Sabtu, 13 Disember 2014

Mencuba Burger di Ramly Halal Kiosk

Tadi aku teringin nak Mencuba Burger di Ramly Halal Kiosk yang terletak di stesen LRT Pandan Indah. Biasanya aku hanya lalu dan tengok saja tapi hari ni tiba-tiba terasa nak cuba.

Disebabkan ni kali pertama nak beli, aku mula-mula jadi kekok sebab tak tahu pakej yang disediakan. Asalnya kalau ikutkan hati aku nak burger daging triple dan cheese double.

Tapi tak dapat order macam tu. Kena order berdasarkan menu yang telah disenaraikan. Aku tengok banyak jugak menu sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Last sekali lepas fikir panjang, aku ambil yang pakej double chicken berserta fries dan minuman. Harganya dalam rm 8.20. Ok la takde mahal sangat sebab sekali kentang dan minuman.

Bungkusan boleh dikatakan agak menarik.


Pakej untuk menu double chicken berserta fries dan minuman.

Selepas telan burger double ayam, fries dan air cappucino, aku boleh komen bahawa rasanya biasa-biasa saja. Kalau ikut rating, aku bagi 3.5 dari 5 bintang. 

Apa pun ni hanya pendapat dan citarasa aku sendiri. Bagi yang nak cuba, boleh cuba di kiosk yang berdekatan atau datang saja di stesen lrt pandan indah.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 7 Disember 2014

Perancangan Bulan Disember 2014

Secara serius, aku sendiri pun tak sedar sekarang dah masuk bulan Disember. Sibuk sangat dengan macam-macam perkara kena fikir sampai tak sedar masa berlalu.

Selalu jugak teringat nak update blog tapi entah kenapa tiba-tiba lupa. Nasib baik malam ni teringat. Aku pon tak nak update panjang sangat jadi teruskan dengan Perancangan Bulan Disember 2014 :

1) Achievement Will be Unlocked : Getting Engage

Yup !!! aku akan bertunang. Kalau ikutkan perancangan majlis akan dibuat pada 20 Disember akan datang iaitu bersamaan hari sabtu.

Majlis buat biasa2 je melibatkan family aku dan family pihak perempuan. Lagipun tunang ni better buat biasa je daripada grand karut marut semua tu.

2) Universal Studio Singapore.

25 Disember akan datang aku ingat nak pergi bercuti sempena akhir tahun. Tiket semua dah bayar dan aku hanya bawa badan sebab ada orang lain yang uruskan.

Tinggalkan semua kerja dan masalah lepas tu tenangkan fikiran pergi jalan-jalan. Memang seronok dan tak sabar nak pergi tapi sebelum tu aku kena buat passport dulu. haha

3) Cari Kerja Baru

Bab ni aku masih dalam dilema dan tak pasti lagi. 17 Disember nanti genap setahun aku kerja. Dalam masa yang sama tak pasti lagi sama ada nak terus kerja disini dahulu atau lompat cari kerja lain.

Sebabnya nak tukar kerja adalah nak cari pengalaman baru, gaji yang lumayan, dan juga lokasi tempat kerja untuk masa hadapan.

Sekarang ni aku masih lagi tak mencari kerja lain tapi mane la tahu tiba-tiba ada hati nak mencari hujung bulan nanti.


Buat masa ni hanya 3 perancangan saja untuk bulan Disember. Aku pun tak ada apa sangat nak dirancangkan untuk bulan ni. Nanti aku update lagi kalau ada perkara yang boleh dikongsi.


~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 22 November 2014

Touch n Go - Kad Tidak Sah

" Kad tidak sah ". Eeeeehhhhh ??? ok takpe aku cuba keluar sebelah sana pulak.

Bila sentuh kad, mesej yang sama terpapar di skrin. Ada dalam dua tiga kali aku sentuh tapi tak menjadi juga. Akhir sekali kena pergi dekat kaunter beritahu aku tak dapat keluar.

Kejadian ni berlaku petang rabu minggu lepas bersamaan 19 November di stesen LRT Pandan Indah. 

Masa tu baru balik dari makan petang dekat kawasan LRT Cempaka. Lepas tu naik train nak balik rumah dan turun di stesen Pandan Indah. Bila nak keluar dari stesen tu terus sangkut sebabnya kad tidak sah.


Yang buat aku risau adalah keesokannya iaitu 20 November aku kena pergi Setia Alam. Bila travel dari ampang ke setia alam memang wajib akan lalu tol.

Aku duk risau takut lalu expressway nanti perkara yang sama terjadi di stesen lrt pandan indah. Kalau terjadi juga Kad Tidak Sah, memang naya la aku kena hon dengan kereta kat belakang.

Tapi mujur hari tu aku ambil langkah selamat. Aku lalu menggunakan laluan Tunai dan Touch&Go bila sampai di plaza tol.

Kena play safe. Just in case touch n go aku problem, aku masih boleh bayar tol secara tunai.

Lepas 2 kali test guna di plaza tol Awan Besar dan Sunway, rasa lega hati sebabnya kad touch n go aku sebenarnya tak rosak pun. 

Mungkin ada gangguan kot masa aku guna di stesen lrt menyebabkan aku tak dapat keluar. Mungkin la kan tapi yang penting kad aku tak ada masalah.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 18 November 2014

Tak Dapat Beli Kek Blueberry Cheese


" 1 slice tak jual, kalau 1 biji tu ada ". Itu kata salah seorang pelayan Secret Recipe masa aku tanya mengenai kek blueberry cheese waktu petang tadi.

Dan ini sebenarnya kali ke 4 aku kunjungi secret recipe dalam 2 minggu semata-mata untuk mencari kek blueberry cheese. 4 kali tu juga aku dikecewakan. 

Nak tak nak pilih juga kek lain walaupun niat asal aku adalah hanya untuk membeli kek yang aku idamkan.


JOM BACA : Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian


Aku pun tak faham kenapa kek tu tak dijual secara slice tapi hanya dijual secara sebiji. Sebiji kek yang bulat tu harga rm 80 ++ tapi bukan hal duit aku kisahkan cumanya siapa nak habiskan sebiji kek yang besar tu.

Kalau aku di kampung memang aku selalu beli sebiji kek. Yang akan makan adalah aku, adik beradik, mak, ayah. Kira berbaloi la juga 5 orang makan sebiji kek.

Sebiji kek kalau aku sorang je yang makan memang montel la jadinya tambahan lagi memang aku suka dengan kek.

p/s : Gambar tu kek New York Cheese. 

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 17 November 2014

Mencari Pendrive Imation Nano Pro

Mencari Pendrive Imation Nano Pro di plaza Low Yat beberapa bulan lepas dan hasilnya aku tak jumpa. Tak tahu sama ada aku tak pandai cari atau waktu tu stok sudah habis.

Jenama lain memang banyak dengan pelbagai storage size dan bersepah sampai rambang mata nak pilih tetapi semua tu aku taknak dan hanya teringin dengan jenama imation saja.

Sebab utamanya adalah pendrive ini dilengkapi dengan sistem sekuriti tersendiri yang mana boleh sembunyikan size storage ( hidden partition ) yang kita inginkan. Dengan cara ini, fail-fail sulit dapat disembunyikan apabila orang lain membuka pendrive ini di komputer mereka.

Untuk akses atau unlock kepada hidden partition, perlu gunakan software ( Imation Lock ) yang telah disediakan dalam pendrive ini dan masukkan kata laluan, lepas tu korang dapat akses storage dan file yang disembunyikan.



