa bulan, suami jarang pulang ke rumah, suami marah pada setiap hari dan setiap masa.

Secara mudahnya rumah tangga yang dulu aman, sekarang sudah tidak bahagia kerana perubahan sikap suami.

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan perubahan besar berlaku keatas suami. Empat faktor tersebut adalah seperti yang saya senaraikan di bawah :

1. Kerjaya. Contohnya apabila suami naik pangkat dan bergaji lebih besar. Masa awal kerja dulu masuk kerja 8 pagi dan 5 petang dah boleh balik rumah. Apabila dah naik pangkat suami pulang kerja sampai lewat malam.

Apabila suami naik pangkat, dia terpaksa menghadapi lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas di tempat kerja. Ini boleh menyumbang lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung oleh suami.

Secara tidak langsung dalam kebanyakan masa, masalah yang berlaku di tempat kerja akan turut terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

2. Orang sekeliling. Perkara yang normal bagi seorang lelaki adalah berkawan. Kawan ajak lepak terus cakap jom, kawan ajak futsal terus jom tanpa berfikir.

Lelaki yang lemah dia akan mudah ikut dan mendengar cakap kawan atau lebih spesifik adalah mudah kena saiko dengan kawan.

Kawan lelaki dia cakap jangan bagi muka kat isteri, terus suami kita ikut dan tak bagi muka kat isteri. Kawan dia cakap isteri manja sangat, terus suami kita ikut jugak cakap kawan dia.

Yang suka dengar cakap kawan ni sebenarnya banyak dah kes yang menyumbangkan kejatuhan rumah tangga.

3. Ekonomi dan Sosial. Tahukah anda kesempitan hidup merupakan salah satu faktor yang menyebabkan suami berubah.

Tidak cukup belanja nak bayar rumah, nak bayar kereta, makan minum serta pakaian anak isteri menjadi punca beban suami bertambah yang mendorong kepada perubahan sikap suami.


Diatas adalah senarai faktor yang menyebabkan suami berubah. Bagi para isteri yang menghadapi suami bermasalah, saya mempunyai berita baik untuk anda.

Tahukah anda suami boleh berubah kembali menjadi baik seperti di awal perkahwinan dulu ?

Saya ingin berkongsi satu ebook karangan Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj yang boleh membantu isteri menangani masalah diatas.


Ebook ini akan mengajar anda menghadapi cabaran dan tanggungjawab untuk membawa suami tercinta kembali berubah seperti di awal perkenalan.

Selain itu, ebook ini juga memperkenalkan cara menangani 42 kerenah suami. Yer 42 kerenah tau bukannya 24. Nampak sangat suami ni banyak kerenah tapi jangan risau kerana ebook ini akan mengajar dan membantu anda langkah demi langkah secara teratur.

Bagi isteri yang cekal, tabah mempertahankan rumah tangga, dan mahukan suami mereka berubah kearah yang lebih positif, boleh dapatkan ebook ini pada harga RM 29 dengan klik pada gambar banner di bawah ataupun klik saja di sini : Suami Unggul


p/s : Semoga anda dapat mengubah kembali suami tercinta untuk terus sayangi anda.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 1 Disember 2017

Makan Di Restoran Ayam Penyet Wong Solo Shah Alam

Makan Di Restoran Ayam Penyet Wong Solo Shah Alam ni bukannya kali pertama. Kalau tak silap saya ini sudah masuk kali ke 3. Orang lain mungkin dah banyak kali makan disini tetapi saya baru je beberapa kali sampai boleh kira dengan jari.

Saya bukannya peminat fanatik sangat dengan masakan ayam penyet tetapi masih boleh makan sedikit sebanyak untuk kenyangkan perut.

Bagi yang masih tak tahu, restoran ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam dan sememangnya terkenal di kalangan penduduk sekitar. Kalau tanya orang Shah Alam dan Klang, mesti mereka tahu mengenai restoran ini.

Seperti pengalaman saya yang sebelum ini, setiap kali datang untuk makan, restoran ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Saya datang bersama isteri semalam pada pukul 3 petang pun orang masih ramai di dalam kedai.

Malah sepanjang saya berada di kedai dan semasa kami makan, orang yang datang sentiasa ramai serta tidak pernah putus.

Saya telah order menu nasi ayam goreng manakala isteri pula order menu nasi ayam penyet.




Pada pendapat saya, menu yang disediakan sangat menarik kerana terdapat pelbagai menu sampingan yang boleh ditempah untuk dimakan bersama menu utama.

