Jumaat, 7 Oktober 2016

Hujung Minggu : Fat Spoon, Wonder Milk dan Parkson

Hujung minggu yang lepas macam biasa aku dan Ernie keluar jalan-jalan habiskan masa dengan makan dan cuci mata. Tapi yang banyaknya adalah makan-makan sebab sepanjang petang tu je kami singgah 2 kafe hipster iaitu Fat Spoon dan Wonder Milk. Saja lepak kafe sana sebab ni kali pertama nak cuba makan kat situ.



Yang aku suka singgah kafe macam ni adalah disebabkan kopi diorang. Biasanya kafe hipster ni yang menariknya adalah kopi je. Makannan aku kurang sikit tapi banyak je menu diorang yang best. Lepas lepak kat kafe, kitorang pergi parkson pulak sebab nak cuci mata tapi akhir sekali terbeli bagasi sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi. 

Macam biasa bawah ni aku buat video sepanjang aktiviti hujung minggu lepas. Video pendek je sebab malas nak tunjuk semua. 


p/s : Plan nak g pinang tak jadi. huhu

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 22 September 2016

Cuti-Cuti Melaka Dengan Budak Ofis

3 September yang lepas aku dan lagi 3 orang budak ofis pergi Melaka. Pergi sana dengan 2 tujuan, kenduri kahwin budak ofis dan jalan-jalan pusing melaka. Tinggal kat sana selama 1 malam dan lepas je kenduri tu dalam tengah hari, kitorang jalan-jalan ke bandar Melaka dengan berjalan kaki je sepanjang sungai Melaka tu. Penat tu memang la penat tapi seronok sebab pergi dengan membe dan tujuan aku ke sana mesti la nak tangkap gambar dan video.



Cakap pasal video, ni haaa video blog yang aku rakam sepanjang cuti di Melaka hari tu. Enjoy :


p/s : Oktober mungkin ke Penang lagi.
~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 16 September 2016

Air Terjun Hulu Langat Merdeka 2016

31 Ogos yang lepas iaitu pada hari merdeka, aku dan ernie pergi mandi manda dekat Sungai Gabai, Hulu Langat. Saja pergi sana lepas gian sebab dah lama badan tak kena siram dengan air terjun. Lagipun cuaca kat Selangor ni panas jadi sesuai sangat la kalau pergi berendam kat sana.

Disebabkan hari tu cuti umum, aku sampai dalam tengah hari dapat tengok ramai jugak yang datang. Yang berkeluarga dan bawak anak-anak kebanyakannya mandi di aras bawah je. Aku dan ernie gigih panjat ke atas sikit sebab nak tengok suasana kat atas, maklum la pertama kali datang sini.

Lepas sampai atas sana dan cari port yang sesuai, terus terjun ke dalam air yang sejuk. Kitorang mandi dalam 2 jam lebih jugak dan bila nak pukul 3 petang, aku dan ernie turun untuk keluar makan sebab perut dah lapar lepas 2 jam duk berendam. Bawah ni video yang sempat aku rakam sepanjang main air terjun kat sana. Enjoy !!!!


p/s : Next air terjun Lata Belatan di Besut, Terengganu pulak.
~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 16 Ogos 2016

Lepak di Skypark One City

14 Ogos lepas aku dan wife lepak kat Skypark One City. Ni kali pertama aku pergi sana. Maaf la jakun sikit sebab aku tak explore sangat tempat menarik di Selangor. Pengalaman berjalan di atas bumbung bangunan yang berkaca sampai nampak kat bawah tu agak gayat dan takut tapi lama-lama dah ok dan boleh jalan macam biasa. Kat sini vlog yang aku buat masa lepak sana :


Sekian...

~ Baca Selanjutnya ~

Isnin, 11 Julai 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 2016

Ok hari ni dah hari raya ke 6 tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pengunjung dan pembaca blog ni. Yang bukan pengunjung dan bukan pembaca, takde ucapan untuk korang. haha... gurau je.

Tahun ni raya kat kampung aku di Besut, Terengganu. Alhamdulillah raya agak meriah, banyak melawat rumah saudara mara. Duit raya tak dapat langsung tapi aku dan isteri banyak bagi duit raya kat kanak-kanak yang mana kami jumpa.

