Khamis, 2 Februari 2017

Cara Daftar Perniagaan Di SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia )

Hari ni aku nak berkongsi Cara Daftar Perniagaan Di SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Sebelum nak pergi mendaftar, kena la cari dulu di mana pejabat SSM kat kawasan korang dengan melihat laman web http://www.ssm.com.my/en/contact-us. Since aku tinggal di Selangor jadi pejabatnya ada di Kompleks KPPMS, Seksyen 3, Shah Alam.

Masa nak pergi daftar nanti, jangan lupa sediakan duit berjumlah RM 70 untuk tempoh pendaftaran 1 tahun. Kalau nak buat 2 tahun kos adalah RM 130. Bila dah ada duit, sila bawa sekali salinan kad pengenalan. Aku daftar 2 hari lepas tak perlu pun salinan kad pengenalan sebab semuanya imbas guna mykad je tapi sebagai persediaan bawa bersama 1 salinan supaya tak pening nak cari kedai fotostat nanti.

Next sila bawa pen untuk isi borang kat sana. Aku tengok ada ramai orang yang tak bawa pen dan terpaksa pinjam pen aku semasa nak isi borang.


Borang

Borang nak daftar perniagaan boleh ambil di kaunter secara percuma tapi kalau nak isi siap-siap kat rumah boleh muat turun borang di laman web http://www.ssm.com.my/ms/borang .Borang yang perlu dimuat turun untuk pendaftaran kali pertama adalah Borang PNA42 dan Borang A.

Nak ambil borang di kaunter tak perlu ambil nombor. Pergi je kaunter cakap nak borang daftar perniagaan milikan tunggal. Lepas dapat borang jangan lupa ucap terima kasih kepada pegawai tersebut. Nombor giliran akan dibagi lepas isi borang dan akan di cek oleh pegawai tadi.

1. Borang PNA42



A - Bahagian ni kena isi nama perniagaan yang kita nak daftar. Hari tu pilihan 1 aku letak Detik Instax Enterprise dan pilihan 2 aku letak Detik Polaroid Enterprise. Akhirnya yang boleh daftar adalah Detik Polaroid Enterprise sebab pilihan 1 ada campuran bahasa melayu dan inggeris jadi tak boleh daftar. Aku cuba hujah instax tu adalah produk jadi bahasa apa pun memang orang akan panggil instax tapi pegawai tu tak berapa faham. Tapi takpe la janji masih lagi membawa maksud yang sama walaupun guna nama Detik Polaroid Enterprise.

B - Yang ni kena beritahu servis atau barang apa dijual. Aku isi " Servis cuci gambar dalam bentuk polaroid " dan " Jualan fujifilm instax film " untuk bahagian ni. Beritahu je servis atau produk apa yang dijual. Tulis banyak-banyak pun takpe asalkan menjelaskan pasal perniagaan kita.

C - Ni biasa je tanda tangan, nama, no ic, no telefon.

Borang A


 1. Kalau nama perniagaan ni guna nama sendiri seperti dalam MYKAD sila tanda di kotak atas. Kalau guna nama selain nama di MYKAD contohnya Best Bakery, sila tanda di kotak bawah. 

2. No Rujukan tak perlu isi. Biarkan kosong.

3. Isikan nama perniagaan korang, Cendol Sedap ke, Ayam Power ke, ataupun suka hati korang la.

4. Tarikh mula berniaga letak je tarikh yang korang nak daftar perniagaan ni. Kalau hari ni nak daftar letak la tarikh hari ni.

5. Alamat perniagaan semua ni kalau ada kedai sendiri letak la alamat kedai. Aku buat bisnes online kat rumah je jadi aku letakkan alamat rumah.

6. Jenis perniagaan yang dijalankan sama macam borang PNA42 tadi.

7. Alamat cawangan letakkan kalau korang ada cawangan. Kalau tak ada biarkan kosong.

8. Nama pemilik letak la nama korang. Kalau ada 2 pemilik contohnya suami isteri, dua orang kena hadir di pejabat SSM sebab nak cap jari 2 pemilik.

9. Pengesahan pemilik ni isi je nama , no ic dan tanda tangan. 

Dah siap isi semua maklumat yang berkaitan, pergi ke pegawai yang bagi borang tadi untuk dia cek. Bila semua dah ok, no giliran akan diberi dan beratur untuk sesi pendaftaran.

Bila dah selesai daftar dan bayar sebanyak RM 70, nanti akan dapat satu sijil nama perniagaan dan no pendaftaran yang menunjukkan perniagaan korang sudah didaftarkan. Sijil tersebut akan dapat pada hari yang sama daftar.

Jangan lupa letakkan no pendaftaran di sijil tu di laman web, FB Page, atau IG Shop korang untuk menunjukkan perniagaan yang korang jalankan ni adalah berdaftar.

~ Baca Selanjutnya ~