Saya juga sukakan menu ayam goreng kerana ayam goreng tersebut digoreng dengan ranggup dan menyelerakan apabila di makan.



Bagi menu isteri pula, dia order sambal ayam penyet yang memang sangat sedap sampaikan saya terpaksa ambil sedikit sambal di dalam pinggan dia.

Keseluruhannya, makanan disini memang sedap dan rasanya tidak pernah berubah walaupun saya jarang datang ke sini. Patut la ramai orang datang makan setiap masa.

Servis layanan pula saya boleh kategorikan sebagai berpuas hati kerana semalam saya dan isteri terpaksa tunggu sedikit lama untuk makanan kami sampai tetapi masih boleh diterima kerana saya faham bukannya mudah untuk siapkan makanan dengan cepat lebih-lebih lagi apabila orang sentiasa memenuhi restoran.

Bagi sesiapa yang tidak pernah cuba makan di restoran Wong Solo, anda boleh cuba singgah apabila berkunjung ke Shah Alam nanti.

Saya dan isteri mungkin akan singgah makan lagi kalau ada kesempatan sewaktu pergi ke Seksyen 7 akan datang.


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 20 November 2017

Menghadiri Kelas Antenatal Di Hospital DEMC Shah Alam

Semalam saya dan isteri telah Menghadiri Kelas Antenatal Di Hospital DEMC Shah Alam sebagai persediaan kepada kami berdua yang bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.

Tempat kelas ini diadakan adalah di Hospital DEMC, Seksyen 14, Shah alam dan tempoh kelas ini adalah selama satu hari iaitu bermula pendaftaran pada pukul 08:30 pagi dan akhir pada petang pukul 05:30 petang.

Jumlah bayaran yang dikenakan untuk menyertai kelas ini adalah sebanyak RM 150 bagi sepasang suami isteri. Pada pendapat saya, harga tersebut dianggap berbaloi kerana banyak ilmu yang dapat ditimba sepanjang kelas ini dan diselami dengan pelbagai sesi yang menarik.

Selain dapat ilmu yang berguna, saya dan isteri juga dapat banyak pamplet tawaran serta barang-barang yang boleh digunakan apabila bayi lahir nanti. Nak tahu apa barang-barang yang saya dapat ? Boleh tengok gambar yang saya kongsikan di bawah :

poster dan tentatif

Bagi yang tak nampak dengan jelas slot dan sesi yang disediakan, boleh rujuk pada gambar yang lebih jelas di bawah :






Kalau dilihat pada gambar diatas, kita dapat lihat banyak sesi dan info berguna dapat dipelajari sepanjang kelas ini. Sesi yang paling menarik bagi saya adalah " Successful Breastfeeding " kerana ia bukan sahaja mengajar ibu untuk memberi susu badan kepada anak yang baru lahir malah pendedahan penting mengenai kepentingan susu ibu yang saya dan isteri langsung tak tahu.

Seterusnya sesi yang menarik lagi adalah dimana saya dan isteri diajar teknik bernafas sewaktu menghadapi saat melahirkan anak. Selain diajar teknik bernafas, saya dan isteri juga diajar cara melakukan senaman, cara menghadapi situasi sewaktu tiba saat bayi nak keluar, dan juga penjagaan bayi yang baru lahir.

Sepanjang kelas tersebut, terdapat 4 sesi rehat yang mana makan dan minum disediakan kepada semua peserta. Semua makanan dan minuman yang disediakan sepanjang kelas ini saya kategorikan sebagai baik dan berpuas hati.


 Antara pamplet yang diterima.

Antara barang-barang yang diberikan. Terima kasih kepada penganjur yang sudi berikan semua ini


p /s : Gementar pula nak jadi ayah tak lama lagi.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 9 November 2017

Gambar Harga Dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018

Gambar Harga Dan Spesifikasi Perodua Myvi 2018 yang bakal dilancarkan awal tahun hadapan. Bagi yang masih tak tahu, Perodua akan melancar kereta myvi generasi ketiga tidak lama lagi. Tempahan pula dibuka bermula pada 09 November 2017. Jadi pada siapa yang teringin untuk membeli kereta baru ini, boleh rujuk kepada maklumat di bawah.

Model baru ini menampilkan reka bentuk yang lebih moden dan dalam masa yang sama memastikan ruang dalaman kelihatan lebih luas bagi sebuah kereta kompak. Terdapat enam pilihan warna dan malangnya model baru ini tidak mempunyai warna kuning. Namun warna merah yang ditunjukkan dalam video promo kelihatan agak sport dan garang seperti kereta Axia.

