Khamis, 27 Disember 2012

Definisi Cinta Kek Coklat And Beyond

Sewaktu mula-mula aku pandang ke arah si dia, hurmm okay aku harap kau sedap dimakan. Aku dah serik nak makan kek coklat sejak banyak kali dikecewakan oleh rasa yang tidak cukup untuk dikatakan berada pada tahap moksya coklat. Demand gile kan ? Semuanya aku nak best je. Tapi dia pandai menggoda dan mengambil hati aku. Pertama kali dia mengambil hati aku adalah dengan muncul dalam hidup aku dalam bentuk love. Aku lelaki yang cepat tergoda. Bila nampak saja bentuk love terus aku jatuh cinta pada pandang pertama.

Pada masa yang sama aku jatuh cinta, aku juga dah berani untuk mencuba dengan si dia. Kena la test drive dulu baru tahu betapa heavennya nikmat tu, ye dak ? Jadinya selepas mencuba dengan si dia, aku seperti " oh my..... Best gile kau !!! " Rasa coklat moist yang mencair dalam mulut cukup meransang segala nafsu dan deria yang ada dalam badan aku. Selepas pertama kali mencuba, aku dah jadi x tentu hala. Aku jadi ketagih. Setiap hari pasti kena ada benda tu. Atau at least 3 hari 1 kali kena makan, Wajib !!

Aku jadi macam orang bodoh. Kawan-kawan semua hairan dan pandang pelik dengan sikap aku yang setiap hari mahukan belaian dari si dia. Aku peduli apa ? Yang aku tahu si dia membahagiakan aku dengan rasa coklat moist yang cukup sedap. You, what have you done to me ??? I'm so addicted to you rite now. Dan sehingga ke hari ni aku masih tetap setia bersama si dia pada setiap hari.

P/s : nasib baik si dia harga rm 4.50 je. Tu yang boleh beli tiap hari. Ahaha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Pembentangan Projek Tahun Akhir

Semalam dalam pukul 10:30 pagi aku sudah pun selesai dengan selamat menghadapi pembentangan projek tahun akhir a.k.a final year project. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ahli panel yang seramai 3 orang termasuk pensyarah aku sendiri kelihatan memahami mengenai isi yang aku bentangkan. Dua soalan dilontarkan selepas habis pembentangan dan syukur juga dapat aku jawab dengan baik dan tertib mengikut flow projek.

Selesai saja pembentangan ni, aku rasa kepala aku dah jadi sangat ringan umpama segala bebanan dah hilang dalam sekelip mata walaupun sebenarnya bebanan untuk peperiksaan semester tu masih ada lagi dan masih belum dihadapi. Tapi aku masih belum boleh rilek dan bersantai lagi kerana ini baru fasa 1. Fasa 2 yang lebih mencabar akan tiba pada semester depan dan pastinya akan lebih memberi bebanan. Apa pun buat masa ni tumpuan akan beralih seketika kepada peperiksaan semester yang akan berlansung pada minggu depan. Doakan yang terbaik untuk aku :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 22 Oktober 2012

My low end gaming pc

Ermm well tiba-tiba je aku rasa nak update blog setelah banyak bulan aku biarkan terabai. Nak kata banyak modal untuk update tu takde la banyak tapi ada la sikit untuk dikongsikan. Okeh straight to the point, dalam 2 minggu lepas aku ada bina low end gaming pc. Low end jerr dan bukan mid atau high end. Biasa la bajet student yang tak berkerja dan takde duit ni kena la pakai yang low-end dulu. Tapi low-end pun dah cukup baik untuk layan game power macam crysis, far cry dan call of duty tanpa ade sekat2.

So motif aku bina komputer ni hanya untuk main game je. Membazir ? Hurm agak jugak la tapi dah nafsu kata nak beli kena la beli kan ? Tapi beli ikut kemampuan je la. Since tu gaming pc yang pertama dalam hidup aku n kosnya menelan belanja sampai 1300 jer, aku jadi sangat teruja. Teruja la ade gak sebuah desktop yang dah lama aku nak sangat-sangat. Dan...dan...dan bagi siapa yang tertanya-tanya pasal spec pc aku yang tak berapa nak power, boleh la tengok kat bawah ni :

Motherboard : MSI A55M P33
Processor. : AMD APU A4 3400 2.7Ghz
Graphic. : SAPPHIRE ATI HD6670 1Gb DDR5

