Pelajar Universiti Perlu Jadi Bijaksana

8:56 PG

Pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah selepas tamatnya kelas Kemahiran Berfikir ( thinking skill ). Tapi ni gambar semalam yang aku sempat ambil sementara tunggu semua pelajar lain keluar. Cakap pasal kelas kemahiran berfikir, aku jadi teruja dan excited dengan kelas ni sebab pensyarah membincangkan dan membentangkan topik yang memerlukan pelajar berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa dan ada juga diselitkan sekali nilai-nilai moral serta pengajaran yang dapat diambil iktibar.

Apa yang ditekankan oleh pensyarah semalam adalah pelajar perlu menjadi bijaksana dalam pemikiran. Bijaksana merangkumi semua aspek bukan sahaja akal fikiran tapi emosi, tingkah laku, dan rohani. Sebagai contoh ada orang yang bijak dalam pelajaran namun bila emosi gagal dikawal sekaligus menjerumus kepada tingkah laku yang tidak baik. Sebab tu bijaksana ni sangat diperlukan supaya emosi, tingkah laku dan rohani dapat dikawal dengan baik dan menjerumus kepada sesuatu yang positif.

P/s : ini merupakan apa yang aku faham mengenai bijaksana.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Memang perlu bijaksana, cuma bila bercakap sesuatu yg bijaksana tapi bercanggah dengan peraturan Universiti, dpt surat warning. Lalu bakat bijaksana kena simpan dlm poket seluar, buat2 bodoh lebih selamat....

    BalasPadam
  2. zulhilmi : insyaAllah x dipijak.

    jay ar : mendalam maksud tu. haha tapi memang betul, sikit2 dapat surat warning. buah fikiran pelajar x nak ambil untuk dibawa berbincang

    diana : x pe kak, sama sama berusaha memperbaiki diri

    BalasPadam