Di suatu petang
6:04 PTGJam dah menunjukkan pukul 5 petang dan aku pun dah rasa penat semacam. Nak kata penat otak, tapi aku bukan study hard sangat pun. Setakat tengok dan kira-kira sikit bagi mengembalikan semula ingatan yang dah lama hilang. Tiba-tiba aku terasa badan sangat panas dan peluh mula membasahi badan aku sepanjang petang ni. Cuaca di negeri perlis seperti di kawasan gurun. Siang hari sangat panas umpama membakar kulit manakala pada malam pula sejuk dan kadang2 berangin dengan kuat.
Tanpa fikir panjang aku terus masuk dalam bilik dan on kan kipas yang kaku melekat di dinding. Kipas dibuka dengan kelajuan maksima sambil badan aku rebahkan di atas katil. Dalam 30 saat aku bergolek atas katil, aku rasa sangat tak selesa kerana badan yang dibasahi dengan peluh tadi menyebabkan rasa melekit. Lantas dengan segera aku buka baju dan terus campak ke atas katil. Kain tuala yang tersidai di tepi aku capai dan dengan segera aku ikat di pinggan. Selesai saja mencampakkan seluar di tempat persidaian dalam bilik, aku terus menuju ke bilik mandi.
Dalam bilik air, aku buka paip mandi sampai habis pusing kemudian aku biarkan air turun mengalir dari rambut dengan sangat laju. Otak aku tak mampu lagi untuk berfikir dan aku hanya biarkan diri tenggelam bersama kesejukan air yang menyegarkan badan. Bila rasa dah cukup segar dan sejuk, aku tutup paip air kemudian aku ambil kain tuala untuk keluar daripada bilik air. Masuk saja dalam bilik, aku terus mengambil telefon blackberry untuk tengok waktu sekarang. Rupanya dah masuk 5:30 petang dan aku telah berada dalam bilik mandi selama hampir 15 minit.
Kemudian blackberry aku berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk dan aku sangat pasti tu adalah mesej daripada teman wanita aku, ernie musliana. Dengan badan yang masih basah dan berkain tuala, aku berbalas mesej dengan teman wanita aku tu. Dia beritahu aku yang dia nak keluar berjogging dan aku membalasnya supaya berhati-hati semasa berjogging agar tidak berlaku sebarang kecederaan. Selesai balas mesej, aku pakai kain pelikat bersama baju kolar bulat yang nipis. Kemudian aku hamparkan sejadah bagi menunaikan solat fardhu asar.
Habis saja menunaikan solat asar, aku kembali mengambil telefon blackberry dan menaip sesuatu sambil berbaring diatas katil untuk update blog. Takde ape yang menarik untuk ditulis dan aku hanya mampu menceritakan situasi sejam yang lalu. Selesai saja menaip, terus aku tekan menu send untuk di update tanpa aku membacanya terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
5 ulasan
hahahahaha
BalasPadamikat tuala di pinggan.
LOL
tak baca balik rupanya....
dah macam cerita lucah pon ada juga...
siap mandi lagi...
hehehehehehe
dah 15 sx dah citer ni hahaha..;p..siap adegan mandi..hahaha..
BalasPadamTak setia sungguh, awek ajak joging pun tak nak ikut. Nanti org kebas di trek joging baru tau...huhuhu..
BalasPadamTajuk entri terbaru di blog JR "Kena Denda RM120,000 Dan Hilang Kerja Kerana Punya Dua Anak"
haha...ape la ko ni...dah jadi mcm karangan tp mcm xx..hahaha
BalasPadamkarangan mengenai masa saya sejam yg lepas.. ngeuhehe, jd karangan spm memang gempak larh!haha
BalasPadam