Rabu, 27 Julai 2011

Entri Paling Menyampah

Jom sama-sama baca entri paling menyampah pernah dihasilkan kat bawah :


Tajuk : Best ke Jadi Femes ?

Best ke jadi femes ni ? aku pun tak tahu best atau tidak jadi blogger femes ni kerana aku tidak femes . Biasanya blogger femes ni sangat dikenali ramai. Entri pun pasti dapat komen sampai puluh2 atau pun ratus.

Jadi femes ni best kerana ramai yang kenal. Pergi mana-mana je pasti ada yang pandang dan ada yang tegur. Lagipun blogger femes ni banyak income kerana trafik yang masuk ke blog sangat ramai.

Tapi walaupun aku tak femes, aku dah gembira dengan keadaan sekarang ni. Aku sempat balas semua komen di blog aku. Income aku pun ok la juga walaupun takde la gempak sangat macam orang lain punya.


Bila aku baca tajuk Best ke jadi Femes ? tu pun aku dah jadi menyampah gila. Bila baca aku jadi penin, baca lagi aku jadi mual, baca sampai akhir terus aku cari baldi. Memang la kau tak cakap pun nak jadi femes kan ? tapi entri dan ayat kau tu nampak macam tengah terdesak je nak jadi femes.

Atau dengan lebih jelas, entri dan ayat kau nampak sangat macam tengah syok jadi femes. Kalau setakat follower 1000 , 2000 , 3000 ni tak payah la buat entri pasal Best ke jadi femes. Kalau trafik setakat 400 - 500 UV sehari macam aku ni tak payah la buat entri Best ke jadi Femes.

Tunggu la sampai trafik beribu sehari baru la buat entri tajuk itu ya. Tak pun tunggu sehingga ada orang betol2 puji kau sangat femes dalam dunia blog baru la kau buat entri bertajuk Best ke jadi femes .

p/s : Agak2 blogger mana yang punya follower bawah 3000 yang selalu buat entri Best ke Jadi Femes ? la la la la la :D
~ Baca Selanjutnya ~

Terima Kasih UniMAP

Kali ni aku nak buat entri ucap terima kasih kepada UniMAP, Perlis. Macam tak percaya je aku buat entri pasal mengucap terima kasih kepada pihak universiti dan lebih tepat lagi ucapan terima kasih ini dituju kepada pihak pengurusan kolej kediaman.

Aku mengucapkan terima kasih kepada pengurusan kolej kediaman UniMAP kerana telah menukar tikar getah daripada warna biru kepada warna pink bagi Kolej Kediaman Kg Wai. LOL tukar tikar getah pun aku ucap terima kasih ?

Eh mesti la ucap terima kasih kerana tidak mengeluarkan belanja pelajar. Lagipun pihak UniMAP memang menyediakan kolej kediaman kepada Semua Pelajar dari awal sehingga la pelajar tersebut tamat belajar. Best kan ? Tak payah serabut cari rumah sewa lepas tu sewa rumah mahal terlampau. ha ha ha untung jadi pelajar UniMAP

Proses pertukaran.. lantai Bogel

Proses pertukaran dimulakan

p/s : Gambar diambil di : http://kazri.blogspot.com/
~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 13 Julai 2011

Cara Mudah Tinggalkan Link

Bagaimana CARA MUDAH TINGGALKAN LINK DI KOMEN ? Biasanya lepas tinggalkan komen di suatu blog, kita juga nak tinggalkan link blog / entri di bahagian komen. Untuk buat macam tu, kita pun taip kod html seperti dibawah :
<a href="URL BLOG">Tajuk Entri</a>


Kali ni nak ajar bagaimana nak tinggalkan link tanpa taip kod-kod macam di atas tu. Bagi Pengguna Firefox, sila ke laman web INI dan download addon Colt 2.5.2 seperti gambar di bawah :


Bila dah siap download dan install ke dalam Firefox, sila tutup dan buka balik firefox anda. Ok kini Colt 2.5.2 dah ada dan step seterusnya untuk copy link mengikut cara di bawah :

1. Halakan tetikus ke tajuk entri anda

2. Right click > Copy Link Text and Location As > HTML Link

3. Ok dah siap copy dan apabila anda nak tinggalkan link di ruang komen, tekan paste dan ia akan nampak seperti di bawah :

<a href="http://aku-freaky-falcon.blogspot.com/2011/07/wordpressorg-dan-wordpresscom.html">Wordpress.org dan Wordpress.com</a>
Right klik, copy link text and location as, Html link... mudah je kan :D

p/s : Untuk Chrome takde... wekkk wekkk
~ Baca Selanjutnya ~