Di hari raya ni juga aku kembali aktif buat video blog memandangkan aku dah jangka raya kali ni mesti agak menarik. Kalau video tu tak menarik disebabkan banyak part kena potong kerana tak sesuai dan perlu menjaga aurat saudara dan ahli keluarga terdekat.

Apa pun jom layan video raya yang aku buat dibawah :




Sekian...

~ Baca Selanjutnya ~

Rabu, 29 Jun 2016

Aku Dan Bisnes Kecilan

[ Post ni ditaip pada hari Isnin, 20 June 2016, tapi aku lupa nak publish. Anggap je la hari ni sebagai Isnin bila baca post ni ye. hahaha ]


Hari ni adalah hari Isnin. Mesti korang ingat Isnin aku agak hambar macam korang kan ? Sebenarnya tak hambar macam minggu lepas sebab semalam aku berjaya siapkan order pelanggan Detik Instax dengan cepat. Haha. Dari tengah hari semalam lagi aku pulun edit beratus gambar dan petang lepas asar terus print, dan malam wife bru potong gambar kemudian masuk dalam sampul surat.

Nasib baik aku letak limit siapa yang bayar sebelum 5 petang, akan join postage isnin. Kalau tak letak limit, lepas buka puasa pun ada yang baru bayar untuk 150+ gambar. Memang nangis ah nak siapkan lagi 150 gambar dalam 1 malam.

Tapi tu la ramai pelanggan tak faham. Bayar hari ni dan esok diorang terus nak postage. Kalo 8 orang bayar serentak dalam 1 malam dan sorang tu bagi 100 gambar, boleh mati aku nak edit dan potong 800 gambar dalam 1 malam tauuuu.

Ehh banyak pulak aku komplen dalam post ni. Bukan nak mengeluh sangat cuma aku buat bisnes ni pun sekadar part time je tapi tak sangka pulak sambutan agak bagus sampaikan aku tak cukup masa nak siapkan semua benda ditambah lagi aku pulak ada kerja tetap yang masuk ikut shif.

Ok lah aku nak stop menulis nanti banyak sangat pulak komplen tak bagus pulak. 

Sekian...


~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 23 Jun 2016

Me and Waifu Vs The World Part 1

1) * Wife tengah drive 150 km/h *

Aku : Slow down, Alphard depan tu laju semacam mungkin dia akan masuk lorong kanan x bagi signal.

* Alphard tadi terus masuk lorong kanan x bagi signal *

Wife : Holy Shit... main masuk je. Nape ade orang bangang macam ni bang ?

Aku : Bese la ramai yang bawak kereta besar memang camni.



2) * Aku drive lorong kanan. Depan aku ada kereta slow tak reti bagi laluan tak nak gerak ke kiri.*

Wife : Kiri clear. Potong kiri je kereta depan ni tak reti bagi laluan.

* Aku pun potong kiri.

Wife dan Aku : Nak duk lorong kanan tapi bawak slow. Tah pape... *sambil jeling kereta belah kanan.

Sekian...

~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 18 Jun 2016

Makan Waffle Grid & Go

Semalam pergi Oyu, I mean One Utama. Pergi sana semata-mata nak makan waffle je. Bukan nak shopping raya, bukan nak cuci mata tapi makan waffle je hokayyy. Macam la tempat lain takde jual waffle kan ? Pada hal bersepah je mall lain jual bende alah ni.

Tapi aku dengan wife taknak pergi tempat lain... Nak jugak pergi Oyu walaupun bapak susah nak cari parking dalam tu. Nak sangat-sangat pergi sana sebab first time kitorang makan kat situ, terus jatuh hati pada rasa waffle. 

Booth Waffle Grid & Go tu dekat aras 5, sekali dengan panggung wayang GSC. Aku order yang waffle signature chocolate dan wife pulak order creamy hokkaido. Jumlah 2 waffle tu RM 14.



Sementara duk tunggu waffle tu masak, ambil gambar dulu.


Lepas siap waffle tu, aku dan wife pergi jalan-jalan dan akhirnya cari bangku untuk makan.


