Menu Makan Untuk Hari Ni
9:02 PTG
Sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal hari ni kerana tiada apa yang menarik berlaku dan aku hanya duk kat rumah je. Ermm tadi ada la juga pergi pindah barang ke rumah pakcik sempena kenduri pada hari isnin ni. Takde ape yang menarik pun pindah barang tadi dan hanya dapat penat dan peluh sampai basah baju dan bau hapak. Tapi seronok la juga dapat membantu orang.
Aku ni sekejap tak menarik dan sekejap seronok. Entah mana satu yang betul tak tahu. Ok lompat pada tajuk kat atas, hanya makanan je yang mampu aku sembang pada malam ni. Bab makan memang kepala otak aku sentiasa banyak idea sampai nak update 2 atau 3 kali sehari pasal makan pun aku boleh buat.
Tengah Hari tadi menu adalah udang masak merah buatan emak. Sedap memang sangat sedap tapi part yang paling aku tak suka pasal udang adalah kulitnya. Aku ni slow sikit dan buang kulit udang. Bila nak buang kulit udang pun dah slow, memang masa makan pun jadi slow juga la jawabnya. Tapi bila dah berjaya buang kulit, Fuuuhhhh memang nikmat dapat makan dan rasa masakan emak tersayang.
Kenyang makan udang untuk tengah hari, siapa boleh teka apa aku makan untuk snek petang pula ? Jeng jeng jeng siapa dapat teka apa aku makan untuk snek petang tadi, aku akan belanja dia makan. Tapi masa dah tamat jadi aku akan umumkan jawapan untuk snek pada petang tadi. Untuk snek, aku makan kek :
Eh salah !!! ni kek secret recipe. Memang aku ada makan kek petang tadi tapi bukan kek yang sedap ni. Kek aku makan snek petang adalah :
Taaraaa ini dia kek aku makan petang tadi. Well ni kek kahwin pakcik aku yang dibawa balik hari akad nikah tu. Kek boleh tahan besar juga dan separuh dah bagi kepada saudara-mara. Yang separuh lagi diorang bagi kat keluarga aku. Sampai hari ni tak habis lagi kek ni. Yang makan banyak kek dalam rumah ni pun hanya adik dan aku je. Yang lain makan sikit dah taknak.
Ok la dah panjang sangat aku sembang pasal makanan. Kan aku dah cakap kalau pasal makanan memang aku boleh taip panjang. Aku nak pergi rehat jap sementara cari mood untuk update blog satu lagi iaitu Demn Blog ( http://www.beskalbuwok.com/blog/ )
2 ulasan
wah... sedapnyer nak cikit....:-)
BalasPadampn sheila : memang sangat sedap kak. hehe :)
BalasPadam