Power spply : Cooler Master Extreme Power Plus 550 w

Ram. : Kingston KVR1600 8Gb

Casing. : Cooler Master.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 12 September 2012

Selamat Datang Semester 7

Minggu ni bermulanya semester baru bagi pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) . Bagi aku pula sekarang sudahnya pun memasuki semester 7 dan semester depan pula yang terakhir bagi aku menghabiskan sesi pengajian di UniMAP. Sedar tak sedar rupanya dah tahun ke 4 aku berada di sini. Teringat masa mula-mula masuk dulu yang mana asyik fikir tempoh masa 4 tahun yang cukup lama terpaksa aku habiskan disini.

Hari ni dah masuk hari ke 3 sesi pembelajaran semester ni dan alhamdulillah buat masa sekarang masih agak santai dan rilek. Tunggu masuk minggu depan dan minggu seterusnya sampai ke minggu final exam memang susah nak jumpa rilek sebab banyak kerja. So pagi tadi pun makmal dah ada tapi takde buat apa sangat sekadar pengenalan dan configure aplikasi yang bakal kami sekelas gunakan sepanjang semester ni. 

Pensyarah dan juga pembantu makmal sibuk menyiapkan komputer bagi memulakan sesi pembelajaran. Minggu ni masih ramai pelajar yang tidak datang dan kelas aku pun kehadiran pagi tadi tidak sampai separuh. Ramai lagi yang still enjoy di kampung dan ada yang dah datang ke kampus tapi masih malas untuk pergi ke kelas. hehe even aku sendiri pun malas juga nak pergi kelas untuk minggu pengenalan pertama ni. Minggu depan baru serius belajar.


Ada yang riang dan ada yang serius air muka kawan sekelas. Riang sebab dapat jumpa kembali kawan-kawan sekelas dan Serius sebab tersaiko dengan subjek yang agak susah berserta Final Year Project yang kena dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun akhir.


Keep Calm and Game On


p/s : Study tu study jugak. Game tetap jalan. Ha Ha Ha
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam dan selamat malam. Dikesempatan ini aku taip 1 post untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin andai kata blog ini banyak menyinggung dan melukakan hati para pembaca serta pelawat yang pernah singgah di sini. 

Ok selesai ucapan selamat hari raya  dan sekarang masa untuk menggambarkan penceritaan yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri 2012. Bermula pada waktu pagi lagi selepas selesai sahaja menunaikan solat sunat aidilfitri, merupakan sesi meminta maaf kepada kedua ibu bapa. Since aku merupakan anak yang pertama jadi aku lead dalam sesi meminta ampun dan maaf ni. 



Kemudian sesi bergambar bersama keluarga yang bahagia dan agak crazy terutama sekali aku


FORMAL Mode


CRAZY Mode

Selepas penat bergambar dan berposing sakan, masa untuk menjamu selera. Makan ? hurm jangan ditanya ape aku makan hari ini. Nasi minyak, satay, daging goreng, kuih raya, nasi impit dan macam-macam lagi. Cuma lemang je masih tak makan hari ni. InsyaAllah esok akan dapat makan lemang :)


Makan kenyang minum pun kenyang. Lepas tu nak buat ape ? bungkam la jawabnya. hahaha


Eh jap sebelum terbungkam dan tersadai atas katil, kena ambil gambar dulu untuk kenangan raya pada tahun ini.Esok ? ada 1 rumah terbuka yang dianjur oleh makcik dan pergi ke rumah nenek :)


~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 12 Ogos 2012

PSP 3000 Dan Latihan Industri

Mukadimah untuk taip post pun dah tak tahu nak tulis apa sebab terlalu lama dan tidak kerap aku update blog ini sekarang. Tapi rasanya memang kebanyakan post aku tidak mempunyai mukadimah yang baik. Main hentam je tulis apa yang terlintas dalam fikiran tanpa buat perancangan dan fikir dengan teliti terlebih dahulu. Sekarang aku masih lagi menjalani latihan industri ( praktikal ) dan baki yang masih tinggal sampai lepas hari raya aidilfitri nanti. 

Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah terutama sekali latihan industri yang aku jalani sekarang. Hidup aku pula lebih terarah kepada game sekarang ni dan tumpuan utama adalah device kesayangan iaitu PSP 3000 yang memberikan keseronokan dan kepuasan disaat keboringan melanda. 

