Keluarga Atau Teman Lelaki ?
5:44 PTGSemalam masa aku tengah drive nak masuk simpang rumah kolej kediaman, ada satu motor Yamaha 125 warna hitam yang bawak awek kat belakang nak keluar daripada simpang dengan laju. Nasib baik aku sempat elak sikit, kalau tak memang dah eksiden kereta orang yang aku bawa tu. Celaka betul bawak motor laju-laju kat taman perumahan.
Lepas tu aku dan kawan-kawan lepak kat satu bangku depan rumah sambil sembang. Dalam setengah jam sembang, tiba-tiba ada sebuah motor Yamaha 125 hitam yang ada awek kat belakang tadi masuk kat simpang dan lalu melintasi tempat kami melepak dengan laju. Memang sangat laju sampaikan ada bonggol pun tak brek dan terus memecut macam tengah lari daripada seseorang.
Tak sampai seminit lepas tu datang sebuah kereta dan berhenti kat tempat kami lepak. Driver kereta tu tanya ada nampak tak motor yang bawak perempuan kat belakang ? Kami cakap la motor tu baru je lepas lalu tadi dan kami tanya kenapa dengan motor tu. Driver kereta tu cakap ada polis cari tadi. Ffuuuuuuu ? polis cari ?
Kemudian kami sambung sembang lagi kat bangku tu. Dalam 10 minit kemudian, datang sebuah kereta proton saga kat tempat kami melepak. Pemandu Proton Saga ni nampak macam seorang pakcik dan dia ada tanya kami ada nampak tak motor yang bawak perempuan tu. Kami pun cakap la ke arah mana motor tu pergi dan last sekali aku ada tanya kenapa dengan motor tu.
Pakcik driver tu pun cakap la yang perempuan tu lari dengan mamat motor. Tadi dah bawak perempuan tu masuk dalam kereta tapi sebab lambat dan polis pun datang lambat, maka perempuan tu pun terlepas dan lari bersama lelaki bermotor tadi. fffuuuuu kesian gila kan kat pakcik tu. Lepas tu pakcik tu pun round 1 taman tu untuk cari kelibat lelaki dan perempuan tadi.
Bila pakcik tu blah, aku ada terfikir adakah berbaloi perempuan tu ikut lelaki yang dicintai ? Erk cinta ke nafsu aku taknak la persoalkan yang tu. Tapi kalau aku jadi lelaki tu baik tinggalkan je perempuan tu. Tak berbaloi kalau keluarga perempuan tu tak suka dan juga siap main dengan polis lagi. Haihhhh
10 ulasan
hidup tak tenang je macam tu..buat apa kan...
BalasPadamape nk jadi la bdak zaman sekarang ni..
BalasPadambetol2
BalasPadamsokong2!
selama ni sapa yg bg tumpang kehidupan kalau bkan family kan
emm3..
cinta bodoh mcm tu..huhu
BalasPadamdramatik sungguh
BalasPadamgilaaa gilaaa
BalasPadammacam drama
malas tadi nyaris nak kena langgar kereta
BalasPadammemang tak berbaloi..cam tak cukup akal je.
BalasPadamtak cukup matang lagi la tu....*sigh
BalasPadambila lelaki tu blah last sekali cari mak ayah gak. bebal betul
BalasPadam