Sijil Kursus Kahwin Dah Dapat Tapi

12:36 PTG

Rasanya minggu lepas ade pengumuman bahawa sijil kursus kahwin dah pun dikeluarkan dan hari ni baru teringat untuk ambil sijil. Jadi bila dah ambil sijil tu rasa agak terkilan sikit dengan kesalahan ejaan nama pada sijil tu. Kesalahan x banyak pun cuma Mohammad tu sepatutnya jadi Muhammad. Tapi masalahnya bukan aku sorang je alami kesalahan ejaan macam ni. Ada lagi beberapa orang kawan aku yang turut alami kesalahan ejaan nama yang agak kritikal.

Persoalan sekarang macam mana boleh sampai macam tu sekali ? Nak kata senarai nama peserta agak banyak ? Rasanya dalam 200+ nama peserta je. Aku sendiri pernah key-in data nama user seramai 700+ orang semasa menjalani praktikal tahun lepas. Lepas key-in tu cek 2 atau 3 kali bagi memastikan nama yang dimasukkan sama seperti yang dalam list tu dan alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Ini sijil kahwin siap fotostat salinan kad pengenalan lagi hari tu, pon masih ramai yang mengalami kesalahan ejaan. X tahu la kat mane yang x kena.

P/s : apa pun terima kasih kerana menganjurkan kursus kahwin :)



Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

You Might Also Like

6 ulasan

  1. habis tu, kahwin nanti sijil masih sah tak? hmm , selalu berdepan dengan masalah salah eja nama.

    BalasPadam
  2. x tau la tia. rasanya sah kot. lagipun ade ic kat sijil tu

    BalasPadam
  3. tensen la kak nama pun salah eja. pada hal dah fotostat ic

    BalasPadam
  4. Boleh guna ke..sijil nikah yg salah ejaan tu..sya pun baru perasan satu huruf silap je..😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je guna. saya pon dah selamat kahwin. hehe

      Padam
  5. Nama suami sy pun salah satu huruf di sijil nikah sepatutnya Jaffar Ali tapi keluar Jaafar Ali, bila ditanya dia memotong nama yg salah dan tulis dgn pen dawat biru dan dicop di sebelah nama yg ditulis tu

    BalasPadam