Harga yang ditawarkan bagi model baru ini bermula pada RM 44,300 hingga RM 57,000. Myvi baru ini menggunakan enjin EEV yang menjimatkan minyak dan mampu bergerak sejauh 20.1 km bagi setiap 1 liter. Jom tengok sedikit gambar yang diambil daripada video promo yang diambil daripada perodua.

Gambar rim, antenna, dan lampu belakang

gambar pandangan hadapan myvi baru

gambar dashboard











Sumber : Perodua, Facebook Galeri Kereta, dan careta.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 24 Oktober 2017

9481 Langkah Dan 18 Minit Tempoh Larian

Minggu lepas kali terakhir saya bersenam adalah pada hari selasa bersamaan 17 Oktober 2017. Esoknya rabu tu cuti Deepavali dan saya telah pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu.

Sepanjang ada di Besut saya tidak melakukan sebarang aktiviti berjalan ataupun berlari. Yang buat hanya makan dan terus makan sampai tak ingat dunia. Rasa macam sia-sia je pergi berlari sejak 2 minggu lepas bila makan banyak sangat dekat kampung.


Jadi bila balik di Selangor, saya telah kembali melakukan aktiviti berjalan dan berlari bermula semalam iaitu hari Isnin. Semalam saya berjaya catat sebanyak 9481 langkah dan dicampur bersama dengan 18 minit tempoh larian.

Hakikatnya saya bukannya berlari berterusan selama 18 minit. Hanya berselang seli antara berlari dan berjalan tapi cukup penat untuk badan berpeluh dengan banyak.

Petang tadi saya tidak keluar rumah. Saja nak bagi badan dan kaki rehat sehari. Esok saya akan kembali keluar melakukan senaman seperti biasa dan mungkin akan melakukan 6000 langkah.

p/s : Lepas 2 minggu baru kaki rasa tak sakit semasa berlari.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 11 Oktober 2017

Larian Selama 34 Minit Dan 6 Ribu Langkah

Semalam saya ada berkongsi aktiviti berjalan kaki yang saya lakukan 2 hari yang lepas. Pada hari ni saya tidak keluar rumah waktu petang untuk melakukan berjalan kaki kerana nak rehat setelah penat berlari semalam (10 Oktober ).

Semalam saya cuba lebih banyakkan berlari daripada berjalan. Saya telah berlari selama 34 minit dan sebanyak 6028 langkah berjaya dilakukan.



Rasa penat sangat berlari apabila badan dan kaki tidak terbiasa sebelum ni. Maklum la sudah banyak bulan saya tidak berlari dan berjalan secara serius. Bila buat awal-awal ni memang penat dan hari ni kaki sakit.

Esok saya akan kembali melakukan aktiviti bersenam pada waktu petang. Mungkin saya hanya akan buat 30 minit berlari dan seterusnya hanya berjalan. Atau mungkin juga sepanjang petang esok saya hanya akan berjalan saja.


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 10 Oktober 2017

Senaman Ringkas Dengan Berjalan Kaki

Senaman Ringkas Dengan Berjalan Kaki bukannya sesuatu yang baru. Bagi yang tak larat nak berlari atau memang sangat malas berlari seperti saya ni, berjalan kaki adalah senaman yang cukup mudah dan tidak terlalu memenatkan.

Selepas beberapa bulan tidak melakukan aktiviti senaman, minggu lepas saya kembali keluar dari rumah pada waktu petang dan melakukan aktiviti berjalan.

Target saya pada setiap hari adalah melakukan sebanyak 5000 hingga 6000 langkah. Kalau anda seorang yang rajin boleh cuba letakkan target dan capai 10 ribu langkah setiap hari.

Sepanjang minggu lepas saya hanya berjalan kaki sahaja. Selepas lama tak bersenam tak boleh terus mula dengan aktiviti berat, kena mula secara perlahan-lahan dulu.

Kemudian bermula pada minggu ni saya sudah berselang seli berjalan dan berlari. Saya berlari selama 1 minit dan bila penat saya akan berjalan selama 5 minit.


Gambar diatas adalah rekod aktiviti berjalan kaki yang saya lakukan semalam. Semalam saya telah berjaya buat 6272 langkah dalam masa 39 minit. Dah melebihi target saya untuk buat 6 ribu langkah setiap hari.

