Tema blog yang simple

11:13 PG

Korang pernah masuk tak blog forblogger.net , puanbee.com dan juga denaihati.com ? Kalau tak pernah lagi, cepat pergi search kat google sana nun. Bagi siapa yang pernah masuk pasti tahu bagaimana rupa paras blog mereka kan ? Yeepp blog mereka sangat simple dengan tema keputihan tapi tetap nampak sangat menarik dan juga kemas lebih-lebih lagi forblogger.net tu. Masa awal aku buat blog dulu, aku tak berapa suka tema blog keputihan yang nampak agak kosong. Bagi aku rupa macam tu nampak sangat boring kalau pandang lama-lama.

Tapi setelah beberapa bulan aktif dengan blog dan banyak blogwalking, aku jadi tertarik pula dengan blog yang menggunakan tema simple keputihan ni. Tak tahu kenapa aku boleh tertarik dengan tema putih tapi bila masuk je blog yang simple macam diorang, rasa terpikat pula. He he aku memang suka nilai first impression blog seseorang berdasarkan rupa paras terlebih dahulu. Bila nampak ok dan kena dengan mata aku, baru la aku baca post yang ditulis.

aku pernah tanya kat seseorang pasal kesesuaian blog aku menggunakan tema putih tapi jawapan yang diterima agak mengecewakan. Jawapan yang dia bagi adalah " macam takde identiti ". errkk betul ke macam takde identiti kalau guna tema putih untuk blog ? Bagi aku, identiti blog tu terletak pada penulisan. Tak kisah la tema ape pun yang digunakan tapi kalau penulisan tu bercirikan cerpen menarik, tetap dianggap blog cerpen walaupun tema blog tu macam gothic.

Aku ni dari tadi duk sembang pasal tema blog simple dan putih tapi blog aku sendiri warna biru. Ape cer ni bro sembang kencang je ?

Aku memang berhasrat dan bermimpi untuk tukar tema blog ni kepada yang lebih simple cuma sekarang ni masa yang tidak mengizinkan. Tunggu lepas habis periksa akhir semester baru ada masa nak online 25 jam dan kalau ade rasa rajin, mungkin aku akan tukar. Kalau rasa malas memang pakai yang ni je la jawabnya. Oh ya ada kawan aku tanya kenapa blog aku biru semacam je ? Macam blog barisan nasional. Haha aduyai sampai ke situ sekali dia fikir. Sebenarnya takde unsur politik ape pun dalam blog aku ni. Cuma taste je nak biru.

P/s : ok nak sambung study. Doakan ilmu mudah lekat dalam mindaku. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. tema skrg ok je. kemas.gudluck exam

    BalasPadam
  2. gua pun nak tukar template gak.... tunggu habis final.... biru pon macam cool je.....

    BalasPadam
  3. akak dah lama tak tukar theme..
    dulu masa pakai theme yang sekarang ni pernah jugak nak biarkan putih semua..'tapi sikit2 pi tambah sana biru sini biru hilang terus apa yang akak niat nak buat awal2 tu...heheheh..

    tapi rasanya kalau nak pakai theme macam depa tu mungkin sekejap je kot sebab kosong buat akak cepat jenu..:p

    BalasPadam
  4. KAK BUI PULAK DARI GELAP KE TERANG,DARI TERANG KE GELAP..TAK TAULAH KENAPA CEPAT SANGAT JEMU..ASYIK2 NAK TUKAR JER

    BalasPadam
  5. blog puanbee tk boleh buat contoh , sbb suka2 hati je nak tukar theme tu nanti , tp yg paling bertahan putih lah ,

    dengan warna putih , jadi senang reader nak tengok apa yang menonjol ..

    BalasPadam
  6. blog sy pun putih gak..tapi tetap selit2 dgn kaler pink sikit..hihi

    BalasPadam