Kemaskini Fail Peribadi

1:34 PTG

 
Bukan selalu aku rajin Kemaskini Fail Peribadi. Ada dalam setahun sekali kot tapi kali terakhir aku buat rasanya awal tahun lepas. Cuti ni sambil kemas rumah tadi ada ternampak fail kepunyaan aku di atas rak. Aku pun ambil untuk tengok dokumen-dokumen yang ada dalam tu yang berkaitan dengan hidup aku. Boleh kata semua maklumat penting ada kat dalam tu dan kalau hilang fail ni memang mampus la aku jawabnya.

Bila diteliti setiap helaian, tiada apa yang dapat aku tambah ke dalam fail peribadi ni. Semua sijil penyertaan atau penghargaan ada di kampus buat masa sekarang dan mungkin akan update kembali fail peribadi ni lepas tamat pengajian pada bulan Jun tahun ini. Dalam fail ni bukan saja ada maklumat atau dokumen penting malah ada juga aku selitkan sekali beberapa gambar sejak dari zaman persekolahan sehingga ke zaman matrikulasi.


Bila dah masuk universiti, dah pakai kamera digital jadi semua gambar simpan dalam pendrive je. Sebenarnya seronok bila kadang-kadang kita lihat fail peribadi. Teringat kenangan masa kecil-kecil dulu waktu mula bersekolah, tengok gred peperiksaan yang agak tak menarik, kad laporan kesihatan, dan macam-macam lagi. Semua tu jadi indah bila diingat kembali sewaktu meneliti setiap helaian yang ada dalam fail tersebut.

p/s : Bagus betul ayah yang buat fail ni. Sangat membantu bila perlukan sesuatu yang sangat penting.

You Might Also Like

2 ulasan