Sekarang ni hanya pakai yang 8Gb je

Back to the main topic, kalau boleh aku nak cari pendrive yang bersaiz 64 Gb ataupun 128 Gb. Dengan saiz ni senang bagi aku untuk pindahkan game-game komputer dari satu tempat ke satu tempat.Maklum la game sekarang saiz pon dah cecah 50Gb jadi sebab tu perlunya saiz yang lebih besar untuk pindahkan data.

Kalau nak guna external hard disk tu besar sangat, tidak berapa portable, dan tak sesuai untuk diletakkan di dalam poket. Dengan pendrive yang kecik dan mudah dibawa, senang sikit nak pindah file dan tak perlu wayar untuk sambungan. Ringkas dan ringan !!

Buat masa ni aku masih lagi mencari secara fizikal dan juga online. Dekat laman Lelong pun aku tak jumpa yang bersaiz 64Gb. Harapnya nanti aku jumpa bila keluar jalan-jalan ke plaza lowyat akhir bulan ni. Wish me luck !!!
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 11 November 2014

Senarai Apa Yang Perlu Dilakukan Menggunakan Applikasi Trello

Senarai Apa Yang Perlu Dilakukan Menggunakan Applikasi Trello bukan saja memudahkan urusan kerja harian malah menjadikan kerja lebih teratur dan tersusun mengikut keutamaan.

Baru hari ni aku dengar pasal Trello, itupun tahu masa tengah sembang-sembang dengan programmer yang baru masuk kerja kat ofis. Mungkin dia ada nampak bagaimana aku dan staff control centre yang lain agak serabut dan tak berapa tersusun dalam menguruskan To-Do list menyebabkan dia share pasal applikasi ni.

Balik je dari ofis hari ni terus aku register akaun di laman web dan cuba main. Hasilnya lepas explore dan godek-godek, memang sangat membantu terutama sekali dalam menguruskan hal-hal dan senarai yang perlu dibuat.

Bagi yang masih tak faham, aplikasi ni umpama papan kenyataan kat dinding ( Notice Board ). Kita boleh buat banyak notice board dan setiap notice board boleh buat banyak section sebagai contoh Jangan Lupa, Sedang Buat, Dah Siap macam contoh di bawah ni.


Selain buat notice board pasal kerja harian yang perlu dilakukan, korang juga boleh buat notice board target hidup korang. Dengan cara ni korang takkan lupa apa matlamat yang masih belum tercapai dalam hidup.

Selain itu, segala info atau senarai yang diletakkan pada board boleh disimpan / archived sebagai rujukan pada masa hadapan.

Tidak lupa juga applikasi Trello boleh dimuat turun dan install di telefon pintar dan tablet bagi memudahkan pengurusan senarai.

Bagi yang berminat untuk mencuba, boleh pergi ke laman web Trello atau klik di [SINI].

Selamat mencuba.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 2 November 2014

Perancangan Bulan November 2014

Perancangan Bulan November 2014 tidak segempak dan tidak terlalu boros seperti bulan Oktober yang lepas. Kalau refer pada post aku mengenai bulan lepas, satu perancangan yang aku terpaksa tangguhkan sementara waktu adalah mengenai tukar smartphone.

Sebab ditangguhkan adalah faktor kewangan yang mana terpaksa berjimat sementara kerana aku ada perancangan lain pada bulan Disember nanti. Jeng jeng jeng !!!

Biarkan dulu hal mengenai bulan Disember, aku akan ceritakan semuanya di bulan depan. Untuk bulan November ni, berikut adalah perancangan aku :

1. Balik Kampung

Hari raya haji dah balik, jadual seterusnya untuk aku pulang ke Besut, Terengganu adalah pada hujung bulan 11 ni. Balik tiap bulan la baru dinamakan Hardcore, kalau tiap minggu dinamakan Insane. Disamping balik kampung untuk tenangkan fikiran dengan menikmati masakan emak dan menghadap anak saudara yang kecik lagi comel yang bakal mencecah usia 1 tahun, tujuan utama balik kampung ni adalah untuk bincang dengan keluarga mengenai perancangan bulan 12. 

2. Hari Lahir Anak Sedara

Anak sedara aku  akan mencecah usia 1 tahun bulan november ni. Jadi aku bercadang untuk beli hadiah dan sambut birthday dia walaupun dia masih tak faham mengenai sambutan hari jadi. Ha ha ha. Cumanya untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ni aku tak tahu nak belikan hadiah apa. Tengah fikir hadiah yang sesuai tapi masih tak dapat idea. Kalau korang ada idea, jangan lupa tinggalkan cadangan di ruang komen. Nanti senang aku decide untuk beli hadiah.

3. Tidur Awal

Jadual kerja aku untuk bulan ni adalah shif pagi, mula masuk kerja pukul 7 pagi dan habis 4 petang. Bulan-bulan sebelum ni shif petang dan malam yang mana sangat enjoy walaupun jadual tidur aku agak sedikit lari.

Jadi bila dah kena shif pagi dan masuk pukul 7, sejam sebelum tu aku dah kena bangun, mandi, solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja. Kalau bangun kena awal, tidur pun kena juga awal supaya bila sampai ofis dan buat kerja nanti tidak akan rasa mengantuk serta boleh fokus sampai waktu lunch hour. Lepas lunch hour biasanya rilek sikit dan kerja pun tak bertimbun sangat dah sebab boleh pass ke orang shif petang.

4. Buat Passport

Sepanjang 24 tahun hidup, ini baru kali pertama aku nak buat passport. Bagi yang selalu travel luar negara memang dah lazim renew passport tapi disebabkan aku bukan jenis yang suka travel memang tak penting pun passport sebenarnya. Buat ni pun untuk cukup syarat. Kalau nak pergi jalan-jalan senang sikit. Tak perlu kalut nak buat passport bila dah emergency nanti.

Setakat ni hanya 4 perkara saja ada dalam perancangan aku. Kalau ada pertambahan, akan diceritakan dan dikongsi dalam post sepanjang bulan ini.

~ Baca Selanjutnya ~

Dugaan Hari Jumaat

Dugaan hari jumaat ni berlaku pada 31 Oktober 2014 yang lepas. Baru hari ni nak update sebab lupa dan sibuk dengan kerja. Kejadian ni berlaku masa aku on the way nak pergi masjid Al-Adzim Pandan Indah untuk menunaikan solat jumaat.

Masa tu hujan lebat gila, aku pun tak pakai payung sebab malas dan takut payung Petronas aku kena curi kat masjid nanti. 

Bila tak pakai payung, kena la jalan laju sikit untuk elak dari basah lencun. Tengah jalan laju, tiba-tiba aku tergelincir dan jatuh. Nasib baik jatuh lutut je dan bukan jatuh sekali muka sebab tangan sempat bertahan kat tanah.

Fuh nasib baik tak dapat luka tapi seluar yang aku pakai tu kena kotor tanah dari buku lali sampai ke paras lutut. Masa tu dah nak sampai kat masjid, dalam 200 meter lagi nak sampai. Last sekali sebab seluar dah kotor sangat, kena balik tukar seluar dan datang balik. 





Tempat aku tergelincir.

Mesti korang pelik kenapa aku tak jalan je atas laluan jalan kaki yang disediakan tu. Sebenarnya ada halangan macam pagar kat laluan jalan kaki tu. Aku pun tak tahu kenapa dia buat halangan macam tu dan sebabkan halangan yang ada tu, terpaksa aku lalu di sebelah kanan.

