Wahai Semangat Study

9:00 PTG

Aku tengah lapar jadi sementara nak tunggu kawan-kawan ajak makan malam, aku akan update blog sekejap bagi meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini. Ahaksss

Tak tahu macam mana aku nak jelaskan berdasarkan tajuk yang terpampang kat atas tu. Sekarang sepatutnya aku dah mula study tapi kepala otak masih pening dengan benda mengarut. Takde la mengarut sangat cuma banyak masa dihabiskan dengan benda yang tidak berfaedah.

Masa habis dengan dating ? Eerrkkk jangan salah faham, dah banyak hari aku tak jumpa kekasih hati sejak hari Khamis minggu lepas lagi tapi aku tetap habiskan masa dengan benda lain.

Petang tadi aku kentalkan juga hati untuk study dan ada buka nota Algorithm & Data Structure tapi lepas 10 minit lebih macam tu terus takde rasa nak tengok lagi. Last sekali aku pergi merewang jalan-jalan kat rumah orang lain sambil tengok pemandangan sawah yang terbentang luas tapi malangnya sawah  dah tak jadi hijau kerana musim menuai telah selesai. Lupa nak ambil gambar sawah yang dah tak hijau. Nampak sangat tidak menarik untuk tengok.

Lepas tengok sawah, aku balik rumah untuk tengok laptop. Tapi akhir sekali aku dan laptop saling menjeling mesra. Aku tengok laptop dan laptop tengok aku sebab tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba kawan aku datang dari rumah sebelah dan dia pulangkan pendrive yang mana aku ingatkan benda ni dah hilang. Fuuuuu syukur Alhamdulillah pendrive aku dah dapat balik. Dalam tu ada banyak file yang sangat berguna untuk masa depan aku.

Sibuk je BlackBerry nak posing jugak

p/s : Semangat study sila datang kepadaku dalam kadar yang segera :(

You Might Also Like

13 ulasan

  1. fuh..ku kirimkan semngt study pdmu..haha

    BalasPadam
  2. cepaaattt
    kemari kau
    kalo x aku cekik ko wahai semangat stdy
    hehehehe

    BalasPadam
  3. oh..semangat study aku masa belajar dulu ada lagi simpan sbb dah tak guna lagi lepas kerja ni..kalau nak aku leh bagi.

    BalasPadam
  4. kiz : haha kalau sudi bagi la .. aku sangat memerlukan

    gary : gud luck utk ko gak :)

    BalasPadam
  5. cari semangat study yg hilang tu jap..
    err..xjumpalah...:p
    happy studying yea..:)

    BalasPadam
  6. eleh saje la tu nak tayang BB free...
    hehehe
    gud luck bro
    gua pon sabtu ni start exam

    BalasPadam
  7. sama r oh.. aku pun xde mood nk study.. haha.. mu start exam bilo?

    BalasPadam