Ehhh ade duit la**


p / s : Ape motif tulis sikit dan letak gambar ? Entah aku pun tak tahu. Kena cari balik mood blogging.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 27 Julai 2012

Playstation Portable PSP 3006 Piano Black

Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada semua umat islam di seluruh dunia :) ... Alhamdulillah nafsu makan dan minum sentiasa dapat dikawal di bulan Ramadhan sejak aku akil baligh lagi walaupun pernah alami keadaan kebulur dan sakit yang sangat teruk masa kecil-kecil dulu tapi puasa full di bulan Ramadhan tetap kena pertahankan sampai nyawa meninggalkan jasad. Itu azam yang aku sentiasa berpegang tiap kali tibanya bulan Ramadhan. ~ Pergh boleh tahan jugak ayat aku ni kan ? :P ~

Itu nafsu makan dan minum yang boleh dikawal. Yang tibe-tibe memuncak muncul sejak sebelum tibanya puasa adalah nafsu ..... Nafsu terhadap perempuan ? Eh salah. Yang tu selagi aku tak kahwin memang akan sentiasa memuncak tak kira masa. hahaha. Tapi nafsu yang sentiasa meningkat dalam diri aku sejak beberapa bulan yang lepas adalah nafsu bermain game. Tak tahu la kenapa tiba-tiba je rasa nak sangat main game sekarang. Beberapa bulan lepas ade la juga main game sebiji dua kat laptop tapi masa tu keinginan takde la nak sangat. Sekarang ni kalau boleh nak main game je kejenye.

Mungkin disebabkan aku rasa internet agak bosan dan membuatkan aku cari alternatif lain untuk luangkan masa. Nak tengok facebook dah rasa tak menarik, nak baca komik tapi keluaran latest seminggu sekali, nak baca benda lain tapi rasa takde mood nak cari. Last sekali dengan keinginan yang memuncak sangat nak main game, aku decide untuk angkat sebiji Sony Playstation Portable PSP 3006 Piano Black yang berharga RM 550 ( 16 Gb ) di Plaza Low Yat pada hari ke 2 puasa sebagai teman untuk aku main game. 


Kenapa PSP 3006 ? Kenapa bukan PS2 / PS3 / PS Vita ?

Playstation 2 dan 3 ? memang tu pun yang aku nak angkat asalnya tapi last sekali jawapan aku adalah.. Nope ! Sebabnya aku tak suka main game 2 orang. Ha ha jahat kan ? Memang aku tak suka pun main multiplayer ni. Tengah syok duk main game yang boleh main 2 player kang ade gak orang datang duk sebelah kate nak join jugak. Kalau guna PSP takdenye kate nak main berdua melainkan pengguna PSP yang lain jugak tapi yang macam tu senang je nak reject kate taknak.

But the real main reason why I bought PSP was because of it's being PORTABLE. Senang dibawa untuk bermain dimana-mana saja sama ada atas katil, dalam bas / train dan dalam tandas pun boleh sambil tengah berak. PS2 dan PS3 kena main depan tv je dan kalau takde tv memang tak dapat nak main la jawabnya lebih lagi kalau dalam rumah ade 1 tv je dan kena kongsi dengan family yang lain. So disebabkan tak compatible aku tak jadi nak angkat. Memang la PS3 tu syok, gambar cantik gila kambeng tahap Blue Ray, tapi tu la tak portable dan tak kena dengan taste aku.

Bagaimana pula dengan PSP Go dan PS Vita ?

PSP Go bagi aku shape die sangat huduh giler dan aku agak tak berkenan. Kalau tak percaya try la Google image PSP Go dan compare dengan shape PSP 1000 / 2000 dan 3000. Ps Vita pula masih baru dan aku takde kawan-kawan yang guna device tu jadi aku takde experience menggunakannya dan maklumat pasal Ps Vita pun aku susah nak dapat walaupun dengan bantuan pakcik Google.

Ape Yang Aku Dapat PSP 3006 Pada Harga RM 550 ?

