Isnin, 20 Mei 2013

Hujung Minggu Yang Burn

Semalam baru saja selesai menghadiri salah satu program universiti yang dikhaskan untuk pelajar tahun akhir. Fokus utama program lebih kepada pededahan bagaimana menghadapi sesi temu duga dan apa yang perlu ada dalam resume sewaktu pertama kali untuk meminta kerja. Nak kata banyak input yang dapat tu boleh la lagipun aku hanya fokus pada sesetengah part je.

Yang selebihnya aku tak berapa fokus dan banyak bermain. Hehe biasa la aktiviti macam ni di hujung minggu memang agak susah aku nak bagi perhatian lebih-lebih lagi hari khamis minggu lepas baru saja bertungkus lumus siapkan laporan Projek Tahun Akhir. Sekarang projek aku pun dah selesai dengan jayanya cuma tunggu masa untuk sesi pembentangan pada minggu depan. Lepas tu periksa akhir semester dan habis belajar. Yeeyyy.

P/s : Panggilan kerja masih tak dapat ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
6 Comments

6 ulasan:

Nazeera Yahya berkata...

guud luck untuk final project punyer ..

^^ .go go go !

Freaky berkata...

thanx. :)

diana berkata...

tengah tunggu panggilan kerj YE..

Freaky berkata...

diana : ha ah kak menunggu dan terus menunggu. haha

arin cat berkata...

awai tau nak kerja terus. lepak2x dulu :p

Freaky berkata...

arin cat : kalau ade offer masuk keje terus kot. kalo tolak takot susah plak nak dpt next offer

 
Related Posts with Thumbnails