Tema Hitam Putih Pula
9:04 PG
Semalaman aku godek template blog untuk ubah mengikut citarasa terbaru. Sebenarnya takde la semalaman sangat kerana aku start ubah dalam pukul 4 pagi dan siap pada waktu hampir subuh. Tak sampai 2 jam ubah template ni kerana masih menggunakan template asal cuma yang diubah hanya tema warna saja.
Kalau pasang template yang 100% baru biasanya memang aku akan ambil masa selama 1 malam untuk siapkan dan berasa puas hati. Banyak yang kena ubah dan ambil kira seperti kelajuan loading blog, lebar, dan yang paling penting adalah mesra dengan enjin carian.
Asalnya aku nak pakai template baru yang lebih simple seperti Twenty Eleven produk wordpress kat bawah ni. Tapi selepas aku test template tu, ade benda yang aku tak suka iaitu bahagian sidebar tidak muncul apabila pembaca memaparkan single post. Puas aku cari penyelesaian masalah tu tapi sebab aku ni bengap sikit bab coding, jadi tak dapat baiki masalah tu.
Bila tak dapat baiki masalah kat template di atas ni, maka aku buat keputusan untuk kekal dengan template yang lama ni saja. Kemudian aku buat keputusan untuk menggunakan tema warna hitam dan putih bagi penampilan baru blog ni yang dah sangat lama aku tak ubah.
Kenapa Hitam dan Putih ?
Yang tu aku sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana tapi yang jelas aku hanya mahu sesuatu yang kelihatan simple saja. Jadi kombinasi warna hitam dan putih memang nampak simple disamping menimbulkan kontra akibat perbezaan warna yang terang dan gelap.
Oh ya aku bukan saja ubah tema warna, malah aku ada juga menggunakan petak-petak pada bahagian background blog ni. Sebenarnya aku dah cukup bosan tengok background blog yang kosong tanpa ada corak jadi pagi tadi aku cuba la masukkan gambar petak sebagai background. Bila view je terus kena dengan mata aku. Kalau ada siapa yang tak berkenan tu harap maaf la ye kerana ni blog aku.
Lepas puas hati dan lega pandangan baru blog, aku pergi menunaikan solat Subuh. Lepas subuh aku dengar ada orang sedang memasak di bahagian dapur. Perut sangat lapar sebab dari semalam lagi tak makan lepas tu pagi ni ada orang menggoreng, memang rezeki di waktu pagi la jawabnya.
Bila aku skodeng bahagian dapur, aku tengok mak tengah masak mihun goreng bersama sotong. Waaaaa terbaik la sarapan pagi mihun goreng. Nak tengok rupa mihun goreng dan sotong ? Mari skodeng kat bawah ni.
p/s : Lepas kenyang sarapan, katil la jawabnya. haha
10 ulasan
ok la tuh... nampak kemas... hehe
BalasPadamsalam..selamat pagi. =)
BalasPadamme also suke black&white.nampak simple.ringan blog dan cepat loadnya.
bestnya pandai godek2 sndri...sy nih ape pun xreti...blog pun gonjeng je..huhu
BalasPadamyg ni smart la freaky.. =)
BalasPadamBOLEH TAHAN..
BalasPadamhuu rajen lah ko..aku da lame tak ubah dsign blog..malas~
BalasPadam*sdapnye bihun gorang sotonggg
putih suci...aku pnya wallpaper lappy yg tema putih suci...
BalasPadam*untungla dah balik rumah...aku jgak yg masih di sini..
pha is : terima kasih :)
BalasPadamkhumaera : selamat petang ( baru jage ). me pun baru suka hitam putih ni
munnafendy : takde pandai. try ubah je. kalau salah boleh undo balik
cik teddy : smart eh ? thanx :D
bui : Boleh ke tahan ni ? huhu
akoo pae : takdenye rajin. ni sbb dah lama x ubah
azi : lol azi bila nak balik ? exam abis 20 ke ?
azi teman teha...hbis exam hari 2 lagi...
BalasPadamazi : haha teman nik... :D
BalasPadam