Yang sebelah kanan bahagian rumput tu tanah tinggi sikit. Sebab tu masa aku pijak untuk pergi ke laluan jalan kaki, aku jadi tergelincir dan jatuh berlutut.

So itu lah ceritanya, moralnya kena sentiasa hati-hati terutama sekali waktu hujan.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 29 Oktober 2014

Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian


Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian merupakan persoalan yang selalu timbul dalam kepala aku masa beberapa bulan pertama kerja. Maklum la baru pertama kali dalam hidup dapat pegang duit yang banyak membuatkan aku jadi agak leka sampai majoriti duit gaji banyak dibelanjakan untuk makan dan membeli pakaian.

Mujur la juga banyak dihabiskan untuk makan dan pakaian dan bukan untuk membeli benda lain yang tidak ada fungsi. Tapi selepas beberapa bulan enjoy dengan terlebih sangat makan sampai naik berat badan dan juga almari dah penuh dengan pakaian, dah tiba masa untuk aku belajar mengawal belanja.

Ada beberapa cara yang aku buat demi mengawal perbelanjaan yang mana bagi aku agak berkesan dan mungkin korang juga boleh cuba.

1. Hadkan Perbelanjaan Harian

Setiap hari aku hadkan sebanyak rm 15 untuk dibelanjakan. Ini merupakan belanja untuk makan dalam sehari. Kalau nak ikutkan sebenarnya setiap hari makan tak sampai pun rm 15 tapi baki selebihnya akan dibelanjakan untuk makan dan enjoy pada hujung minggu.

Contohnya setiap hari aku belanja dalam rm 11. Baki rm 4 bila dikumpulkan selama 6 hari akan jadi rm 24. Jadi bila hujung minggu nak tengok wayang atau makan best sikit aku hanya belanja baki yang 6 hari tu tanpa keluarkan wang yang lebih.

2. Kategorikan Jenis Perbelanjaan

Dengan mengkategorikan jenis perbelanjaan, senang untuk mengawal aliran wang pada setiap bulan. Dalam hal ini, kena pandai asingkan part belanja makan, belanja minyak, belanja untuk membeli belah & enjoy, dan juga simpanan.

Selepas dah asingkan setiap part, baru boleh limitkan dan assign jumlah yang perlu untuk dibelanjakan pada setiap kategori perbelanjaan. Ini boleh mengelakkan daripada berlakunya terlebih belanja bagi part yang tertentu.

3. Rancang Awal Perbelanjaan

Salah satu lagi cara untuk elak dari Overspent adalah dengan merancang. Setiap kali hari gaji, aku akan tulis atau catat perancangan awal untuk bulan akan datang. Aku akan tulis apa yang ingin dibeli pada bulan ini dan apa yang perlu dan juga apa yang perlu ditangguh.

Dengan cara ni, aku dah tetapkan target supaya diri hanya belanjakan wang pada benda yang sudah dicatat. Kalau tiba-tiba ada item yang berkenan dan ingin dibeli, item tersebut akan dicatat sebagai target untuk bulan seterusnya.

4. Pastikan Dalam Wallet Tidak Mempunyai Wang Yang Banyak.

Aku pernah terbaca pasal artikel menguruskan belanja dan dalam artikel tu ada petik mengenai memastikan jumlah wang yang sedikit di dalam beg duit. Dengan mempunyai wang yang hanya cukup-cukup makan dalam beg duit, kita akan automatik ada perasaan mengawal perbelanjaan. 

Walaupun ini hanya mainan psikologi sahaja tapi aku dah mencuba teknik ini dan agak berkesan.

Setakat ni, beberapa cara yang aku mention kat atas merupakan apa yang aku lakukan dalam mengawal aliran wang belanja. Alhamdulillah agak berkesan dan rasa terurut sikir kalau nak dibandingkan dengan awal-awal kerja hari tu.
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 27 Oktober 2014

Touch N Go - Baru Nak Memiliki

Touch N Go - Baru Nak Memiliki ni haaa. Ini semua gara-gara status aku sendiri kat facebook :

Yep, that's me. Banyak urusan online masih tak pandai buat. Pada hal kerja aku tiap hari punye la advance menggunakan online sistem tapi bab urusan biasa aku agak fail.

Cakap pasal Touch N Go ni bagi kehidupan aku sekarang ni tak penting sangat. Sebabnya aku pergi kerja tiap hari tak perlu lalu tol pun. Stay kat ampang guna MRR2 memang takde tol lagipun tempat kerja aku hanya 4 km je dari rumah.

Malah balik kampung pun hanya perlu lalu 2 tol sahaja iaitu tol gombak dan tol Bentong. Itupun balik kampung sebulan atau 2 bulan sekali. Memang tak kisah pun guna laluan tunai tu.

Nak kata naik public transport pun tak sangat juga. Ada la dalam sebulan sekali naik LRT pergi ke pusat bandaraya kuala lumpur. Beratur masa nak beli tiket ? Untuk sebulan sekali mungkin bagi aku tak kisah sangat. Lain la kalau tiap hari aku kena beratur untuk naik public baru aku rasa perlunya ada kad ni.


Yang buatkan aku nak sangat guna Touch N Go ni adalah sebab travel di Selangor. Dalam 2 minggu sekali aku selalu travel dari Ampang ke Setia Alam untuk dating. 

So dari Ampang ke Setia Alam ade lebih kurang 4 tol kene singgah. Kesas 2 tol, lepas tu Exit 508 Seafield dan Exit 102 Setia Alam. 

Daripada 4 tol tu, ade 2 plaza tol yang mana lorong tunai selalu beratur panjang tiap kali aku singgah. Sebab rasa annoying sangat kena beratur panjang, tu yang buat keputusan nak ada touch n go.

Lagi satu beberapa plaza tol di Selangor dah mula hapuskan lorong tunai. Sooner or later mesti kena ade juga kad touch n go ni selagi aku kerja dan tinggal kat selangor.

Semalam baru buat keputusan nak ada touch n go. Dalam masa yang sama angkat sekali Kad Mesra di Stesen Petronas sebab jeles tengok gf asyik guna Bonus Link tiap kali isi minyak Shell.

p/s : Next list mungkin Maybank2u plak kot. huhu

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 25 Oktober 2014

Culture Shock Kehidupan di Kuala Lumpur


Culture Shock Kehidupan di Kuala Lumpur yang pertama aku alami adalah di kedai mamak. Masa tu baru 2 hari aku tinggal di Pandan Indah dan kedai makan yang pertama aku lawat adalah kedai mamak.

Kedai lain aku tak tahu lagi sebab masih baru menginap kat situ. Kena ambil masa juga nak cari kedai makan yang menarik berhampiran sekitar  tempat tinggal.

So aku tengah makan roti Nan Cheese dan juga kopi ais kat kedai mamak tu. Tengah sedap menjamu selera, aku ada dengar suara seorang brader kat belakang. Suara brader tu agak kuat macam saja nak kasi meja berdekatan dengar ape yang die sedang borak.

Tiba-tiba....

Tiba-tiba brader belakang aku tadi pun cakap la pasal projek ratus ribu ringgit. bla bla bla. lumayan. bla bla bla... masyuk beb... bla bla bla.

