Dah Jadi Macam Anak Dara

1:16 PTG

Sepanjang malam tadi dalam pukul 3 pagi, daerah Besut, Terengganu mengalami hujan yang lebat dan berjaya menggoda aku untuk tidur. Biasanya aku tak tidur malam dan selepas subuh baru nak panjat atas katil. Bangun pagi tadi dalam 6.30 rasa macam sejuk semacam je tapi kena bangun juga sebab aktiviti utama aku waktu pagi adalah membeli sarapan untuk aku dan juga kepada ahli keluarga sementara yang lain sedang siapkan diri untuk pergi sekolah dan kerja.

Selepas balik daripada beli sarapan, hujan masih lagi turun dengan lebat tanpa tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan berhenti. Mulanya aku nak bersarapan dulu tapi disebabkan hujan yang sejuk dan bilik aku pun berlipat kali ganda sejuk, maka aku tewas dengan nafsu yang menggoda untuk merebahkan badan di atas katil. Tanpa aku sedar, aku dah pun terlena sambil dibuai mimpi sedang update blog. Ni la akibatnya jika mempunyai banyak blog sampai boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Dalam pukul 10.30 pagi aku terjaga dan terus bangun. Bunyi air hujan pun sudah tidak ada menandakan hujan telah pun berhenti. Aku bangkit daripada katil dan terus basuh muka di bilik air. Tiba-tiba perut menyanyi dengan gembira menandakan aku sedang lapar. Dengan kelajuan halilintar aku segera capai bungkusan sarapan yang dibeli pagi tadi. Makanannya adalah nasi bungkus lauk daging goreng dan ini memang sarapan kegemaran aku.

Selesai sarapan, aku jadi blurr sebab tak tahu nak buat apa. Memandangkan rumah pun agak bersepah, jadi aku buat keputusan untuk kemas rumah dan sapu lantai. Bab menyapu lantai takde penat sangat tapi bab menyusun dan mengemas tu satu kerja yang buatkan aku berpeluh. Rumah aku dah la banyak barang seperti buku dan adik-adik aku yang gunakan buku bukan nak letak di tempat asal selepas belajar. Masa sedang kemas buku, aku terpandang satu bahagian iaitu tempat gathering segala buku cerita aku. Waaaa semakin lama semakin banyak kembali buku aku.


Buku aku semua cantik dan memang aku jaga dengan rapi umpama menjaga seorang kekasih tapi yang merosakkan kecantikan buku aku adalah manusia-manusia yang pandai meminjam tapi tak pandai menjaga. Sejak 2 buku aku rosak teruk setelah dipinjam, aku dah tak bagi sesiapa pinjam lagi buku yang aku miliki. Aku lebih rela dipanggil kedekut haji bakhil daripada memberi pinjam dan merosakkan buku kesayanganku.

Alamak aku emosional pula. Ok kemas buku dah, sapu lantai dah, kemas meja belajar dah, dan aku pun dah habis kerja tak tahu nak buat apa. Jadi nak hilangkan bosan, aku kembali ke depan laptop dan buka lagu sambil hiburkan diri sendiri yang keseorangan di rumah. Nak pergi jalan-jalan kereta takde, kawan takde, jadi terpaksa la duk rumah sambil tengok komputer umpama hidup takde life.


Rumah takde orang, jiran tinggal berjauhan, sistem komputer best, dan speaker pun best. Jadi pasang speaker kuat-kuat sampai bergegar bilik. Sambil dengan radio Hitz.fm online, aku pun main dengan komputer sikit bagi mengubah setting yang ada pada sistem operasi ni. Laptop aku asyik masalah je kebelakangan ni. Nampak macam kena angkat yang baru je tapi duit masih kering. Terpaksa la bersabar dulu buat masa sekarang dengan kerenah laptop ni.


p/s : Pada waktu petang lagi tak tahu nak buat ape. Fuuuuuuuuuuu

You Might Also Like

11 ulasan

  1. rajin sangat nie...leh pinjam specker

    BalasPadam
  2. hijab sang pencipta dengan buku inheart tu..best

    BalasPadam
  3. memang anak dara la ni, haha

    BalasPadam
  4. haha...best kot lepak rumah sorang2...buka speaker kuat2...layan woo...haha~

    BalasPadam
  5. dieyla : takde rajin sangat. sbb bosan je

    hafizal : haha boleh boleh

    fecry : masa bosan baca la bro

    intan : yep semua best

    keroro : caih ko pun

    ezad : layan memang layan tp bosan

    BalasPadam
  6. diana : yang tu tak pandai kak. haha

    BalasPadam
  7. Peminat tegar Harry Potter. Tapi tapi ada novel Ayat-ayat Cinta. Fuhhhhh.. Jiwang bro! Hahaha :D

    p/s: orang tak reti bertanggungjawab sebagai peminjam memang macam tu -.-

    BalasPadam
  8. zahirah : demn gua digelakkan. haha biasa la mat jiwang skali skala

    BalasPadam
  9. wahaha ! banyak gila buku.. nak pinjam bole? bosan gak .... tgh cuti sem . aduhaii

    BalasPadam