Apa Aku Nak Buat Hari Ini
12:46 PTG
Ehem ..Bangun subuh pagi tadi ayah aku kejut dengan menampar pada bahagian punggung seperti zaman kecik-kecik dulu. Tibe-tibe aku jadi teringat pada waktu pagi sebelum pergi sekolah. Turun daripada katil dan keluar bilik, aku tengok emak sedang menggosok baju manakala ayah pula menuju ke halaman luar untuk memberi makanan kepada kucing kesayangannya. Memang macam tu rutin harian keluarga aku pada setiap hari minggu.
Aku pula dengan rasa mengantuk menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Bila kena saja air sejuk terus terbeliak mata macam kena kejutan elektrik. Oh aku lupa rumah aku ada mandian air panas. Kenapa la aku bodoh sangat pergi basuh tangan menggunakan air paip yang sejuk tu. Selepas ambil wuduk, baru la aku rasa segar sikit dan bersemangat menunaikan solat subuh.
Selesai saja solat subuh, perancangan aku yang pertama untuk hari ni adalah membeli sarapan untuk aku dan juga kepada keluarga. Biasanya menu sarapan aku adalah nasi bungkus lauk ayam masak merah ataupun daging goreng. Tapi untuk hari ni aku beli Nasi Lemak ayam bagi mencuba sesuatu yang lain. Hasilnya tidak mengecewakan dan nasi lemak yang aku beli tu sangat sedap di makan ditambah lagi dengan perut yang tengah menyanyi kelaparan.
Habis saja makan dan perut pun sudah rasa kenyang, aku tiba-tiba jadi blur sebab tak tahu aktiviti apa yang patut aku lakukan sekejap lagi bagi mengisi masa yang terluang. Memandangkan laptop pun dah terbuka dari semalam lagi, aku pun meneruskan aktiviti blogging dan melayari laman web untuk seketika. Ingatkan ada isu hot yang baru tapi takde apa pun setakat ni. Aku beredar daripada menghadap laptop kemudian menuju ke bahagian ruang tamu sambil membawa buku cerita yang dibeli di Popular Book Store hari tu. Kemudian aku mulakana sesi :
dan berterusan
Sampai sekarang aku masih duk baca buku lagi. Walaupun bosan tapi hanya tu je yang aku boleh buat sekarang ni. Hujan pula turun dengan sangat lebat menambahkan lagi kesejukan dalam rumah. Nak tidur tapi malas sebab dah lama tidur. Apa yang aku nak buat lepas ni ?
12 ulasan
tengah fikir jugak nk buat ape nie ye.. ;p
BalasPadamhahaha.. nampak macam best! same laaa..
BalasPadamngah menganggur ni kat umah.. tunggu result stpm..
wah2 beli nvel mentg2 dapat baucer free yea.hihi
BalasPadamamoy : ha ah tengah bosan x tau nak buat ape
BalasPadamahmad : memang best pun tapi bosan gak la
denesor : ni beli bukan guna baucer. hehe
haha, aku pon tak tahu nak buat apa sekarang
BalasPadamboring giler petang ni
BalasPadamkero : haha lama x nampak ko :P
BalasPadamhaziq : aku lagi la boring wess
same goes to me, taktau nk watpe.. eheks! tp for the time being jadik chef x bertauliah kat umh, keh3... okey, nsi lmak itu nmpk sodap.. lapar suda neh :P
BalasPadammizmarmalade : jd chef kat rumah pun ok sebab ade keje memasak jugak
BalasPadamaku pon bosan..arghh nak beli novel jugakk
BalasPadamPfftttttt.. Tidur la best! Hahahaha
BalasPadamakoo : haha bosan gile
BalasPadamzahirah : memang tengah tidur ni