Aku yang tengah aman hirup kopi ais hampir tersembur dibuatnya. Nasib baik tak tersembur kopi ais aku, kalau tersembur mesti ramai tengok pelik.

Ale utoooo.... Lanjiao.... punye brader tu. Lepak mamak sembang kencang pasal projek ratus ribu. Kalo lepak hotel logik la jugak brader nak sembang kencang. Dah la sembang kuat kacau aku nak makan je.

p/s : Mula dari saat tu aku trauma nak pergi kedai mamak di sekitar KL.

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 22 Oktober 2014

Nasib Fresh Graduate Dalam Bidang Kerjaya

Alhamdulillah 17 Disember 2013 status aku dah bertukar dari Jobless Kepada Berkerja. Seronok ? Mula-mula tu memang la seronok sebab chapter baru dalam hidup bakal bermula dan tanggung jawab baru bakal dipikul.

Tapi macam fresh graduate lain, aku pun menerima nasib yang sama apabila pertama kali memasuki alam perkerjaan iaitu underpaid ataupun senang bahasanya gaji kecik.

Seperti yang kita sedia maklum di Malaysia, fresh graduate yang cemerlang dalam akademik dan temuduga pun tak ramai yang mampu mendapat perkerjaan yang dibayar dengan gaji 3k dan keatas.

Kebanyakannya gaji untuk fresh graduate di Malaysia yang ditawarkan adalah 3k dan kebawah. Kalau tak percaya cuba la buka mana-mana iklan jawatan kosong, nanti nampak hakikat yang berlaku sekarang. 

Kalau nak gaji sedap sudah tentu kena masuk bidang Oil and Gas tapi dalam masa yang sama kena korbankan masa enjoy. Kalau sanggup, go on je dan tak perlu fikir banyak. Janji masyuk.

3 Bulan Yang Struggle



3 bulan pertama kerja memang aku struggle untuk survive. Gaji ? Masih lagi cukup walaupun kecik siap boleh buat saving lagi, bagi mak ayah, bayar kereta dan balik kampung ( Ampang - Terengganu ) tiap bulan dengan drive walaupun harga minyak dah memang mahal masa tu. 

Masa tu aku rasa kesilapan utama aku adalah membeli kereta terlalu awal. Dengan ada kereta, kos minyak dan maintenance lebih mengheret aku kearah struggle. Tapi dalam masa yang sama, aku tak boleh menunggang motorsikal disebabkan mak ayah tak bagi kebenaran.

Itu pun nasib baik aku beli kereta yang paling murah di Malaysia. Fresh grad nak pakai kereta besar ? Well itu bukan aku. Dengan nilai kereta yang semakin susut setiap tahun, lebih baik aku merancang untuk simpan dan melabur pada tempat yang boleh memberi pulangan.

Dari segi makan minum, pakaian semua cukup. Yang tak cukup adalah untuk sedikit keseronokan.

Yang dimaksudkan keseronokan bukan pergi enjoy parti tak tentu hala. Menikmati makanan yang enak, jalan-jalan sambil tenangkan fikiran tu pun dikira keseronokan dan dalam masa 3 bulan pertama aku tak dapat menikmati semua tu.

Peringkat Keselesaan



Aku pernah berkongsi dengan mak struggle yang aku hadapi dan bagaimana nak tangani. For me, my mum memang pandai dalam menguruskan kewangan. 

Nasihat mak adalah supaya aku bersabar dan merancang perbelanjaan. Yes aku baru saja 3 bulan kerja dan kalau 3 bulan saja dah tak boleh sabar dengan dugaan macam ni, bagaimana pula akan datang yang penuh dengan cabaran.

Hasil ikut nasihat mak, aku mampu harungi 3 bulan yang struggle tu. Selepas 3 bulan aku diterima sebagai permanent staff dan tempoh percubaan pun dah habis.

Dari situ ade kenaikan gaji dan untuk bulan yang akan datang sudah boleh buat overtime. Sedar tak sedar, aku pun rupanya sudah keluar dari struggle zone. 

Tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terlalu selesa dan lalai dalam menguruskan perbelanjaan. Bimbang nanti akan kembali memakan diri.

Melakukan Partime

Aku ada terfikir untuk melakukan kerja sampingan dalam mencari pendapatan tambahan sebagai backup kepada pendapatan utama.

Banyak yang terfikir dan modal untuk laksanakan pun dah ada hasil kumpul duit gaji 10 bulan kerja. Cuma buat masa ni hanya kekangan masa saja.

Sekarang ni aku kerja shif, bulan depan pagi, bulan seterusnya mungkin malam dan bulan akan datang mungkin petang. Boleh dikatakan pertukaran shif tak menentu pada setiap bulan. Jadi hal ini serba sedikit menganggu perancangan aku untuk melakukan kerja sampingan.

Kalau boleh aku mahukan waktu kerja yang biasa, 5 hari kerja dan cuti sabtu ahad. Dengan adanya waktu free yang tetap, baru aku boleh teruskan dengan kerja sampingan.

Ok la rasanya panjang sangat aku tulis untuk post kali ni. Nanti aku kongsikan lagi apa-apa yang aku alami dalam tempoh 10 bulan ni.

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 20 Oktober 2014

Nasi Goreng Thai

Ada satu kedai makan kat area Pandan Indah yang aku selalu pergi. Biasanya aku hanya order nasi goreng paprik ayam atau daging. Tu makanan fevret aku dan setakat ni kedai tu tak pernah kecewakan lagi selera aku.

Tapi minggu lepas aku terasa nak order lain sikit. Jadi aku pun order Nasi Goreng Thai. Dalam otak aku duk bayang bahawa nasi goreng thai ni digoreng dengan sambal khas lepas tu ade la sedikit udang. 

Tak sampai 10 minit tunggu, nasi goreng aku pun sampai. Tadaaaaaaaaaa :


Sotong dan udang banyak. Bagus. 

Bila pelayan tu letak makanan depan aku, aku pandang pelayan tu pastu die pon pandang aku.

Pelayan : Order nasi goreng thai tadi kan ?

Aku : Ha ah nasi goreng thai.

..................

Aku : Ni nasi goreng thai ke ?

Pelayan : Ni la nasi goreng thai.

Aku pun senyum je malas fikir banyak. Pendapat aku mungkin ni nasi goreng thai versi kedai tu sendiri. Tapi setahu aku la kan, rupa macam ni adalah menu Nasi Goreng Ladna. Sebabnya kuah dalam pinggan tu pekat dan rasa sebijik macam kuah Ladna.

Aku tak cakap ape dan terus makan. Rasanya memang terbaik gile sebab ni kali pertama aku makan nasi goreng dicampur dengan kuah ladna. Not bad sebenarnya. 

Walaupun rupa dan rasa tak seperti yang aku impikan tapi memang best. Setakat ni dah 2 kali aku order menu yang sama.

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 19 Oktober 2014

Perlu Ke Buat Bising Dalam Kopitiam

Aku baru balik dari dating dengan gf kat Setia Alam. Tadi kitorang hanya lepak kat salah satu kedai nama Momento. Siapa yang duk area Setia Alam mungkin tahu la kot kedai tu.

Gf yang nak bawak ke kedai tu sebab ia berkonsepkan kopitiam dan memang kami hanya minum kopi 2 round dan makan lasagna kongsi dua orang. Baru romantik sikit share makanan. hahaha


Tapi romantik kami terbantut gile tadi sebab ade sekumpulan yang lepak kat situ sembang agak bising. Diorang seramai 5 orang sembang agak bising sampai orang lain yang tengah lepak kat situ pon asyik pandang-pandang je dengan muka tak puas hati.