- PSP 3006 Piano Black ( Already Modded )
- 16Gb Memory Stick
- Charger / adaptor
- Battery 3.6V ( 1200mAh )
- Usb Cable
- Screen Protector
- Pilih Game suka hati :D
- Waranti 1 tahun

Modded tu bermaksud dah di hack supaya boleh main game yang di muat turun daripada internet yang file berbentuk ISO atau CSO. Kalau malas habiskan duit dan malas nak jalan pergi kedai game, download je game belambak kat internet pastu transfer masuk ke dalam memory PSP dan layan la sampai krem tangan. Selain tu ada disediakan Aplikasi Fast Recovery. Biasanya apabila bateri PSP dicabut kemudian dimasukkan semula, semua game dalam Memory Card akan tidak dipaparkan. Maksudnya seolah-olah game tu dah hilang dan tak dapat dibaca oleh PSP tapi sebenarnya game tu masih ada lagi. Aplikasi Fast Recovery akan recover balik game yang kita simpan dalam memory card tu dalam masa 10 saat dan boleh main kembali seperti keadaan asal tanpa sebarang masalah.

Bagi yang teringin nak beli PSP, better korang study dulu info sebelum beli. Bukan ape cuma takut kena tipu je dengan sesetengah penjual. Kalau nak yang lagi best dan selamat pastikan korang tanye dulu sama ada PSP yang dijual itu sudah Modded atau belum dan kalau sudah Modded, buktinya PSP tu ada aplikasi yang boleh recover game yang tidak dipaparkan apabila bateri dicabut. Aku masa beli hari tu memang ade suruh jurujual tu tunjuk depan mata cara bagaimana nak recover balik game bila tidak dipaparkan setelah cabut bateri. So korang pun kena buat macam tu juga supaya tak kena tipu nanti. Kang bila game hilang dan tak tahu apa-apa terpaksa hantar kedai balik dan kena caj tambahan lagi untuk recover pada hal benda tu senang je sebenarnya dan boleh dibuat dalam masa 10 saat je.

p/s : Syok layan game God Of War. Berjinak-jinak nak jadi gamer kembali.
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 16 Julai 2012

Outstation Kemaman Versi Bergambar

Aku sekarang ni ada di Sungai Petani, Johor Kedah kerana masih lagi meneruskan kerja Preventive Maintenance di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara selama 4 hari sampai hari khamis ini. Tapi dalam post ni aku nak tulis dan menunjuk pengalaman dan gambar-gambar yang sempat diambil masa buat kerja di Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara di Terengganu pada minggu lepas.

Overall masa buat kat Terengganu minggu lepas semuanya berjalan dengan sangat lancar dan pihak ICT INTAN sangat baik hati dan memberikan kerjasama dengan sangat baik yang mana memudahkan lagi kerja-kerja kami dan kerja mereka dalam menyiapkan Preventive Maintenance ni. Bila hari last dan dah siap semua kerja, pihak ICT INTAN siap belanja kami makan dan minum lagi sebelum kami berangkat pulang balik ke Ampang, Selangor. Kat bawah ade sedikit gambar untuk ditatap sepanjang 4 hari menjalankan kerja di Terengganu.

Gambar homestay wajib ade :D


Makmal Komputer. INTAN Terengganu ada 200 komputer. Nasib baik sikit

 Turut buat kerja, lagi 3 orang kawan



 Pura-pura buat kerja ke ???


P/s : Hari pertama di Sungai Petani hari ni sangat baik dan kerjasam staff mereka pun bagus
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 12 Julai 2012

Outstation Ke Johor Versi Gambar

Minggu lepas pada hari Isnin sampai ke hari Khamis aku kena follow 2 orang staff tempat praktikal ni outstation ke Kluang, Johor atau dengan lebih tepatnya ke Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Selatan. Hari ni baru berkesempatan nak update kerja yang minggu lepas sebab hari Sabtu minggu lepas juga kena bertolak pergi ke Kemaman, Terengganu selama 4 hari dan baru balik semalam, hari Rabu .

Kerja kat sana takde berat sangat cuma kena buat Preventive Maintenance kat 153  komputer dan 40 lebih printer. Bunyi macam banyak je kan ? Tapi yang buat kerja seramai 4 orang termasuk aku dan dalam 4 hari tu memang sempat sangat nak siapkan semuanya. Boleh je nak siapkan semuanya dalam masa 3 hari tapi kerjasama pihak ICT dan pegawai mereka berikan agak kurang menyebabkan banyak kerja agak slow dan kelam kabut sikit.

So ape yang menarik pasal outstation di Kluang, Johor minggu lepas ? First sekali adalah tempat kami menginap iaitu Homestay yang agak besar dan selesa untuk bersantai lepas seharian buat kerja.