Kalau tengok jarak pula adalah sebanyak 4.6km. Rasanya jarak ni tidak boleh diguna kerana saya rasa tak mungkin sampai 4.6 km saya berjalan. Mungkin separuh je dalam 2.5km.

Hari ni kalau tak ada halangan saya akan teruskan lagi aktiviti berjalan kaki ni. Nanti saya post hasil aktiviti yang saya lakukan pada petang.
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 22 Ogos 2017

Makan Malam di Old Malaya Kopitiam Shah Alam

Petang semalam Ernie ajak Makan Malam di Old Malaya Kopitiam Shah Alam dekat kawasan petronas seksyen 7. Ini bukan kali pertama saya pergi, kalau tak silap sudah masuk kali ke lima atau enam makan disini.

Saya pun terus setuju sebab dah lama tak makan kat sana. Lagipun sekarang dah hujung bulan dan ramai yang belum masuk gaji, jadi mungkin orang tidak ramai sangat keluar pada waktu malam.

Tekaan saya tepat kerana sampai sahaja di seksyen 7 memang suasana agak tenang walaupun baru pukul 08:10 malam.

Sampai di kopitiam saya tengok hanya tiga meja sahaja yang ada pelanggan, selebihnya kosong. Lepas pilih meja untuk duduk, saya order Mee Goreng Mamak Chicken Chop manakala Ernie pula order Mee Rebus.

Disebabkan tidak ramai orang jadi makanan kami sampai agak cepat. Seronok betul bila tidak perlu tunggu lama untuk makan terutama sekali masa kita tengah lapar. Tunggu sekejap terus makanan sampai atas meja.

Bila makanan dah terhidang diatas meja, tunggu apa lagi ? Terus la makan :




Walaupun dah banyak kali makan kedai ni, saya tak pernah cuba menu lain kerana saya memang suka menu mee goreng mamak chichken chop. Ernie pula setiap kali datang, setiap kali tukar menu. Nak mencuba katanya.

Lepas habis makan saya baru perasan semakin ramai yang datang ke kedai. Kalau awal tadi hanya empat meja yang ada pelanggan termasuk kami, sekarang rasanya dah bertambah lagi empat meja dan suasana bertambah meriah.

Selepas 10 minit habis makan,kami pun beransur pulang ke rumah. Makan malam hari ni sangat menggembirakan kerana menu yang sedap dan suasana yang agak tenang di kawasan sekitar.

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 19 Ogos 2017

Pasar Malam Setia Alam

Pasar Malam Setia Alam merupakan salah satu tarikan di Setia Alam, Shah Alam dan ia diadakan pada setiap hari Sabtu. Biasanya saya tidak pergi sangat ke pasar malam kerana saya memang tidak suka suasana pasar malam tapi malam ni pergi juga sebab isteri yang ajak. Lagipun sudah lama saya tak pergi, jadi lepas maghrib terus ringankan kaki pergi sana.

Lepas 10 minit memandu akhirnya sampai kat sana dan tengok tak ramai orang. Seronok juga tak ramai orang sebab tak perlu berhimpit sangat semasa berjalan. Mungkin sebab belum gaji lagi jadi sebab tu tak ramai pergi ke pasar malam.

  Tengok !! tak ramai pun. 




Lepas habis pusing satu pasar, saya dan isteri hanya beli kuey teow goreng, keropok lekor, dan juga teh ais madu. Daripada 2 makanan dan 1 minuman yang dibeli, hanya teh ais madu yang kurang sedap sebab tak cukup berlemak dan tak cukup kaw. Sementara kuey teow goreng dan keropok lekor sangat sedap makan bersama kat rumah.

Harapnya minggu depan tak perlu lagi ke sana sebab minggu depan ada yang akan dapat gaji. Mesti ramai orang kalau musim gaji dan saya sangat tak suka bersesak di tempat macam tu.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 4 Julai 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Tahun 2017


Pertama sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin daripada saya pemilik dan penulis blog Firdaus Life ini. Sedar tak sedar berlalu sebulan Ramadhan kemudian tiba Syawal, dan sekarang cuti dah habis lepas tu kena kerja balik :( 

Walaupun dah kena kerja semula tapi saya percaya hujung minggu masih dipenuhi dengan jemputan ke rumah terbuka kawan-kawan dan juga saudara mara terdekat. Masih lagi boleh makan sedap walaupun hanya di hujung minggu.

Raya tahun ni mula-mula saya beraya di Selangor pada hari pertama, hari ke dua pula sudah ada di Besut, Terengganu. Nasib baik balik kampung jalan raya tak jem tapi kereta agak banyak di jalan raya menyebabkan tak boleh bawak terlalu laju.