Bagi aku, kalau korang nak bising sembang sampai gelak bagai tu baik pergi lepak mamak je. Seriusly tak sesuai nak buat bising dalam kopitiam. 

Orang datang kopitiam sebab nak lepak, nak cari ketenangan, nak cari privasi, aman damai, dan keselesaan. Jadi bila ada sekumpulan manusia yang bising memang kacau habis mood orang lain.

Yes aku faham korang makan, minum, semua bayar sama harga macam orang lain. Tapi tak bermakna korang boleh buat suka hati ganggu mood orang lain.

Analoginya mudah je. Just because you pay toll on expressway, tak bermakna korang sesuka hati boleh drive 40km/h di lorong paling kanan. Itu terlajak bangang namanya.

So macam tu la ceritanya. Aku share kat sini sebab memang aku perasan orang lain pun ada pandang dengan muka lain macam kat sekumpulan yang bising tadi. Nampak sangat perbuatan mereka tu menganggu ketenteraman orang lain.

p/s : Mood spoil pun sempat 2 round layan Latte dan Cappucino tadi. hehe

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 15 Oktober 2014

Bukan Senang Turunkan Berat Badan

Aku memang dah lama tahu yang Bukan Senang Turunkan Berat Badan tapi dalam tempoh 2 bulan yang lepas aku dapat beberapa komen daripada emak, kawan-kawan, gf, dan adik beradik mengenai badan aku yang kelihatan sedikit susut.

Mulanya aku sendiri tak perasan tapi bila ramai yang cakap macam tu baru aku perasan ade susut sedikit di badan. Tengok cermin, curve di beberapa tempat dah tak nampak sangat. Hanya ade flat je.


Berat Badan Naik

Zaman kerja yang dihiasi dengan stress, makan tak menentu, tak ada masa bersenam, dan kurang tidur merupakan faktor utama berat badan aku makin naik masa 5 bulan pertama kerja.

Lagipun masa tu duit gaji hanya tahu nak makan sedap je. Aku tak habiskan duit beli rokok atau beli benda yang mahal. Majoriti dihabiskan untuk makan. Pernah sekali aku habiskan sampai rm 200 sehari hanya untuk makan.

Sebab tu masa 5 bulan pertama kerja dah ada geng ofis tegur kata badan aku makin sihat sejak kerja.

Ubah Cara Makan Minum

Aku pernah terbaca dalam majalah yang menyentuh pasal amalan minum air kosong dapat menurunkan berat badan.

Aku jadi tertarik sebab bunyi cara ni memang sangat mudah. Minum je air kosong sampai perut kembung tapi jangan la buat macam tu nanti kencing tak berhenti pulak.

Kalau nak bandingkan dengan lakukan aktiviti senaman 20 minit sehari, 3 kali seminggu, sudah tentu minum air kosong lagi mudah. Jadi aku bercadang untuk cuba amalkan minum air kosong dengan banyak dalam masa sehari.

Biasanya aku akan minum sebelum waktu tidur, selepas bangun tidur, dan sepanjang hari akan minum air kosong di pejabat. Dalam masa yang sama aku kurangkan minum air manis dari 3 kali sehari kepada 1 kali sehari.

Malah makan pun aku tukar dari 3 kali sehari kepada 2 kali sehari. Susah tau bagi orang yang makan banyak macam aku ni nak kurangkan makan.

Mula-mula tu agak susah tapi aku bernasib baik sebab masa tu bulan Ramadhan, jadi aku ambil peluang masa puasa hari tu untuk cuba kurangkan makan. Alhamdulillah susut sedikit badan dan rasa diri ni ringan sikit naik tangga.

Kalau ada yang cuba turunkan berat badan tapi malas nak lakukan aktiviti senaman, boleh la gunakan cara yang aku kongsi ni. Cuba minum air kosong selama 2 minggu pun rasanya dah boleh nampak sedikit hasil. Selamat mencuba.

p/s: Sekarang macam dah naik balik :'(

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 14 Oktober 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Penang

Kalau baca post aku yang sebelum ni bertajuk Perancangan Bulan Oktober, aku ada beritahu bahawa aku nak pergi jalan-jalan samada ke Penang ataupun Cameron Highland. Last sekali buat keputusan untuk pergi Jalan-Jalan Cari Makan Penang sebab makanan kat sana memang the best.

Aku dan gf bersama seorang lagi kawan dia bertolak ke Pulau Pinang hari Sabtu pukul 11 pagi. Saja gerak lambat sikit sebab ade plan lain masa dalam perjalanan nanti. Lagipun tak risau sangat kerana kat Penang nanti ade seorang lagi kawan yang akan join bawak pusing2.

Singgah di Ipoh, Perak

Masa dalam perjalanan, dalam pukul 2 petang macam tu kami sampai di Ipoh dan keluar daripada lebuh raya terus masuk ke bandar ipoh, Perak.

Tujuan singgah ke Ipoh adalah untuk membeli makan tengah hari yang dikatakan Nasi Ganja kat situ sangat sedap. Yang pernah beli nasi ganja kat situ adalah gf dan kawan dia manakala aku tak pernah lagi masuk ke bandar ipoh untuk makan kat sana.

Cari punya cari akhirnya jumpa juga kedai yang menjual nasi ganja yang sedap tu. Sampai je kat kedai aku tengok ramai orang beratur dan ramai juga yang makan kat dalam kedai.


Kami bertiga bercadang untuk bungkus saja nasi dan berhenti makan di hentian rehat dan rawat yang terdekat sebab kat dalam kedai ramai sangat orang takut nanti tak selesa dan kurang menikmati nasi ganja yang sedap tu.

Penang

Kami sampai di Penang pada waktu petang dan lalu menggunakan Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Sampai je kat sana dan jumpa dengan seorang kawan kat sana, terus dia bawa pergi jalan-jalan.

Malam tu hanya pergi jalan-jalan kat area Batu Feringghi tapi tak pergi sampai kawasan pantai sebab hujan tak menentu. Hanya jalan kaki sambil tengok gerai-gerai jualan dan cuci mata saja.


JOM BACA : Nasib Fresh Graduate Dalam Bidang Kerjaya  


Esoknya iaitu hari Ahad baru kami banyak berjalan. Antara tempat yang pergi adalah kawasan kampong melayu, Bukit Bendera, Botanical Garden, Penang Interactive Museum.

Tapi aku malas nak cerita detail sangat jadi aku bagi beberapa gambar sebagai santapan kat sini.






















p/s : Next trip plak x tau lagi nak ke mane.
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 2 Oktober 2014

Perancangan Bulan Oktober



Wake me up when September ends ~ Sedar tak sedar tak sedar tak sedar rupanya dah masuk Oktober. Lagi 2 bulan dah Disember dan terus masuk tahun baru. Tapi bab tahun baru tu aku skip dulu taknak cerita lagi sebab takde perancangan ape pun lagi untuk tempoh tersebut.

Bercakap pasal bulan Oktober, ada beberapa perkara yang aku nak berkongsi kat sini :

1. Hari Raya Haji

Aku akan pulang ke kampung pada 4 Oktober iaitu Sabtu pagi dan akan bercuti selama 4 hari sampai 7 Oktober untuk menyambut hari raya haji di kampung disamping meluangkan masa dengan mak, ayah, adik beradik serta anak sedara.

