Mencuba Canon EOS D600

9:30 PG

Semalam adik aku yang belajar di Uitm Melaka baru sampai ke rumah sempena cuti sambutan perayaan tahun baru cina. Pulangnya dia ke Besut sambil membawa balik kamera yang baru dibeli iaitu Canon EOS D600. Memandangkan kamera yang mahal gila kambing ni dah singgah kat rumah, maka aku pun ambil kesempatan untuk cuba sendiri merasai kehebatan prestasinya.

Setelah beberapa puluh keping gambar diambil, ternyata aku rasa cukup puas hati dan sangat mantap dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Lepas tu adik aku ajar cara menggunakan manual fokus. Apa barang beb kamera mahal tapi guna Auto fokus je. Kualiti gambar pun kurang menyerlah kalau nak dibandingkan dengan Manual fokus.


Jadi sepanjang malam tadi aku hanya main dengan kamera ni je. Cuba selongkar beberapa fungsi asas seperti zoom, iso, aaaaaaaa lepas tu ape dah aku tak ingat apa yang aku duk main semalam sebab banyak sangat. Tapi memang sangat seronok untuk cuba sendiri mengambil gambar menggunakan kamera ni.

Tiba-tiba nafsu aku berbisik menggoda aku supaya membeli sebiji kamera DSLR memandangkan kamera digital yang aku pakai sekarang ni sudah cukup lama iaitu sejak tahun 2007 lagi. Haiisshh tak boleh beli lagi kerana aku lebih nak tumpu kepada laptop baru. DSLR tunggu dulu ye. Nanti abam Firdaus angkat laptop baru, lepas tu baru la angkat kamera mahal gila babeng ni.


Keutamaan bagi aku adalah laptop berbanding kamera ni kerana aku bukan jenis yang suka ambil gambar sangat. Setakat sekali dua nak lepas gersang tu boleh la tapi laptop lebih menggoda aku berbanding dslr ni. Aarrrgghhh duniawi semua ni. haha

You Might Also Like

7 ulasan

  1. memang gile laptop r.. kalau aku, dpat dslr sbijik.. berair mulut ni

    BalasPadam
  2. zul : dslr bukan buleh guna sokmo. laptop 24 jam guno boh

    BalasPadam
  3. grrr kalau dpt sebijik ni, tak tidur 54 jam dila -_-

    BalasPadam
  4. Memang kaya sangat dah nak beli kamera ni. Haha

    BalasPadam
  5. Teringin jugak..
    huhuhhu..

    tpi tak mampu..

    BalasPadam
  6. saddila : amboi x tidur 54 jam tu

    zahirah : xde la kaya pun.. nafsu je sume tu

    lia : same la tp x mampu lg.

    BalasPadam
  7. kwn clara ada kamera DSLR.. Gilak best tgk.. dia sllu gntg kat leher dia.. tp kamera dia da kne amek olh parents dia sbb kptusn exam jatuh..

    Smelah.. clara klu ada duet bli laptop dlu.. Susah takde laptop sndri nieh..

    BalasPadam