Wahai Semangat Study
9:00 PTG
Aku tengah lapar jadi sementara nak tunggu kawan-kawan ajak makan malam, aku akan update blog sekejap bagi meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini. Ahaksss
Tak tahu macam mana aku nak jelaskan berdasarkan tajuk yang terpampang kat atas tu. Sekarang sepatutnya aku dah mula study tapi kepala otak masih pening dengan benda mengarut. Takde la mengarut sangat cuma banyak masa dihabiskan dengan benda yang tidak berfaedah.
Masa habis dengan dating ? Eerrkkk jangan salah faham, dah banyak hari aku tak jumpa kekasih hati sejak hari Khamis minggu lepas lagi tapi aku tetap habiskan masa dengan benda lain.
Petang tadi aku kentalkan juga hati untuk study dan ada buka nota Algorithm & Data Structure tapi lepas 10 minit lebih macam tu terus takde rasa nak tengok lagi. Last sekali aku pergi merewang jalan-jalan kat rumah orang lain sambil tengok pemandangan sawah yang terbentang luas tapi malangnya sawah dah tak jadi hijau kerana musim menuai telah selesai. Lupa nak ambil gambar sawah yang dah tak hijau. Nampak sangat tidak menarik untuk tengok.
Lepas tengok sawah, aku balik rumah untuk tengok laptop. Tapi akhir sekali aku dan laptop saling menjeling mesra. Aku tengok laptop dan laptop tengok aku sebab tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba kawan aku datang dari rumah sebelah dan dia pulangkan pendrive yang mana aku ingatkan benda ni dah hilang. Fuuuuu syukur Alhamdulillah pendrive aku dah dapat balik. Dalam tu ada banyak file yang sangat berguna untuk masa depan aku.
Sibuk je BlackBerry nak posing jugak
p/s : Semangat study sila datang kepadaku dalam kadar yang segera :(
13 ulasan
fuh..ku kirimkan semngt study pdmu..haha
BalasPadamhaha thanx cik teddy :D
BalasPadamcepaaattt
BalasPadamkemari kau
kalo x aku cekik ko wahai semangat stdy
hehehehe
aimie : lol dasyat gilee
BalasPadamgood luck exam....shuuuuu...g study..
BalasPadamhahhaaa,
BalasPadamsila study yerkk,,
thanx all :)
BalasPadamgudluck bro... :]
BalasPadamoh..semangat study aku masa belajar dulu ada lagi simpan sbb dah tak guna lagi lepas kerja ni..kalau nak aku leh bagi.
BalasPadamkiz : haha kalau sudi bagi la .. aku sangat memerlukan
BalasPadamgary : gud luck utk ko gak :)
cari semangat study yg hilang tu jap..
BalasPadamerr..xjumpalah...:p
happy studying yea..:)
eleh saje la tu nak tayang BB free...
BalasPadamhehehe
gud luck bro
gua pon sabtu ni start exam
sama r oh.. aku pun xde mood nk study.. haha.. mu start exam bilo?
BalasPadam