Raya haji kali ni macam biasa aku akan fokus untuk makan banyak daging yang akan dimasak oleh mak ataupun nenek di kampung. Ape jenis daging yang dimasak sama ada goreng, sup, bakar, dan gulai semua nanti aku akan makan. Harap-harap darah tidak naik akibat makan terlalu banyak daging.

2. Jalan-Jalan

Bab jalan-jalan ni aku sendiri tak pasti lagi nak pergi ke mana. Mungkin Penang atau mungkin juga Cameron Highland. Yang ni aku kena bincang dengan gf sebab dia yang beriya sangat ajak pergi jalan. Kalau boleh aku teringin nak pergi cameron sebab dah lama sangat tak pergi.

Asyik beriya saja nak pergi dari zaman dulu lagi tapi sampai sekarang masih tak pergi. Harapnya kali ni jadi la untuk sampai ke Cameron Highland.

3. Peralihan Smartphone

Ini hanya perancangan saja dan aku masih tak buat keputusan untuk tukar smartphone baru. Sekarang ni aku masih lagi menggunakan Blackberry Curve 9300 sebabnya fon ni masih berfungsi dengan baik.

Kalau aku buat keputusan nanti, aku mungkin akan bertukar kepada smartphone Asus Zenfone 6. Dengan camera 13 mp dan skrin 6 inci yang besar lagi senang aku nak mobile blogging nanti memandangkan aku dah kembali untuk blogging.

Setakat ni hanya 3 perkara ni yang ada dalam perancangan bulan Oktober. Yang nombor 1 dan 2 tu memang aku confirm akan buat cuma yang nombor 3 je tak pasti lagi. Mungkin ada lagi perkara yang aku nak buat tapi kebanyakannya akan datang on the spot dan laksanakan secara on the spot juga.
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 1 Oktober 2014

Apabila Internet Disekat


2 hari aku terputus sambungan internet. Semuanya sebab tak bayar untuk bulan lepas. Bukannya niat tak nak bayar tapi bil aku lupa nak ambil kat peti surat masa awal bulan September lepas.

Kat rumah aku ni pelik sikit, kalau surat atau bil tak diambil pada hari ni, esok memang dah lesap sebab abang posmen consider surat tu takde pemilik.

Jadi sebab bulan lepas aku terlupa nak ambil bil pada tarikh sepatutnya menyebabkan bil tu lesap. Aku pun terus consider takpe la lagipun awal bulan Oktober nanti aku bayar untuk 2 bulan terus.

Tapi sebelum masuk bulan Oktober, internet aku dah disekat dan bila bukak internet browser terus dapat mesej macam dalam gambar kat atas.

Ah sudah !!! Guane ni ?? Hari ke 2 kene sekat iaitu hari ni aku terus pergi TM Center dengan niat nak tanya macam mana nak bayar internet kalau tak ada bil.

Bila sampai je dan tanya orang tugas kat situ baru tahu bahawa diorang boleh printkan bil. Lepas print bil aku pun terus bayar untuk 2 bulan terus supaya tenang sikit hati bil dah selesai bayar.

Tapi yang aku kecewa kat bil tu dia macam ada tulis pasal Blacklist Tagging. Kalau boleh aku taknak ade rekod pernah kena blacklist sebab bayar lambat tapi nak buat macam mana nasi dah jadi bubur. Haihhh,

p/s : Boleh sambung main online game. Yeahhh

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 29 September 2014

Stress Gangguan Waktu Tidur

Sejak beberapa bulan lepas bila jadual kerja aku banyak kepada shift petang dan juga malam, aku mengalami gangguan waktu tidur. Kalau aku kerja petang dan balik pukul 12 tengah malam, aku tak dapat terus tidur bila sampai rumah.

Tak tahu kenapa dan bila aku cuba paksa jugak, aku hanya mampu tidur dalam masa 3 jam saje dan bangun dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Pastu kalau dah terjaga pukul 3 atau 4 pagi, memang tak dapat sambung tidur balik. Kena berjaga sampai lepas subuh atau lepas sarapan dalam pukul 9 pagi baru rasa mengantuk datang balik. Jadi kat situ la stress aku datang.

Kalau boleh dan sebolehnya aku terus nak tidur lepas habis kerja dan bangun awal dalam pukul 6:30 pagi baru la rasa normal sikit sebagai manusia.

Masa zaman belajar pernah dan banyak kali jugak kena gangguan waktu tidur disebabkan banyak main game dan layan movie. Hahaha orang lain masuk universiti tak dapat tidur sebab duk belajar tapi aku duk sibuk main game.

Tapi semua tu boleh dibetulkan kembali dalam masa sehari or dua hari dan lepas tu boleh tidur balik macam normal.

Mungkin sebab beberapa bulan ni dah terlalu biasa sangat kerja petang dan malam sampai susah nak betulkan balik waktu tidur. Apa pun aku masih mencuba untuk betulkan keadaan ni. Mungkin perlu cuba dalam seminggu atau 2 minggu untuk betulkan balik masalah ni.


Khusyuk kerja la tu kononnya ?

p/s : Kerja takde masalah. enjoy je. cuma waktu tidur je terganggu.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 26 September 2014

Mencuba KFC Chicken Chop Combo

Malam tadi masa tengok tv aku ade nampak iklan KFC Chicken Chop Combo dan masa tu terus rasa nak cuba tapi sayangnya aku baru je lepas makan so tak dapat la pergi terus ke kfc. Jadi dalam tengah malam dalam pukul 1 pagi aku jadi lapar sangat dan masa tengah duk wasap dengan kawan, dia cadangkan kfc pastu baru aku teringat balik kat iklan yang aku tengok kat tv tadi.

Dalam pukul 2 pagi camtu lepas dah siap-siap bersama perut yang lapar, aku gigihkan diri untuk pandu ke kfc 24 jam yang terdekat. Kalau dekat rumah aku ni yang paling hampir adalah KFC Desa Pandan yang mana jaraknya hanya 4 km je.

Drive punya drive sambil explore jalan sebab aku tak pernah pergi pun kawasan Desa Pandan tu tapi nasib baik jumpa jugak kfc tanpa sesat jalan. haha

Sampai je tengok menu ade 2 pilihan. Combo A dan Combo B :



Fikir punye fikir last sekali aku amik yang Combo B sekali dengan nasi tu sebab aku dah lapar sangat. Combo A tu pulak ade fries tapi aku yang tak rasa nak makan fries tadi. Oh ye aku beli bungkus je sebab malas nak makan sorang kat situ walaupun x de orang pun yang makan masa aku tengah beli.

Sampai je rumah terus bukak dan nampak makanan aku yang cantik tu. Komen aku, ayam takde besar sangat dan takde kecik. Lebih kurang standard chiken chop kat kedai lain saiznya tapi yang aku suka adalah black pepper shiitake mushrooms tu.


JOM BACA : Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Harian


Memang gooding dan sangat masyuk apabila ditabur di atas ayam dan terus masuk ke dalam mulut. huummpphhh. Rasa ayam ranggup pastu shiitake mushroom masin sikit tapi cukup lemak berkrim.

