Hari Ni Bertolak Ke Melaka

9:30 PG

Hari ni aku bertolak menuju ke Melaka kerana nak hantar adik pulang ke Uitm Lendu. Aku, ayah dan adik bertolak pada pukul 8 pagi dan dijangka tiba di melaka pada lewat petang sekitar pukul 5 atau 4. Sebenarnya aku pun malas juga nak pergi jalan-jalan ke Melaka ni sebab perjalanan sangat jauh. Daripada Besut, Terengganu ke Melaka tu makan masa hampir 10 jam perjalanan.

Itu pun kalau jalan tidak sibuk. Sekarang ni Sambutan Tahun Baru Cina pun dah habis dan harap-harap jalan tidak jem. Kalau jem memang naya la lama di atas jalan raya. Ok aku pun dah tak tahu nak tulis pasal apa sekarang ni. Nanti la kalau ada benda menarik sepanjang jalan ke Melaka, aku akan update kat sini. Haihh perjalanan yang lama tapi lebih bagus daripada hanya duk rumah sepanjang masa.

You Might Also Like

3 ulasan