Waffle Signature Chocolate

Lepas habis makan, kitorang jalan ke kedai buku Popular. Wife beli 3 buku dan aku tak beli pape pun sebab buku yang beli kat Big Bad Wolf pun tak habis baca lagi. 


Pukul 10:30 malam keluar dari Oyu dan pergi ke kedai makan Murni di Seksyen 7 Shah Alam. Aku order Jiken Chop dan wife tak order pape pun, kenyang katanya. Dalam pukul 11 malam lebih camtu selesai makan terus balik rumah untuk rehat.

Sekian.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 16 Jun 2016

Khamis Yang Hambar Dan Penat

Aku tengah mengantuk sebenarnya. Tiap hari isnin dan khamis memang aku jadi mengantuk giler masa kerja kat ofis sebab semalam tidur tak berapa nak cukup siapkan order customer Detik Instax. Nak buat macam mana kebanyakan dari diorang order dan bayar sehari sebelum pos.


Kalau ramai yang bayar awal mungkin aku sempat siapkan dengan cepat dan tidur dengan secukupnya. 

Huurrmm aku nak merungut lebih-lebih kat sini pun tak bagus jugak sebab ni adalah rezeki yang Allah bagi. Kang kalau banyak sangat merungut nanti takde order langsung baru la nak menyesal.

Alang-alang rezeki tengah mengalir masuk ni, aku kena go on je la walaupun badan dan otak jadi penat sikit. Itu belum lagi ambil kira rancangan aku yang pending dan tak tahu bila nak buat. 

Plannya aku nak up satu website atau blog dengan domain Detik Instax dot com. Fungsi website tu lebih kepada promosi gambar yang aku sedang buat ni tapi dalam masa yang sama ada blog post contohnya kalau aku dan wife pergi kenduri dan ambil beberapa gambar, aku akan print dan tulis blog post kat website tu.

Selain tu segala info mengenai ukuran gambar, senarai pakej, promosi dan contoh-contoh gambar mengikut pakej aku akan letak kat website tu jugak supaya mudah customer untuk rujuk nanti. 

Sejauh mana berkesan cara tu aku sendiri tak pasti lagi tapi disebabkan aku suka mencuba jadi aku akan proceed je dulu dan tengok hasilnya nanti. Kiranya ni try and error je la.

Sekarang ni aku tengah cari masa yang sesuai dan mood yang baik untuk bangunkan website tu. Aku expect mungkin lepas Raya Aidilfitri nanti kot memandangkan bulan puasa ni aku memang penat sangat.

Sekian. Nak rehat dan tidur awal malam ni. 

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 14 Jun 2016

Pancit Lagi

Hari tu 21 Mei 2016 masa aku keluar rumah nak pergi kerja, tiba-tiba nampak tayar kereta aku pancit kat bahagian kiri belakang. Bengang jugak la rasa hati aku sebab 3 tahun aku drive ni kali pertama tayar kereta pancit. Last sekali pergi kerja hari tu bawak kereta wife dengan perasaan bengang sepanjang jalan.



Bila bawak pergi kedai tayar, rupanya ada paku yang melekat kat tayar. Hairan bin ajaib betol. Rasanya aku tak ada parking pun kat tempat yang tak sesuai. Takkan tayar kena paku masa atas jalan pulak kan ??? Giler ape lahai atas jalan raya ada paku.

Ok tu cerita 3 minggu lepas, hari ni masa aku nak pergi kerja awal pagi tadi ada perasan tayar macam kurang angin. Bila picit tayar masih lagi keras dan aku tak suspect apa pun jadi bawak pergi kerja macam biasa.

Pukul 4 petang lepas keluar pejabat tengok tayar aku dah lain macam kempis tu tapi takde la teruk masa kena mula-mula hari tu. Aku pun bawak kereta pergi kedai tayar dan suruh diorang cek sementara kedai masih lagi buka.