Ini merupakan kali ke dua saya beraya di Selangor. Kali pertama adalah masa tahun 2014, kena kerja pada hari raya dan agak terseksa sebab banyak kedai makan di Ampang tidak buka. Makan pun KFC je masa tu sedangkan orang lain tengah sedap makan rendang, lemang dan macam-macam lagi hari raya pertama.

Syukur kali ni raya di Selangor di rumah mentua dapat makan seperti orang lain yang beraya.

Saya tak bercadang untuk tulis panjang sebab seminggu hari raya ni saya sudah rakam video sebagai kenangan. Jadi boleh tonton video pendek hari raya di bawah :



~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 1 Jun 2017

Homestay Di Kuala Besut

Bagi sesiapa yang mencari Homestay Di Kuala Besut, anda boleh cuba menginap di Homestay Kita
yang terletak di Kampung Nail dan berada lebih kurang 500 meter dari salah satu tarikan utama tempat ini iaitu Pasar Tani Kuala Besut yang berlangsung pada waktu pagi hari Jumaat.

300 meter dari rumah pula adalah balai polis Kuala Besut yang mana boleh menjamin keselamatan anda jika sesuatu yang tidak diingini berlaku sewaktu anda menginap disana.

Apa yang paling menarik adalah disebelah rumah penginapan ini terdapat satu kedai makan yang terkenal iaitu Kedai Nasi Lemak Cek Nie. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah nasi lemak dan juga nasi kerabu. Jadi bila anda lapar, terus saja jalan kaki pergi ke kedai sebelah untuk membeli makanan.

Kepada pengunjung yang ingin menuju ke Pulau Perhentian sewaktu menginap disini, jangan bimbang kerana rumah ini hanya terletak 1 km dari jeti menuju ke pulau. Dengan jarak ke jeti yang dekat ini akan memudahkan urusan pengangkutan barang-barang yang ingin dibawa ke Pulau.

1. Peta Lokasi

Untuk mendapat gambar yang lebih jelas mengenai lokasi rumah ini, saya sediakan satu gambar  menunjukkan kawasan sekitar untuk rujukan anda semua. Di dalam gambar dibawah ada ditunjukkan balai polis, pasar kuala besut, bank bsn, serta beberapa tempat seperti saya beritahu diatas.

Alamat : Lot 1292 Jalan Nail, 22300 Kuala Besut, Terengganu.

Koordinat GPS : 5.827406, 102.554070

peta pekan kuala besut


2. Bilik dan Harga

Homestay Kita mempunyai 4 bilik yang selesa kerana setiap bilik mempunyai penghawa dingin dan setiap bilik juga mempunyai bilik air tersendiri. Selain itu rumah ini mempunyai ruang legar dan santai yang agak luas serta ruang menonton tv bersama keluarga anda.

Gambar-gambar pemandangan di dalam bilik ada saya sediakan di bawah untuk anda lihat dengan lebih jelas.

Harga yang ditawarkan pula sangat berbaloi dan sesuai untuk penginapan bersendirian dan juga berkeluarga. Berikut adalah harga bagi 1 bilik pada 1 malam untuk menginap di sini :

1 bilik pada 1 malam = RM 60
1 rumah pada 1 malam = RM 200 (4 bilik)

Rumah ini juga mempunyai ruang parking yang luas. Di dalam pagar rumah boleh memuatkan 4 buah kereta dan di luar rumah  boleh muat lagi 2 buah kereta. Jadi jika ramai rombongan yang nak menginap disini, parking kereta tidak akan menjadi satu masalah.


3. Nombor Untuk Dihubungi


Kalau anda betul-betul berminat untuk menginap disini, anda boleh hubungi nombor telefon yang saya sediakan di bawah untuk membuat tempahan.

Fatin : 019-9934077 atau whatsapp terus ke : www.wasap.my/60199934077

Hjh Zaiton : 013-9260932 atau whatsapp terus ke : www.wasap.my/60139260932

Hj Abu Bakar : 013-9354129 atau whatsapp terus ke : www.wasap.my/60139354129

Dibawah pula adalah gambar-gambar bilik serta ruang yang terdapat di dalam homestay ini :


Banner homestay
kawasan parking kereta pengunjung homestay





Depan pintu masuk

Ruang menonton tv

Dapur
























Ruang tamu

Bilik 1

Bilik 2

Bilik 3

Bilik 4

Bilik mandi


~ Baca Selanjutnya ~