Bagi aku menu ni agak sedap dan lagipun aku tengah makan masa tengah lapar. Jadi faham-faham la kalau lapar semua jadi sedap. Jangan lupa cuba tau.
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 25 September 2014

Perlu Ke Mencuci Kereta

Kalau tanya aku la kan... aku cuci kereta setiap minggu. Tak kira dah perlu ke tak perlu janji cukup seminggu terus bawak kereta pergi carwash dan wajib cuci luaran dan dalaman. Takkan nak kasi luar je berkilauan tapi kat dalam kotor pulak kan ? Dalam tu kene la vakuum mane yang patut pastu lap dashboard biar hilang debu kotoran.

So seminggu sekali cuci kereta ni memang dah tahap hardcore mak aku cakap. Tapi rupanya ade yang lagi hardcore dari aku. Abang kat carwash kate ade seorang pelanggan tu bawak kereta dia untuk dicuci setiap 4 hari. Yang tu lagi dasyat sampai boleh gelar tahap Insane.


Kad cuci kereta minggu lepas.

Tempat yang aku cuci kereta ni ade pakej cuci 6 kali dan percuma untuk kali ke 7. Tu yang aku duk syok sangat pi hantar tiap minggu. Masuk ni dah kad yang ke 2 kalau tak silap aku dan minggu ni baru nak guna kad baru yang ke 3. 

Selain cuci dalam dan luar, ade jugak servis lain disediakan macam water wax untuk kasi nampak kereta lagi bersinar berserta memberi perlindungan kepada body kereta. Yang tu kene tambah extra rm 10 untuk buat water wax tapi aku tak pernah buat pun sebab tiap kali balik kampung sebulan atau 2 bulan sekali, aku akan sapu wax sendiri kereta kat kampung baru rasa lagi puas hati. Lagipun wax ni tak perlu buat selalu, cukup 3 atau 4 bulan sekali tapi kalau sayang kat kereta dan nak kasi nampak berkilauan sapu la wax sebulan sekali baru uummpphhhh !!!

Korang pulak cuci kereta bila ? share la sket.

p/s : Esok bawak kereta g cuci lagi. yeh yeh.


~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 24 September 2014

Hobi Baru - Memandu

Selain daripada main game kat komputer selama 3 jam sehari, aku ada hobi baru sejak 2 bulan lepas yang aku x beritahu kat sape-sape pun. Even kat gf pun aku x beritahu. Hobi baru aku adalah memandu.

Bagi sesetengah orang memandu hanya perlu bila nak pergi dari tempat A ke tempat B tapi aku dah buat drive ni sebagai hobi bila takde ape nak dibuat. Macam perokok, bila diorang bosan diorg akan hisap rokok. Sama macam diorang cumanya aku just bawak kereta je dan tak merokok.

Benda ni jadi disebabkan beberapa bulan lepas jadual shif kerja aku buatkan aku terpaksa kerja petang dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam. Jadi aku dapati sangat syok giler bila drive waktu tengah malam lepas habis kerja kerana sejuk dan yang paling penting jalan tak sibuk macam siang hari.

Tapi lepas tu aku tak drive 12 tengah malam sebab walaupun kereta di jalan raya dah banyak kurang tapi masih boleh consider sibuk jugak la. So satu hari aku decide untuk test drive pukul 2 pagi.

Hasilnya memang seronok giler kambing sebab jalan agak lancar dan hanya ada beberapa buah kereta saja. Mulanya aku drive dari Pandan Indah ke area Cheras pastu pusing balik buat sampai 2 pusingan.

Lepas 2 hari aku jadi bosan dengan jalan tu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. So lepas study pasal map dan jalan raya KL dan Selangor, aku test pulak drive dari Pandan Indah ke Sungai Buloh sepanjang 35 km. Hasilnya memang terbaik beroooo.

 Syok giler wei.Tiap kali drive mesti akan buat 2 pusingan. Ade masa tu aku gila sampai buat 4 pusingan sampai minyak pon hampir nak kering. hahaha.

Pandan Indah - Valencia, Sungai Buloh - MRR2

Sekarang dalam seminggu paling kurang aku akan keluar drive sebanyak 3 kali. Semuanya pukul 2 pagi. Bawak tak laju pon dalam 100 - 110 je, kalau nak rilek lagi ade bawak 80km/j sambil makan angin pastu stop kat stesen minyak or tepi jalan sambil tengok jalan raya jap pastu sambung balik drive.

p/s : Kalau shif kerja tukar pagi x dapat la drive malam nanti. adusss
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 19 September 2014

A Strong Woman

Me : Mum, I want to get married.

Mum : Really ? With who ? I got many friends who has beautiful daughter. I can introduce you to them.

Me : Come on mum. There's no way they want to get married with a stranger like me.

Mum : I will tell them that you got a stable job and own a car. Of course they want a guy who establish something in his life.

Me : I don't want a woman who accept me because I establish something. She won't stand beside me when I lost everything. I'm searching for a strong woman that will be part of my struggle, survive it, and succeed together.

Mum : .............


p/s : Sorry for bad english.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 18 September 2014

Balik Kampung Sempena Hari Raya AidilAdha


Sebenarnya sekarang ni aku tak sabar menunggu kedatangan hari raya aidiladha ataupun dengan nama lainnya hari raya haji. Sebab tak sabarnya adalah nak balik ke kampung halaman di Besut, Terengganu. Kali terakhir aku balik masa hari raya aidil fitri hari tu. Lama tu, nak masuk 2 bulan dah tak balik kampung.

Dulu masa belajar rilek je 4 bulan tak balik kampung. Masuk zaman kerja, sebulan tak balik kampung dah rasa macam tak best. Sebenarnya bukan ada benda yang menarik sangat pun kat kampung tapi kalau nak bandingkan dengan Ampang, baik aku balik kampung.

At least dapat tenangkan jiwa tengok pantai sambil makan keropok lekor dan yang paling penting dapat tengok anak sedara aku yang umurnya akan mencecah 1 tahun pada bulan November nanti. Nah gambar dia aku belanja. Comel wooooooo


Comel kan ? Nanti anak aku lagi comel dari ni. haha itupun lepas aku kahwin nanti la tapi buat masa ni tak tahu lagi bila nak kawin.

Jauh pulak aku lari topik sampai masuk bab kahwin. Ape pun yang paling aku suka pasal raya haji ni adalah makan daging korban. Area pantai timur iaitu Terengganu & Kelantan memang meriah menjelang hari raya haji. Syok dapat makan daging goreng, sup daging, sup tulang, dan jugak daging bakar. Fuuhhh meleleh.



~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 16 September 2014

Mengintai Perodua Axia

Petang semalam masa on the way pergi kerja aku ada lalu kat pusat jualan Perodua area Ampang Point. Mula-mula tu tak perasan sangat bila dua kali pandang baru perasan bahawa kereta baru keluaran Perodua iaitu Axia dah ada ditayangkan kat bahagian luar Perodua. So bila dah sampai ofis, aku ajak la officemate sama-sama pergi mengintai perodua axia bila keluar makan malam nanti.

Tepat 8:30 malam aku dan seorang officemate keluar dengan penuh semangat nak pergi makan sambil tengok kereta axia. Bila sampai je kat Perodua, aku tengok ramai jugak orang kat sana. Ada yang ambil gambar, ade yang cuba pusing 1 kereta tengok bahagian dalaman dan luaran, ada yang cuba duduk kat dalam nak ambil feeling drive. 



Gambar atas menunjukkan Axia Advance warna merah dan kuning dan harganya sekitar RM 42K. Gambar ke 2 pula menunjukkan Axia SE warna putih dan harganya aku tak berapa pasti, mungkin dalam RM 38K kalau tak silap. Manakala ada satu lagi Axia yang berwarna hijau tapi aku tak sempat ambil gambar.