Dah sampai kedai abang mekanik ni cakap ada paku kecil melekat kat tayar. Paku tu memang kecik giler macam paku yang orang guna nak ketuk plywood. Tah macam mana paku kecik tu melekat kat tayar kereta pun aku tak tahu. Lepas tampal dengan harga RM 5 baru rasa lega drive dan terus balik rumah.

p/s : 2 tayar kena paku dalam masa sebulan.... damn

Sekian.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 3 Jun 2016

Komen Cerita Teenage Mutant Ninja Turtle Out of The Shadows

Komen Cerita Teenage Mutant Ninja Turtle Out of The Shadows mengandungi spoiler dan siapa yang masih belum tengok cerita ni dinasihatkan agar jangan baca blog post ini. Aku baru je habis tengok cerita ni kat GSC Setia Alam dan berikut adalah komen mengikut pendapat dan citarasa aku sendiri.


Permulaan

Permulaan cerita menunjukkan kesemua 4 watak ninja turtle yang cuba melawan pihak jahat daripada membebaskan penjenayah paling jahat di dunia iaitu Shredder. Shredder berjaya dilarikan dengan menggunakan teknologi teleport dan teknologi ini merupakan aspek dalam menggerakkan plot cerita ini dari awal hingga akhir.

Pertengahan

Pertengahan cerita ni agak membosankan. Aku sendiri tak ingat berapa kali aku menguap masa tengok tadi. Pertengahan ni hanya menceritakan bagaimana ninja turtle cuba untuk menghalang pengikut Shredder daripada melengkapkan senjata teleport.

Akhir

Fight yang last sekali antara ninja turtle dengan Krang. Siapa krang tu ? yang tu korang kena tengok sendiri. Cara ninja turtle lawan agak biasa dan tiada aksi yang menarik dan memeranjatkan sepanjang bahagian akhir cerita ini.

Untuk cerita ini aku hanya mampu bagi 3 bintang dari 5 bintang. Kalau ikutkan plot dan aksi, hanya 2.5 bintang tapi nasib baik ada diselitkan unsur lawak yang mampu buatkan satu panggung gelak ketawa termasuk aku. Bagi aku yang paling tak best adalah disebabkan ninja turtle dan watak jahat terlalu jelas nampak sebagai CGI.

Sekian.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 31 Mei 2016

Mencuba BurgerByte Sek 7 Shah Alam

Semalam aku Mencuba BurgerByte Sek 7 Shah Alam lepas balik daripada jalan-jalan di Ikea. Kedai tu takde jauh sangat dengan Setia Alam tapi kalau korang kayuh basikal mungkin ambil masa setengah jam jugak nak sampai. 


Masa tu dah hampir pukul 11 malam kalau tak silap... jadi bila sampai je kat kedai, aku tengok... Cantekkkk !!! mujur tak ramai orang. Ye la mana ada orang makan western pukul 11 malam. Orang gemuk macam aku je makan western pukul 11 malam lepas tu mengadu kat wife badan dah bulat macam bola.

Menu utama kedai ni semestinya burger. Dah nama kedai BurgerByte takkan menu utama diorang nasi kandar pulak kan ? Tapi semalam aku tak order burger pun, yang aku order adalah chicken chop sebabnya burger banyak sangat sayur jadi aku malas nak hadap sayur terus order menu lain. hahaha

Menu chicken chop yang aku order semalam datang bersama mash potato 2 ketul, carot dan brokoli. Bila masuk mulut, ayam sangat sedap tidak terlalu masak dan tidak terlalu mentah bahagian luar dan dalam. Mash potato menjadi kegemaran aku semalam sebab rasanya agak berlemak sikit kemudian makan bersama sos black pepper yang menjadi penyumbang lagi keseluruhan sedap menu ni. 

Carot agak keras dan besar sikit. Pada aku seeloknya potong kecil dan nipis sedikit supaya senang nak makan dan gigit tapi rasanya segar bila masuk dalam mulut. Brokoli aku tak makan, just suap terus ke mulut wife aku.

Minuman yang aku order semalam adalah Ice Cafe Latte dan bagi aku agak kurang sikit dari segi rasa. Kalau tengok gambar di atas pun boleh tahu rasa minuman aku agak kurang best sikit. Aku pulak tak ingat apa wife order minuman dia tapi rasa agak sedap. Mungkin sebab aku ni lelaki kot jadi dia buat air tak sedap sangat. Wife aku pulak diorang mesti tengok cun dan baeekkk je awek ni sebab tu air buat sedap2. haha

Harga pula bagi aku agak memuaskan dan kena dengan selera makan. Nanti kalau lain kali aku pergi lagi dan aku order burger pulak, aku kongsi dalam blog ni.