Selain tempat menginap yang cukup selesa, banyak pengalaman kerja yang dapat belajar sama ada pahit dan manis.Yang pahit tu agak tensen dan kena ambil pengajaran untuk masa depan. Yang manis pulak tu kena kekalkan untuk lokasi seterusnya di INTAN Sungai Petani pada minggu depan. Kat bawah ade sedikit gambar yang aku snap sepanjang menjalankan kerja-kerja Preventive Maintenance. Banyak gambar santai daripada gambar buat kerja. 






p/s : 2 lokasi dah setel. Ade Sungai Petani dan Bukit Kiara je yang tinggal
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 1 Julai 2012

Shopping Di Plaza Low Yat dan Sogo

Sekarang ni asal aku update blog je mesti pasal shopping dan jalan-jalan ataupun yang sama waktu dengannya. Waaaa banyak sungguh duit aku kan sampai tiap minggu keluar mesti shopping dan enjoy sakan punya. Biasa la orang bujang katekan nak cakap duit banyak tu takde la sangat tapi tetap nak jalan-jalan dan cari barang keperluan juga. 

Jadinye pun lepas zohor petang tadi aku dan 2 orang roomate pergi cari barang sambil cuci mata di Plaza Low Yat dan juga pusat beli belah Sogo. Pergi Low Yat bukan beli banyak pun cuma nak dapatkan katalog harga je sebab hujung Praktikal nanti aku ingat nak shopping untuk buat Desktop sebiji sempena menyambut permulaan kepada tahun akhir pengajian di Universiti Malaysia Perlis. Kalau ada dan dimurahkan rezeki, InsyaAllah dapat la aku buat 1 komputer pada hujung praktikal nanti. Kalau x dapat pun takpe la, nak buat macam mana dah kan ?

Main subject pergi Low Yat tadi untuk ambil katalog barangan dan juga beli 2 biji Pendrive :

Iiissshhhh jenama ape pendrive aku beli tu ? Haaa kalau nak tahu yang sebelah kiri jenama Imation tu merupakan pendrive bukan High End yang paling laju pernah aku guna. Read / Write Speed bagi Imation adalah melebihi 10Mbps dan boleh capai sampai 18Mbps. Jenama Kingston yang ramai orang duk beli kalau bukan High End hanya 4Mbps je dan yang paling laju aku pernah guna boleh cecah sampai 6Mbps je. Ape yang best pasal Imation ni adalah ia dah sediakan software untuk format dalam pendrive ni. Maksudnya bila nak format, korang hanya gunakan software yang dah disediakan dan kelajuan pendrive korang akan maintain selagi format menggunakan software mereka.

Yang jenama Sony aku tak pernah guna lagi dan aku beli tu pun atas sebab Gamble. Maksudnya gamble risiko sama ada pendrive ni slow / laju. Balik tadi lepas cuba test Benchmark pendrive Sony ni, max speed boleh capai sampai 31.5 Mbps dan memang sangat laju berbanding yang jenama Imation tadi. So kalau ada yang nak beli pendrive yang murah tapi laju untuk Write and Read, aku cadangkan beli jenama Imation, Sony dan juga Transcend ( Jet Flash ).

Tu baru kat Low Yat, kat pusat beli belah Sogo pulak aku shopping baju kemeja untuk dibawa pergi Outstation ke Johor pada esok hari. 


Beli 2 helai je. Buat ape beli banyak-banyak. Membazir je lagipun outstation ke Johor selama 4 hari je. Next week pulak outstation ke Kemaman dan minggu lagi satu ke Sungai Petani. Okeh nak packing dan rehat dulu. Esok pagi mungkin tolak awal ke Johor :)

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 29 Jun 2012

Lelaki Selalu Ganggu Perempuan Versi Programmer

Lepas jumaat tadi aku ada terpandang statement seorang perempuan kat facebook dengan ayat " Lelaki ni tak serik-serik asyik duk ganggu aku je ". Mulanya aku rasa agak loya dan nak muntah darah sebab nampak ayat macam syok sendiri je lebih dan perasan sangat ade lelaki duk ganggu pada hal sebenarnya Forever Alone je. Tapi tibe-tibe aku terfikir memang benar dan sangat ramai pun lelaki yang tak henti-henti duk kacau perempuan. Why eh ? Why boys sangat suka kacau perempuan ? Tak leh ke mereka kacau sesama lelaki lain? 

