Selamat Tahun Baru Cina 2012

10:28 PG


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat-sahabat saya bekas pelajar Sek Men Tengku Mahmud 2, Kolej Matrikulasi Melaka dan juga kepada rakan-rakan sekelas Kejuruteraan Rangkaian Komputer, Universiti Malaysia Perlis. Gong Xi Fa Cai dan Kung Hei Fat Choy :)


Ok itu dia ucapan untuk kawan-kawan aku yang menyambut Tahun Baru Cina. Erkk ada salah ke ucapan tu ? Kalau tersalah tu harap maaf la ye sebab aku main tulis berdasarkan apa yang aku pernah baca je. Hari ni juga hari dimana saudara aku mengadakan 3 majlis serentak dalam 1 hari.

Majlis pertama adalah solat sunat hajat sempena perpindahan makcik aku ke rumah barunya. Lepas tu dalam tengah hari dan petang sikit ada majlis sambut menantu sempena perkahwinan pakcik dan ada makan-makan. He he aku kalau bab makan memang sah la laju je menuju ke majlis. Yang ke 3 pula pada waktu petang sikit ada majlis pertunangan sepupu aku yang turut dilakukan di rumah yang sama.

Jadi hari ni saja aku dah ada 3 majlis untuk 1 rumah ni. Tengah hari jap lagi baru nak pergi untuk makan, makan dan makan. Haihh doakan la badan aku tak naik secara mendadak pada cuti selama sebulan ni. Kenduri banyak lepas tu makan pun banyak. Memang sah la berat badan pun akan naik dengan banyak. 

p/s : Seronoknya dapat makan gulai kawah. yam yam

You Might Also Like

10 ulasan

  1. Gong Xi Fa Cai bukan bermakna Selamat Tahun Baru. JIka nak tau makna sebenar sila singgah di blog JR...

    BalasPadam
  2. jr : oh apekah maksudnya. jeng jeng

    mohd : makan dan makan. haha

    BalasPadam
  3. KAK BUI HARI NI G SEBUAH RUMAH JER..ITUPUN DH KENYANG MELAMPAU SBB TUAN RUMAH HIDANG AYAM KFC..

    BalasPadam
  4. bui : hui makan kfc utk kenduri ke kak ? best gile mcm tu

    kiz : slmt malam kiz

    BalasPadam
  5. Clara smlm g kuantan.. Dpt angpaw.. hahhaha..

    BalasPadam
  6. clara : waaa banyak ke angpaw dapat tu. share la sket :P

    BalasPadam