Menggelabah ayam tak tentu pasal

1:38 PTG

Semalam lepas habis buat kira-kira, mood malas pun menguasai diri dan aku ambil break selama 1 jam untuk blogwalking bagi menghiburkan diri membaca sesuatu yang menarik kat blog. Tapi sebelum aku blogwalking, aku memang dah set dalam kepala otak untuk jalan-jalan ke blog kaum hawa terutama sekali yang ada tajuk berunsurkan emo dan perasaan tak puas hati. Sebab apa aku suka baca post macam tu jangan ditanya. Apa yang pasti aku seronok baca penulisan sebegitu.


Zup zap zup akhirnya aku jumpa 1 tajuk post yang agak penuh perasaan. Tajuknya adalah......... Alamak aku dah lupa tajuk post dia semalam. Tapi takpe. Aku akan ceritakan semula mengenai apa yang aku baca semalam. Al kisahnya, seorang blogger perempuan ni berkawan dengan seorang lelaki yang dah lama dia kenal. Kawan sejak zaman sekolah lagi tu so mereka agak rapat sampai la sekarang. Kemudian suatu hari si lelaki ini pun dapat seorang awek.


Awek lelaki ni memang seorang yang kuat cemburu membabi buta. Malah babi yang buta pun takde cemburu macam awek lelaki ni. Nak pendekkan cerita, awek kepada lelaki ni agak jeles apabila melihat kemesraan hubungan antara pakwenya dan blogger perempuan ni. Akibat terlalu cemburu tak tentu pasal, maka awek lelaki itu pun menghantar mesej kepada blogger perempuan ni melalui fesbook. Dalam mesej tu ada ditanya bermacam jenis soalan yang sangat dasyat sampaikan aku tak sanggup nak tulis kat sini.


Well orang dah jeles, mesti la soalannya pun berunsurkan jeles juga kan ? Tapi blogger perempuan ni sangat bagus. Dia balas mesej tersebut dengan cara yang sopan dan menjelaskan bahawa hubungan dia dengan lelaki tu hanya sekadar kawan baik yang bermula sejak dari zaman sekolah lagi. Beberapa ketika kemudian, awek lelaki tu pun balas balik mesej kepada blogger perempuan ni. Namun dalam mesej yang seterusnya tu, awek lelaki tadi tak percaya dengan penjelasan blogger perempuan ni dan menuduh blogger perempuan ni ada hati kat teman lelaki dia.


Part ni yang paling aku suka kerana dapat baca dengan teliti mengenai situasi apabila perempuan dikuasai oleh perasaan cemburu. Dasyat ke ? Huuuiii memang dasyat gile la habaq hang. Bila perempuan dah cemburu, korang sembang la pelangi berlapis 14 sekalipun memang diorang takkan percaya. Itu baru pasal pelangi, silap hari bulan korang sebut I love u pun diorang dengar sebagai I hate u. Kalau dapat yang kuat cemburu macam tu, memang naya la wessss.


Ok ok sambung pada story tadi, akhir sekali blogger perempuan ni terpaksa mengurangkan kemesraan dengan lelaki tu bagi mengelakkan awek menggelebah ayam tu tidak merasa jeles dan cemburu membabi buta. so sekarang awek lelaki tu dah tak bagi mesej lagi kat blogger perempuan kerana blogger perempuan ni dah tak layan lelaki tadi dalam fesbook. Tapi yang paling bestnya, blogger perempuan ni tetap sms macam biasa kat lelaki tu tanpa pengetahuan awek gelabah ayam. Miahahaha cayalah blogger perempuan tu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. hahaa .. nasiblah dapat awek yang kuat cemburu ..

    BalasPadam
  2. sebaiknya gitu la...
    lelaki dan perempuan ni kalau berkawan ke bercinta ke biarlah ada jaraknya..takut jadi fitnah..:P

    BalasPadam
  3. KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv,Astro Ria ,Astro Warna ,Astro Arena ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
    TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. ahaha.. sengal je.. prmpuan mmg kuat cemburu.. cuma tgk gak cmne nk kwalnye..

    BalasPadam