First of all, lelaki yang kacau perempuan ni adalah normal and straight guy manakala yang lelaki yang kacau lelaki pula adalah... erk... mungkin GAY kot. So kalau ada lelaki yang kacau kaum hawa ni maknanya mereka sangat normal dan takde terpesong masuk simpang yang salah. Tapi aku faham girls rasa sangat annoying dengan gangguan lelaki especially mamat-mamat yang entah datang dari petala langit yang ke berape tah tibe-tibe kacau korang kan ? Even aku lelaki pun rasa annoying gak dengan perempuan yang tak kenal tibe-tibe duk chat kat fb. Tapi kalau cun, memang sah akan layan jugak :P

Demn ! aku dah lari topik pulak. Bila aku terfikir pasal lelaki yang tak berhenti-henti kacau perempuan, aku jadi teringat pasal computer programming pulak. Ini kerana program akan sentiasa repeat selagi condition tidak memenuhi ape yang programmer nak. Jadi analogi yang lebih jelas dapat korang tengok kat gambar di bawah ni.


Kalau lelaki yang tak mudah putus asa nak kacau perempuan tu, memang susah la nak elak sebab selagi mereka tak dilayan, selagi tu mereka akan cuba. Agak menakutkan kalau ada lelaki macam tu kacau korang kan ? Tapi most lelaki masih lagi manusia normal walaupun mereka ni bertindak umpama program komputer. Sebagai contoh bila dah 10 kali mencuba kacau perempuan tu tapi girl tak layan jugak, biasanya mereka akan give up dan stop ganggu perempuan tersebut seperti analogi program di bawah.


So pendek panjang ceritanya, lelaki akan terus kacau perempuan dan lebih suka kacau jika mereka tak menerima sebarang respon daripada girl tersebut. Macam mana nak atasi lelaki macam ni ? Biasanya kalau ignore je lelaki macam ni nanti lama-lama mereka give up la. Tapi watch out kalau korang diganggu dengan lelaki yang tak pernah give up. Bahaya woooo. Masa depan korang akan terancam tau sampai rumah tangga korang pun takkan aman. hehe just kidding tapi ade je kes macam tu.


~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 25 Jun 2012

Latihan Industri Versi Mid Valley

Alhamdulillah dapat juga aku update blog comel yang dah lama tak tengok ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan takde mood membuatkan aku malas nak update dan tengok blog ni. Minggu pertama Praktikal ( Latihan Industri ) di syarikat Contras Capital Sdn Bhd yang terletak di Ampang sangat menyeronokkan buat masa ni walaupun masih takde banyak kerja tapi banyak juga pengalaman kerja yang aku grab sendiri dengan follow staf-staf pergi buat kerja sama ada travel ke tempat lain dan juga duduk ofis menaip sedikit.

Setakat ni pengalaman yang aku dapat adalah memasang CCTV di ibu pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang mana dapat ilmu mengenai komponen dalam cctv, setup dan juga kaedah pemasangan. Kaedah pemasangan tu yang agak bahaya sikit sebab ada yang sampai kena panjat bumbung yang tinggi untuk pasang sesetengah kamera tapi masih lagi menyeronokkan walaupun agak penat sikit. 

Lepas tu aku ada pergi Tender Briefing dekat Ibu Pejabat Mara. Kat sana dapat pengenalan sikit pasal tender-tender projek ni dan ape yang kena ada dalam tender tersebut. Yang part tender ni aku agak blur sikit sebab kerja pejabat dan bertulis yang tak pernah buat ni agak susah berbanding kerja-kerja mekanikal. Tapi walaupun blur pasal briefing tender tu aku layankan je la sebab nak ambil pengalaman walaupun sepatah haram tak faham ape yang mereka duk briefing tu. huhu

2 Julai ni pula aku akan ke Kluang, Johor selama 4 hari untuk Installation Hardware. Ape yang kena setup kat sana tak pasti lagi tapi mungkin berkaitan komputer dan sistem juga kot. Lepas tu minggu depan kena pergi ke Kemaman, Terengganu dan minggu seterusnya ke Sungai Petani. Kiranya untuk 3 minggu yang akan datang aku hanya travel je la jawabnya sambil buat kerja. Penat ? Mungkin penat tapi pengalaman lebih penting. Lagipun aku jenis suka travel berbanding duduk pejabat takde kerja yang nak dibuat.

