Kekecewaan dan kerisauan
8:17 PTGSejam selepas aku update blog petang tadi, aku kemudian online menggunakan telefon untuk membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog firdaus life ni. Meskipun setiap post yang aku taip tidak mempunyai komen yang banyak seperti blog-blog yang lain namun aku tetap bersyukur kerana masih ada yang sudi baca dan tinggalkan komen di blog ni. Setelah masuk ke dalam blog pada petang tadi, aku dapati ada 5 komen yang di tinggalkan oleh sahabat blogger.
Maka dengan sepantas motor yamaha lc aku cuba klik bahagian komen untuk membaca apa yang ditinggalkan oleh blogger lain. Setelah terpampangnya kotak komen tersebut, aku pun membaca dengan teliti segala komen yang ada kat situ. Habis saja baca komen, aku sangat terkejut apabila mendapati ramai yang mengatakan post yang aku taip petang tadi agak XXX apabila ada ditulis mengenai adengan aku mandi.
Humm aku berfikir sejenak. Betul ke apa yang aku tulis pasal adengan mandi tu agak XX sikit ? Bagi mendapatkan kepastian yang lebih jelas, maka aku pun membaca sekali lagi post yang ditaip pada petang tadi. Selesai saja membaca post tersebut sebanyak 2 kali, aku dapati tiada unsur XXX yang terlampau dimuatkan. Yang ada hanya menceritakan situasi aku nak mandi dan tengah mandi yang diulas secara kasar tanpa ketelitian yang halus.
Kemudian aku cuba untuk membalas komen mereka semua bagi menjelaskan situasi sebenar dalam post yang aku taip pada petang tadi. Setelah sign in akaun blogger, aku kembali ke halaman firdaus life untuk membalas komen blogger. Namun yang malangnya, kotak komen tidak muncul walaupun dah sangat lama aku tunggu loading dan juga refresh banyak kali. Mungkin browser telefon aku ni tak support bahagian komen. Tapi tu semua hanya andaian aku sahaja kerana sebab yang sebenar aku sendiri pun tidak tahu.
Dibelenggu dengan kekecewaan tak dapat balas komen, maka aku save dulu apa yang aku tengah taip sekarang ni. Selesai saja save, aku pun segera melihat pada jam telefon bagi mengetahui waktu yang tepat. Jam menunjukkan sudah pukul 7:30 petang dan aku yang sedang liat bergolek di atas katil terus bangun menuju ke bilik air bagi mengambil wuduk.
setelah selesai berwuduk, aku kembali masuk ke bilik dan menghamparkan sejadah ke arah pintu bagi menunaikan solat maghrib. Habis saja solat maghrib dan bacaan doa, aku kembali ke katil yang mana kemudiannya menjadi tempat aku merebahkan badan. Sambil berbaring dan mata aku memandang ke siling bilik, otak aku tengah ligat berfikir mengenai peperiksaan akhir semester dan kerisauan akibat daripada sering lupa mengenai apa yang telah aku belajar.
Setelah beberapa ketika berkhayal dan hanyut dalam kerisauan, Fikiran aku terganggu apabila mendengar telefon berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Dalam keadaan yang malas, aku capai juga telefon dan membaca mesej yang diterima. Mesej tu datang daripada teman wanita aku dan dia sekarang ada di stesen bas kuala perlis bagi menghantar kawannya pulang ke kampung.
Selesai balas mesej, aku kembali sambung menaip post yang telah aku save tadi. Sambil berbaring di atas katil, aku taip post yang mana aku juga sedang fikir mengenai subjek yang perlu aku study sebentar lagi. Siap taip terus aku tekan send tanpa baca terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 ulasan
Selamat berstudi..
BalasPadamTajuk entri terbaru di blog JR: "Apa Dah Jadi...Diana Danielle - Farid Kamil Tak Jadi Kahwin"
isnin 2nd paper!!!!!!
BalasPadamjom stadi
haziq : lol dah second paper ke ? aku x start lg
BalasPadamdiana : tulis jam buat ape kak ? huhu