Sekian.
~ Baca Selanjutnya ~

Sabtu, 21 Mei 2016

Celcom First Gold Atau First Blue

Sejak celcom memperkenalkan pelan First Gold, aku tengok banyak yang bercakap pasal ni sama ada di facebook mahupun di twitter. Majoriti mengatakan mereka berpuas hati dengan pelan first gold dan buktinya aku selitkan beberapa feedback yang aku dapat dari twitter :


Lepas baca komen daripada orang ramai yang melanggan pelan ini, aku terus ke website celcom untuk lihat sendiri dan baca segala info yang tertulis.


Daripada info diatas, kita dapat tahu bahawa :

- Data yang diberi adalah sebanyak 5GB sebulan.

- Percuma 1.25 GB setiap hujung minggu dan ini menjadikan pengguna mendapat lagi 5GB ( 1.25 x 4 minggu )

- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian

- Penggunaan Yonder Music tanpa had.

- Data yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan hadapan. Aku tak pasti berapa Gb boleh bawa ke bulan seterusnya tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi pusat pelanggan celcom.

Ok diatas sedikit sebanyak maklumat mengenai pelan tersebut. Bagi aku, apa yang diberikan adalah sangat menarik dan bagus kepada pengguna yang begitu memerlukan data internet yang banyak serta panggilan tanpa had dengan hanya RM 80 sebulan.

Sewaktu membelek laman celcom, aku juga ada terlihat satu lagi pelan yang dinamakan First Blue. Berikut adalah info yang tertulis mengenai pelan ini.

Daripada info diatas, kita dapat tahu bahawa pelan first blue ini:

Data yang diberi adalah sebanyak 2GB sebulan.

- Percuma 500 MB setiap hujung minggu dan ini menjadikan pengguna mendapat lagi 2GB ( 0.5 x 4 minggu )

- 50 min masa panggilan dan 50 sms ke semua rangkaian

- Penggunaan Yonder Music tanpa had.

- Hanya RM 45 sebulan.

- Selepas habis had panggilan dan sms, cas sebanyak 20 sen/min/SMS akan dikenakan dan dimasukkan ke dalam bil.

Kalau nak dibandingkan antara dua pelan diatas, sudah tentu pelan First Gold lagi berbaloi kerana banyak faedah yang diberikan kepada pengguna. Namun begitu bukan semua orang menggunakan internet dengan kuota yang banyak.

Bagi pengguna biasa yang tidak mahu bayar terlalu banyak sehingga rm 80 sebulan, mereka boleh memilih pelan First Blue dan hanya perlu bayar sebanyak rm 45 sebulan. 

Buat masa ni aku sendiri tak pasti lagi mahu melanggan pelan yang mana satu. Aku bukan kerap sangat guna internet menggunakan telefon. Pelan 1GB sebulan pun aku tak pernah habis guna sebabnya kebanyakan masa aku online menggunakan laptop. Kalau aku buat keputusan untuk bertukar ke salah satu pelan di atas, nanti aku ceritakan lagi dalam blog ni.

Sekian.

~ Baca Selanjutnya ~

Jumaat, 20 Mei 2016

Kenduri Lagi Part 2

Seperti yang dijanjikan dalam post Kenduri Lagi Part 1 yang lepas, kali ni aku akan cerita pula part 2. Kalau part 1 sampai ke Tampin, Negeri 9, kali ni dekat je dalam negeri Selangor. Nak kata dekat sangat takde dekat jugak kalau korang kayuh naik basikal macam geng-geng kat highway Kesas tu amik masa 2 - 3 jam jugak kot nak sampai.

Nasib baik aku naik kereta jadi dalam sejam dah sampai ke rumah pengantin di Tanjung Karang. Kenduri ni adalah saudara terdekat keluarga mentua aku. Jadi aku kena pergi tunjuk muka hensem aku kat diorang supaya diorang kenal la menantu baru ni.