Ok habis pasal praktikal untuk minggu pertama. Kerja sikit sebab projek masih tak jalan lagi buat masa ni. and...and...and pada hujung minggu baru-baru ni aku dan kawan-kawan pergi jalan-jalan area KL dengan tujuan untuk jumpa lagi seorang kawan yang berkerja di area kl juga. So kami berempat termasuk aku decide untuk jumpa kat Mid Valley. Aktiviti kat sana hanya nak habiskan duit dengan tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan dan yang paling utama adalah cuci mata tengok awek-awek kl. Muahaha jahat gile kan main event ?

Lepak-lepak dan berehat sekejap lepas penat berjalan pusing satu Mid Valley.

Sesak kat Mid Valley. Maklum la hujung minggu kan ramai yang keluar

and...

and...

and...

awek yang sempat snap semalam. kih kih cun kan ?


~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 15 Jun 2012

Tamatnya Peperiksaan Semester 6 Dan Ketenangan Muzik

[ Martin Solveig feat. Dragonette - Hello ] 
Pagi tadi merupakan last Peeeeiiiiiper aku untuk semester yang ke 6 ni iaitu Engineering Entrepreneurship. Keluar je dewan peperiksaan tadi aku nampak banyak wajah gembira yang terpapar jelas bersama senyuman yang manis lebih-lebih lagi gadis-gadis yang ayu dan cun membuatkan aku rasa nak cubit je pipi mereka yang comel itu dan  mengorat mereka. 


Walaupun aku dah habis paper tadi, tapi ada beberapa orang lagi kawan aku yang masih ada last paper untuk esok. So malam ni diorang struggle sikit untuk all out pada esok hari dan aku pulak malam ni hanya duk saja sambil menghadap internet, mencari idea untuk update blog, dengar lagu, cari info pasal sistem komputer sikit dan dengar lagu yang cukup layan. Asalnya nak kemas barang-barang yang ada kat dalam bilik tapi nampak macam takde barang banyak sangat jadi tunggu lewat malam sikit kot baru kemas barang yang nak di bawa ke tempat Praktikal di Ampang dan juga barang yang nak disimpan di dalam stor. 

Barang nak bawak pergi tempat praktikal tak banyak pun cuma pakaian, laptop dan netbook. 3 benda tu je yang nak digunakan sepanjang praktikal selama 12 minggu nanti. Apa pun doakan aku selamat menjalani Latihan Industri dengan baik tanpa ada sebarang masalah seperti kena marah dengan bos atau ada kerja yang tak siap. 

[ David Guetta feat. Flo Rida - Where dem Girls at ] 

Oh ya aku lupa nak beritahu yang aku akan ke Ampang pada 17 pagi dari Perlis dan sampai dalam waktu petang. Dah sampai kat sana, Bos akan ambil aku bersama 2 orang lagi kawan aku dan dibawa ke tempat tinggal yang dah disediakan. Plan seterusnya tak tahu lagi dan kena tunggu bila sampai di Ampang nanti baru dapat detail mengenai kerja yang perlu dibuat sepanjang 12 minggu Latihan Industri ni.

Ok aku nak pergi layan lagu dulu sambil surf internet sebab dah tak tahu nak buat ape. Sambil-sambil tu cari idea untuk update blog jugak. Oh ya jangan lupe wish Gud Luck kepada kawan-kawan aku yang akan mengambil kertas Micro Processor pada esok pagi. Gud luck all :)

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 9 Jun 2012

My Baby Tambah Ram Kasi Up Performance

Once upon a time, ada dua buah komputer yang sentiasa menemani aku di kala duka dan gembira pada setiap hari tanpa mengenal jemu serta penat lelah. 1 adalah laptop yang diberi oleh Kerajaan kepada ayah dan kemudiannya ayah bagi kat aku ( tahun 2009 ) sebab dia dah ada sebuah masa tu. 1 lagi adalah netbook lenovo yang dibeli dengan duit aku sendiri pada bulan lepas. Kedua-dua buah komputer ini adalah barang yang aku sangat sayang dan aku jaga umpama menatang minyak yang penuh. Zzzzzzzzzzz


