Ahad, 10 Februari 2013

Hajat tercapai di kenduri kahwin

Petang tadi aku dengan gembira dan excited melampau-lampau menghadiri kenduri kahwin sepupu. Tapi aku gembira terkinja-kinja bukan sebab kahwin sepupu, sebaliknya seronok sebab dapat makan daging gulai kat kenduri. Dah lama ceq mengidam nak makan gulai kawah / gulai kenduri kahwin sejak bulan 8 tahun lepas lagi tau. Akhirnya hari ni dapat juga makan. Itu pun mujur ada sepupu kahwin. Kalau x memang x berkesempatan la nak menjamah menu tu.

Apa yang sedap sangat gulai kat kenduri kahwin tu ? Ahaaa kalau area pantai barat aku x tau la korang menu apa bila kenduri kahwin tapi belah pantai timur ni kalau xde gulai kawah memang tak sah. Rasa dia memang cukup ummpphhh tapi tak boleh makan banyak sangat sebab kolesterol tinggi. Tapi rasanya petang tadi agak banyak jugak la aku makan. Takpe makan beberapa bulan sekali je, bukan selalu pun. Lepas makan, hilangkan dahaga dengan air sirap pulak. Ahaaa waktu kenduri la satu-satunya detik dimana air sirap menjadi sangat sedap. Aku pun tak tahu kenape tapi memang sedap pun air sirap kat kenduri kahwin.

Lusa akan ada kenduri belah rumah pengantin lelaki pulak. Lagi sekali akan berpeluang makan gulai daging. Jemu ? Nak jemu apenye sebab aku dah lama x makan tu. Susah kot nak jemu sebab kenduri ni bukan ada tiap hari. Paling kerap pun 2 bulan sekali. Dalam 2 bulan sekali ni la nak makan kaw-kaw sikit. Aku kalau bab makan memang syok sembang sampai lupa nak berenti. Ok la nak tengok tv lak. Esok rehat dan lusa kenduri lagi. Layannn

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
3 Comments

3 ulasan:

HAFIZAL berkata...

makan...makan.....peh terbaik lah

Freaky berkata...

hehe syok kot dapat makan kenduri.

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

 
Related Posts with Thumbnails