Nak cerita panjang pun tak tahu nak cerita apa sebab aktiviti biasa kat kenduri adalah salam dengan orang tak kenal, makan-makan, senyum sana sani macam kerang busuk, lepas tu salam nak balik, dan last sekali dapat door gift. So mari layan beberapa keping gambar yang aku ambil.

Berkumpul ramai-ramai dulu sebelum serang rumah pengantin 




Aummm. sedap bubur kacang yang panas dan lembut.

   Budak mana tah ni wife aku snap.

Sekian. Terima kasih.

~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 19 Mei 2016

Komen Cerita X-Men Apocalypse

Komen Cerita X-Men Apocalypse mengandungi spoiler yang agak banyak jadi siapa yang masih belum menonton, dinasihatkan agar tak baca post ini. Ok sekarang boleh mula. Aku baru je balik dari menonton cerita ni di GSC Setia City Mall dan biar aku bagi rating siap-siap untuk cerita ni. Bagi selera aku, aku bagi 4.3 daripada 5 bintang.

bergambar dengan poster x men apocalypse

Permulaan

Permulaan movie ni menunjukkan situasi pada zaman mesir purba yang menjadikan piramid sebagai pusat atau tempat upacara bagi watak jahat ( En Sabah Nur ) yang merupakan mutan yang pertama di dunia memindahkan roh dia ke badan yang baru. Sewaktu upacara pemindahan roh, ada pengkhianatan dan kemusnahan berlaku dan ini menyebabkan proses pemindahan roh terganggu namun tetap dapat disempurnakan oleh pembantunya yang kemudian mati sewaktu dalam prose tersebut.

Pertengahan

Apabila watak jahat telah bangun dari tidur selepas beribu tahun, dia ingin menakluki kembali dunia ini dan telah memilih beberapa mutan ( antaranya storm dan magneto ) untuk membantunya. Sewaktu professor X sedang mencari dan berkomunikasi dengan erik ( magneto ), kuasa Professor X telah menarik minat En Sabah Nur dan ini telah menyebabkan cerebro dan juga minda professor dikuasai oleh watak jahat dalam cerita ni.

Pengakhiran

Bahagian akhir cerita ini menunjukkan perang antara 2 pihak iaitu En Sabah Nur, Magneto, Storm, 2 mutan yang cuba menakluki dunia menentang prof X, cyclop, quicksilver, jean, Night crawler, dan beast. Di akhir peperangan, magneto dan storm berpaling tadah dan bergabung bersama xmen yang lain cuba menewaskan En Sabah Nur.

Siapa yang menewaskan watak jahat dan bagaimana dia menewaskannya ??? Yang tu kena la tengok sendiri ye.

Sekian.


~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 17 Mei 2016

Kenduri Lagi Part 1

Aku rasa content dalam blog aku ni banyak pasal kenduri kahwin sejak beberapa bulan lepas. Nak buat macam mana tiap bulan atau tiap 2 atau 3 minggu mesti ada jemputan terutama sekali jemputan daripada kawan-kawan isteri aku. 

Aku tak ramai kawan jadi tak banyak jemputan kahwin yang aku dapat. Kenduri kali ni adalah kenduri kahwin kawan kepada isteri aku. Majlis berlangsung di Tampin, Negeri Sembilan pada 14 Mei 2016. Aku dan isteri bertolak dari Setia Alam seawal 8 pagi dan sampai di Tampin sebelum 10 pagi. 

Aku bertolak awal kerana isteri aku merupakan salah seorang bridesmaid jadi kena sampai awal untuk membantu pengantin bersiap. Manakala aku pula yang sampai awal kat sana tak tahu nak buat apa selain bersembang dengan beberapa ahli keluarga pengantin. Sepanjang di kenduri, sempat juga aku ambil banyak gambar untuk di buat kenangan. Jom layan gambar-gambar di bawah :



Pertama kali jumpa aiskrim potong macam ni. Sangat sedap.

Tak tahu nak buat apa jadi termenung je la jawabnya.
Pasangan pengantin menuju ke pelamin.


Semua tengah photoshoot jadi aku selfie je.

