Isnin, 4 Februari 2013

Devil May Cry Game Yang Best

Devil May Cry Game Yang Best dan begitu mengasyikkan sampai sangat susah untuk berhenti bila dah mula main. Haish baru je 3 hari balik ke rumah di Besut, Terengganu dah mula rasa gian dan ketagih nak main game. Cuti semester kali ni tak bawa balik komputer berserta game di dalamnya sebab takde kenderaan nak bawa balik sekali. Biasanya balik tumpang kawan dan boleh la sumbat barang-barang lain sekali tapi kali ni terpaksa balik naik bas. Takkan nak usung komputer dalam bas pulak kan ? Risau la takut kena kebas dengan orang lain kalau bawa macam tu je.

Berbalik kepada game Devil May Cry ( DMC ) ni, ianya bukan game baru kerana keluaran pertamanya adalah pada tahun 2001 iaitu pada zaman Playstation 2 baru keluar. Kemudian disusuli dengan DMC 2, DMC 3, dan DMC 4. Tapi awal tahun 2013 baru-baru ni keluar game ini sebagai versi Reboot atau boleh kata dibuat kembali bersesuaian dengan grafik, gameplay dan juga teknologi pada zaman sekarang. Jadi aku sempat meluangkan masa beberapa jam  bermain game ini dan hasilnya agak " WOW !!! " melekat terus hadap game tu sampai susah nak berhenti.

Namun sengaja game tu tak dihabiskan dengan cepat kerana bimbang nanti kalau dah habis main tak tahu nak layan game ape lagi. Setiap hari main sikit-sikit dalam 2 atau 3 jam camtu baru la lama sikit boleh layan sementara tunggu game yang baru untuk keluar.

Devil May Cry game Yang Best


Bagi yang masih tertanya-tanya apa yang best mengenai game ini, Aku hanya boleh ceritakan serba sedikit berdasarkan apa yang aku dah main. Kalau betul-betul nak feel kena la main sendiri baru la tahu best ke tidak. First adalah gameplay itu sendiri. Gameplay agak susah dan mencabar sebagai third person ditambah lagi dengan pelbagai skill membunuh bersama combo yang gempak dan menarik untuk ditonton sewaktu kita membunuh demon. Setiap combo yang kita lakukan akan ada level atau ranking yang tersendiri dan yang paling tinggi adalah dapat level SSS yang mana timing amat penting untuk lakukan combo pada demon.

Selain combo, tidak dinafikan bahawa grafik pada game ini sangat cantik dan tidak terlalu berat seperti game yang lain. Memandangkan graphic card komputer aku pun tidak terlalu power, tapi game ini mampu run pada resolusi 1600 X 1050 dengan semua setting pada high yang mana memaksimumkan tahap grafik untuk kepuasan yang lebih masyuk. Watak hero yang dikenali sebagai Dante mengalami sedikit perubahan berbanding Devil May Cry yang lama tapi masih lagi kelihatan kuat dan mampu menewaskan musuh. Manakala musuh pula iaitu demon atau Syaitan memang kelihatan sangat hodoh gila mampu membuatkan sesiapa yang main game ni rasa nak bunuh sangat-sangat demon-demon ni semua.

Keseluruhannya game ini memang best untuk dilayan dan cukup berpuas hati apa yang berkaitan. Bila balik perlis kena sambung main lagi game ni sebab tak habis lagi. Kena habiskan secepat mungkin sebab 19 Februari ni game baru pula akan keluar iaitu Crysis 3. Syoknya main game.

Comments
2 Comments

2 ulasan:

diana berkata...

HANTU GAMES RUPANYA DIA..AKAK NUI SUKA MAIN GAME TEMBAK2 BOLA JE..HEHE..

Freaky berkata...

hehe xde la hantu sangat kak. biase2 je luang masa lapang. ok la tu main game tembak2 bola. haha

 
Related Posts with Thumbnails