Jujurnya aku suka warna merah sebab nampak menawan. Lagipun warna putih dan kuning dah ada pada model Myvi. Tapi itu dari segi warna, dari segi harga pula perbezaan antara lowest spec dan highest spec hampir mencecah RM 20k.

Apa pun bagi yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut boleh la kunjungi ke Perodua yang terdekat dengan kawasan korang. Kena test drive dulu baru tahu best ke tidak. Buat masa ni aku tak sempat test drive lagi. Jangan lupa share perasaan korang kat komen bila dah test drive kereta ni. 
~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 15 September 2014

Proton Iriz vs Perodua Myvi

Semalam ada benda yang agak menarik berlaku apabila Tun Dr Mahathir ada memandu kereta keluaran terbaru dari Proton iaitu Proton Iriz di Kuala Lumpur 10 hari sebelum pelancaran rasmi pada 25 September nanti. Model terbaru Proton ini dikatakan lebih besar, lebih panjang dan lebih lebar saiznya berbanding pesaing utamanya iaitu Perodua Myvi. Apa pun mari kita tengok dulu beberapa gambar yang diambil dari laman web Paul Tan yang menunjukkan dengan jelas kereta terbaru Proton ini.

























Menarik giler kan ? Kalau ikut taste aku, bahagian belakang kereta ni memang nampak style dan aku suka rekaan keseluruhan terutama sekali lampu hadapan. Setakat ni, maklumat mengenai harga bagi kereta terbaru Proton bermula pada RM 42,4387 bagi model 1.3 Standard Manual dan RM 59,888 bagi model 1.6 Premium Manual dan RM 62,888 bagi model CVT.


JOM BACA : Mencuba KFC Chicken Chop Combo 


Kalau kita tengok pada harga bagi model ini, memang dah sangat jelas bahawa Proton Iriz ini akan bersaing dengan Perodua Myvi yang berada dalam linkungan harga yang tidak jauh bezanya. Persoalannya mampukah model terbaru proton ini memberi saingan yang hebat bukan saja dari segi angka jualan malah juga dari segi keselesaaan dan juga kualiti pesaing terdekat ? Yang tu sama-sama kita akan saksikan pada masa hadapan.

>> Sumber gambar <<<

~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 14 September 2014

Kehidupan Baru Di Ampang

 
Sebenarnya takde la baru sangat sebab aku dah menginap di Ampang selama 9 bulan tapi tak boleh kata lama jugak sebab tak sampai setahun lagi tinggal kat sini. Macam keling pulak aku cakap ni. Apa pun aku tinggal kat Ampang sebab tempat kerja memang kat bandar ni pastu rumah ke ofis pun dalam 4 km je.

Dekat je kan ofis dan tempat tinggal aku ? Takkan ofis di Ampang, tapi nak tinggal di Subang pulak kan ? Baik aku cari tempat tinggal yang dekat supaya mudah nak pergi kerja memandangkan aku pergi kerja dengan memandu jadi tak perlu redah jalan jem lama sangat.

Kawasan Ampang aku tak rasa janggal sangat sebab aku pernah praktikal di sini selama 3 bulan pada tahun 2012. Jadi tahu la serba sedikit jalan-jalan utama dan kawasan yang menarik kat sini. Cuma aku je malas nak selongkar lagi selok belok kawasan kat sini.

Cukup sekadar tahu tempat kerja, masjid, kedai-kedai makan yang best, tempat shopping, tempat lepak, dan paling penting port cuci mata. hahaha.

Sebab utama aku malas nak selongkar kawasan ampang ni adalah jalan yang jem. Tapi kalau mood rajin aku datang selalu jugak lepas habis shif pukul 12 tengah malam, terus drive pusing-pusing tengok kawasan.

Kira ok la sbb tengah malam jalan raya tak sibuk macam siang hari jadi seronok jugak la kenal kawasan. Ok tu je setakat ni. Next punye next entry aku akan cerita kalau aku ada pergi melawat tempat yang best. Kalau ade la. KALAU.


~ Baca Selanjutnya ~

Jobless Kepada Berkerja

Dari bulan 6 waktu habis belajar sampai bulan 9 tahun lepas, aku berada dalam status jobless berjaya. Masa tu ade la jugak cari kerja tapi takde bersemangat pon sebab baru habis belajar dan memang ingat nak bersantai dulu beberapa bulan sebelum masuk alam kerja.

Kemudian bulan 9 aku graduasi. Kalau tak silap tarikhnya 21/9/2013 kot, aku telah selamat grad sebagai graduan kejuruteraan rangkaian komputer dari Universiti Malaysia Perlis. Haaa ni gambar aku masa grad bulan 9 tahun lepas. Hensem kan ? kakaka


Lepas je grad sampai hujung bulan 10 masih lagi dalam mood honeymoon dengan diri sendiri sampai la mak kat rumah pon dah bising suruh aku cari kerja bersungguh sikit.

Bila Mak pon dah bising jadi aku pon mulakan pencarian kerja melalui internet. Banyak jugak minta tapi yang balasnye sangat sikit tak sampai 7 pon. 3 tawaran temuduga aku tolak sebab deskripsi kerja macam tak berapa kena dengan bidang aku walaupun ade la sikit yang berkaitan.

Lagi 3 tawaran aku buat keputusan hadiri temuduga. 2 tempat di shah alam dan 1 tempat di Ampang.

Selang beberapa minggu lepas hadir temuduga ( dalam 2 minggu kalau tak silap ), aku dapat call ditawarkan untuk berkerja di salah satu syarikat di Ampang. Masa tu syukur sangat-sangat dapat tawaran kerja dan terus je terima tanpa fikir panjang sebab aku sendiri pun tak sangka akan dapat.

Jadinya pada 17 Disember 2013, aku secara rasminya tanda tangan dokumen dengan syarikat tersebut dan bermula cerita baru dalam hidup aku. Cerita zaman belajar tak sama dengan zaman kerja. Nanti aku cerita lagi ye.


~ Baca Selanjutnya ~

Setahun Dua Bulan Lenyapkan Diri


Salam. Sedar tak sedar rupanya dah lebih setahun dua bulan aku biarkan blog ni terabai. Last post aku adalah pada 11 Julai 2013 iaitu hari kedua menyambut bulan Ramadhan. Hari ketiga dan seterusnya dah tak ada isi nak tulis sebab penat sangat puasa ( alasan je lebih. ). Lepas puasa sibuk beraya sakan di aidilfitri pulak and then and then jalan-jalan menikmati cuti sambil mencari kerja.

Ahhh kalau alasan tak update blog memang bersepah aku boleh bagi sampai tak larat nak menulis. Tak tahu kenapa dalam minggu ni terdetik di hati aku untuk datang jenguk blog sendiri. Mungkin sebab dah lama sangat tinggal sampai rasa sunyi tak ada tempat untuk meluah sesuatu.

Kehidupan aku dalam setahun dua bulan ni pun bukan baik sangat, ada yang baik tapi part tu akan diceritakan dalam entry akan datang.

Ok la untuk permulaan kembalinya blogging setelah setahun dua bulan ni, aku tak nak tulis panjang sangat. Nanti kalau tulis panjang lain kali takde idea plak. Jadi aku cuba buatkan secara berperingkat supaya akan sentiasa ade benda untuk diceritakan dalam blog ni.

~ Baca Selanjutnya ~