Lewat petang dalam pukul 6:30 petang aku bergerak balik ke Selangor. Selamat pengantin baru diucapkan kepada mereka berdua. Nanti aku cerita pula part 2 tapi bukan sambungan kepada majlis ni. Part 2 pasal kenduri lain pulak yang berlangsung esoknya iaitu 15 Mei 2016.

Sekian, Terima Kasih.

~ Baca Selanjutnya ~

Selasa, 10 Mei 2016

Penulisan Melalui Pembacaan Confession

 Aku suka baca confession.

Tak kisah confession tu panjang ke pendek. pasal tangkap cinta, pasal frust, pasal kehidupan, semua tu aku main baca je. Selalunya bila baca confession ni aku akan macam faham perasaan yang dialami oleh orang yang bercerita.

Yang paling best adalah apabila sedang baca, seolah-olah aku berada dan hanyut di dalam cerita diorang. Lepas habis baca baru kembali ke dunia nyata. Kemudian sambung baca confession seterusnya dan seterusnya.

Aku jadi kagum pada confession yang berjaya buat aku hanyut dan leka dan tertanya-tanya macam mana diorang ni boleh menulis dengan begitu bagus sampai boleh buatkan pembaca jadi tersentuh dengan penulisan diorang ? Aku nak tulis 1 posting kat blog ni pun jenuh cari idea tapi diorang selamba je cerita dengan santai siap dapat respon banyak lagi dari pembaca.

Setelah fikir dan baca banyak confession, baru aku dapat tahu jawapan kenapa penulisan diorang sangat menarik untuk dibaca. Kebanyakan confession yang ditulis biasanya melibatkan pengalaman yang dicampur dengan emosi pada sesuatu kejadian. 

Yes, emosi.... Cinta, kehidupan, kerja, ahli keluarga, kawan-kawan, sosial, dan banyak lagi confession di luar sana hampir semuanya melibatkan emosi. Apabila emosi dan pengalaman dicampurkan sekali dalam penulisan, gaya bercerita akan jadi lebih real macam mereka sedang berkongsi pengalaman hidup mereka pada kita.

Jadi kalau ada blogger yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapat idea dan cara untuk menulis, aku cadangkan agar banyakkan membaca confession kerana ia merupakan satu penulisan yang santai bercampur dengan emosi dan pengalaman. 

Sebenarnya banyak lagi cara untuk baiki penulisan dan bukan hanya dengan membaca confession. Kalau blog yang berkongsi maklumat, pembacaan confession mungkin kurang sesuai kerana tak banyak yang dapat membantu. Tapi kalau blog peribadi, ia sedikit sebanyak membantu apabila kita mahu bercerita.
~ Baca Selanjutnya ~

Ahad, 8 Mei 2016

Blogger Perlu Belajar Daripada Wartawan

Blogger Perlu Belajar Daripada Wartawan walaupun sekarang ni hampir tiada beza antara wartawan dan juga blogger yang mahir. Malah ada ramai blogger yang mampu menulis artikel yang jauh beretika dan lebih menarik berbanding sesetengah wartawan. Namun bukan semua blogger mampu menulis macam tu. Rata-ratanya hanya salin, ubah suai ayat. kemudian tampal di blog mereka. Disini aku akan kongsikan beberapa tips daripada wartawan yang boleh membantu menghasilkan content menarik minat pembaca.


Guna Tajuk Yang Menarik


Apabila wartawan menulis laporan atau artikel, mereka tahu untuk meletakkan tajuk atau headlines yang boleh menarik pembaca untuk membaca penulisan mereka. Dengan fokus kepada tajuk, anda boleh belajar bagaimana untuk menulis dengan baik dan huraikan isi kandungan secara mendalam dan pada masa yang sama cuba jangan lari daripada tajuk. Kebanyakan blogger memang sudah pandai menggunakan tajuk yang menarik namun apabila membaca penulisan mereka, isi nya tidak sama dengan tajuk malah lebih teruk lagi ada yang langsung tak berkaitan dengan tajuk.