1. Acer Aspire 4730Z

Telah menemani aku sejak 3 tahun yang lepas dan sentiasa berada dalam keadaan baik. Asalnya menggunakan RAM 1Gb kemudian ayah tambah 2Gb menjadikan 3Gb dan beroperasi dengan elok selama 3 tahun dengan prestasi yang cukup baik. Oh ya aku bukan jenis gamer dan laptop ni juga bukan gaming type jadi bukan la hebat sangat nak dibandingkan dengan laptop yang ada graphic card power zaman sekarang tapi bagi aku sudah cukup baik berjasa. Hari ni aku buat keputusan untuk up lagi performance laptop ni dengan menggantikan slot 1Gb dengan 2Gb dan menjadikan semua sekali 4Gb RAM iaitu maksima bagi sistem operasi 32 bit.

2 slot ram. 2Gb + 2Gb



2. Lenovo S10-3C ( Netbook )

Baru saja menemani aku sebulan yang lepas dan setakat ni sangat suka dengan prestasi yang ditonjolkan bersama aplikasi yang ringan. Kalau aplikasi yang berat tu agak slow la sebab dah namanya netbook dan tak sesuai untuk kerja-kerja yang dasyat. Asalnya RAM yang digunakan adalah 1Gb dan hari ni aku gantikan 1Gb dengan 2Gb. Asalnya nak tambah menjadi 4Gb seperti yang laptop tu tapi tak support pulak. Mungkin sebab motherboard lama kot jadi hanya support sehingga 2Gb saja. Apa pun 2Gb pun dah cukup berbaloi dan banyak benda boleh dibuat tanpa ada lagging process.

1 slot ram = 2Gb

p/s : Semester depan rasa macam nak beli Desktop sebiji. 

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 4 Jun 2012

Musim Peperangan Sudah Bermula

We Got Man Down !!!  tapi bukan aku la yang down tu sebab aku masih kental berdiri berjuang lagi dan tak goyang sikit pun walaupun hakikatnya hampir tersungkuh rebah ke tanah. Oh ya bagi yang masih tak tahu dan yang tak mahu ambil tahu sekali pun, aku dah memasuki musim peperiksaan sekarang ni. Pagi tadi kertas pertama Electronic Instrumentation dan Alhamdulillah boleh jawab juga soalan walaupun banyak kecederaan semasa berjuang dalam dewan peperiksaan tadi. Tu pun nasib baik dapat tips daripada pensyarah mengenai ape yang masuk dalam periksa. Kalau takde tips tu memang aku dah tersungkur terus la tadi jawabnye masa dalam dewan.


But wait ! Itu baru kertas pertama la, masih ada lagi 5 paper kena lawan baru la peperangan ni dapat dimenangi. Tapi aku malas la nak sembang pasal paper seterusnya kat dalam post ni. Nanti bosan ternganga pulak sebab tak faham subjek yang aku ambil. Ok ok jom tukar topik sekarang, hari tu aku ada buat post pasal Bateri BlackBerry Jadi Kembung. So sehingga petang semalam, bateri tu dah jadi sangat kembung sampaikan tak selesa nak pegang phone dan aku petang tu juga aku pergi beli bateri baru. 

New Battery : 1100 mAh
Cost : RM 50

and...and...my phone dah elok dan stabil bila guna bateri baru. Kalau yang lama tu cepat benor habis kuasa pada hal dah caj semalaman tapi dua jam guna dah low power.

Minggu lepas aku ada tengok satu cerita bertajuk V For Vendetta. Cerita ni dah lama keluar sejak tahun 2005 lagi dan berkisarkan mengenai seorang pejuang bebas yang dikenali sebagai V yang ingin menyedarkan masyarakat bahawa negaranya sangat corrupt terutama sekali kerajaan mereka. Walaupun aku ni berjiwa pembangkang tapi bukan itu sebab utama aku seronok menonton cerita ni. Yang paling dapat menarik perhatian aku adalah skrip cerita ni sangat menarik dengan penggunaan bahasa inggeris yang sangat tinggi kerana ada karya William Shakespeare : Macbeth.

Karya William Shakespeare + Skrip berkualiti = Memang cukup High Level. 

Tapi bagi yang mencari action dan thriller dalam movie ni memang agak slow sikit sebab ia bukannya action movie tapi sebuah cerita yang agak membasuh minda. Kalau tengok cerita ni, jangan lupa baca dan fikirkan subtitle dalam bahasa inggeris. Cukup menarik.


~ Baca Selanjutnya ~