Selasa, 21 Mac 2017

Makan Malam di Al Fateh Steamboat And Grill

Ni kali ke dua kami Makan Malam di Al Fateh Steamboat And Grill. Kali pertama dulu adalah masa bulan April 2016 yang mana aku ada tulis post kat SINI. Kiranya nak dekat setahun jugak la tak datang makan. Sekejap betul masa berlalu kan ??

Macam sebelum ni juga, aku datang makan malam dengan isteri. Anak belum ada rezeki lagi tapi kalau ada pun aku takkan bawa ke tempat stimboat sebab panas dan bising tak sesuai untuk bayi. 

Seperti biasa bila makan stimboat ni, aku lebih fokus kepada makan daging. Jadi malam tu aku bantai daging lembu, daging kambing, dan juga daging ayam. Isteri pula hanya makan sayur sayuran yang murah dan tak menyihatkan badan. haha

Aku dan isteri makan dan bersantai selama 2 jam di restoran tu. Jadi selama 2 jam tu kami gigih memasak segala bahan yang diambil dan aku pula fokus masak daging. 2 jam itu juga aku tengok pelanggan tidak putus-putus datang ke kedai. Walaupun pukul 10 malam masih ada yang datang untuk makan. 



Lepas kenyang dan puas hati makan banyak, kami balik dengan hati yang gembira. Nanti nak pergi lagi untuk kali ke 3. Mungkinkah tahun depan ??? 

~ Baca Selanjutnya ~