Konsep Keutamaan


Kebanyak artikel dan laporan yang ditulis oleh wartawan mengikut konsep keutamaan. Sebagai contoh, perenggan pertama dan kedua sesebuah artikel itu mengandungi maklumat yang paling tepat dan penting. Kemudian beberapa perenggan seterusnya kita akan dapati isi kandungannya semakin berkurang, dan perenggan akhir sekadar meminta maklum balas daripada pembaca.

Tujuan konsep ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca bahagian paling penting dalam penulisan dan selepas itu pembaca boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembacaan ataupun berhenti setelah mendapat malumat yang mereka kehendaki.

Letakkan Maklum Balas Yang Menyokong


Kalau kita perasan, dalam laporan yang ditulis oleh wartawan, mereka ada masukkan maklum balas dan juga hasil daripada temu ramah yang mereka lakukan. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan oleh blogger dengan mengajukan pertanyaan kepada blogger lain dan hasil daripada pertanyaan tersebut boleh diselitkan dalam artikel yang ditulis.

Mencari Sesuatu Yang Menarik


Hampir kesemua wartawan mempunyai buku alamat dan juga kenalan yang boleh membantu mereka untuk menjadi yang pertama melaporkan sesuatu kejadian. Dalam hal ini, blogger juga boleh menjadi yang pertama melaporkan sesuatu. Salah satu caranya adalah media sosial. Gunakan sosial media seperti facebook dan twitter untuk dapatkan maklumat. Blogger juga boleh hubungi pemilik akaun untuk mendapatkan info yang lebih tepat dan dalam masa yang sama pertanyaan dan maklum balas tersebut boleh diselitkan dalam artikel.

Setakat ini hanya itu saja tips yang dapat kongsikan. Semoga lebih ramai blogger mampu hasilkan content yang lebih menarik dan berkualiti hasil daripada perkongsian tips ini.
~ Baca Selanjutnya ~

Khamis, 28 April 2016

Sekitar Majlis Konvokesyen UITM Shah Alam Kali Ke 84

Sekarang ni musim konvokesyen bagi pelajar lepasan uitm. Adik aku turut konvo setelah hampir setahun habis belajar sejak dari tahun lepas lagi. Macam biasa bila ada ahli keluarga yang konvo, seluruh keluarga turut hadir untuk meraikan majlis yang bersejarah dalam hidup ni.

Pada 26 April 2016 ( Selasa ), adik aku telah selamat menjalani majlis konvo pada sesi petang. Yang turut hadir ke majlis tu adalah, Aku, Ayah, Mak, Adik bongsu, Adik ipar, anak sedara, dan adik aku sendiri.

Majlis selesai dalam pukul 5 petang dan sepanjang hari tu aku sempat ambil beberapa gambar untuk menunjukkan suasana di sana. Jom layan gambar-gambar di bawah :


Turun dari hotel untuk pergi ke masjlis konvokesyen.
 

Ibu bapa dan graduan menunggu bas untuk masuk ke uitm.
 


Lepas beratur dan tunggu jap, akhirnya dapat naik bas.

Dewan Tuanku Canselor.


Naik tangga menuju ke dewan tempat berlangsungnya majlis konvo.

Ada yang dah konvo sesi pagi dan ada yang sedia untuk sesi petang.




Anak sedara yang menunggu mama dia selesai konvo.




Ibu bapa dan ahli keluarga sedang tengok majlis berlangsung di skrin tv.

Selesai majlis, semua berangkat pulang dengan bas yang telah disediakan oleh pihak uitm.

Makan-makan dulu sebelum balik hotel. Penat dari tengah hari sampai petang.

Sepanjang majlis, aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan dari pengangkutan bas uitm sehingga ke tempat ibu bapa menunggu anak mereka.

Yang agak kurang bernasib baik bagi ahli keluarga aku adalah mencari parking kerana bangunan yang menyediakan khidmat parking sudah penuh dan menyebabkan kami terpaksa pusing kawasan sekitar dalam keadaan panas terik untuk mencari parking.

Selain itu bagi aku gerai makanan yang menjual makanan dan minuman mengenakan harga yang agak melampau dan mahal. Semoga pihak uitm dapat memantau harga makanan dan minuman yang dijual di khemah yang disediakan pada masa hadapan.

Sekian...

~ Baca Selanjutnya ~