Sabtu, 7 April 2012

Jakun Menggunakan Kamera Dslr

Kalau tak silap aku, 2 bulan yang lepas aku dah ada buat post pasal Mencuba Canon Eos 600D kepunyaan adik perempuan. Kali ni bila aku sampai di rumah untuk enjoy cuti seminggu, adik aku pula cuti selama 8 minggu dan sudah tentu kamera pun ada dengan dia sekali. So aku pun ambil kesempatan dengan mencuba sekali lagi kamera kepunyaan adik aku tu pada malam ni. Banyak juga gambar yang aku ambil antaranya gambar-gambar kucing peliharaan, gambar adik beradik dan beberapa pemandangan di sekitar rumah aku walaupun pemandangan takde cantik mananye pun.


Walaupun dapat beberapa tunjuk ajar daripada adik, aku still lagi masih blur dan agak kekok menggunakan kamera ni. hehe mesti la kekok, baru je guna beberapa jam takkan nak expect dah mahir guna fungsi dan mahir ambil angle kan ? sikit-sikit tu boleh la sekadar nak suka-suka ambil gambar makanan :D


poyo kan ? poyo kan ? kih kih kih

p/s : fuh fuh harap2 dapat bawa kamera ni ke kampus pada minggu depan. Oh ya lupa nak cakap aku dah selamat sampai ke Besut, Terengganu pada pukul 3 petang tadi. Alhamdulillah

Comments
4 Comments

4 ulasan:

de engineur berkata...

600D dah kira best dah tu. Apa lagi, balun lah

Freaky berkata...

huhu nak balun xde duit. ni pon guna adik punye je

ary_lee berkata...

Pehhhh.. bestnya.. 1family 1 kamera..
okie ler tuh..

Freaky berkata...

ary : huhu boleh la wat main2 :D

 
Related Posts with Thumbnails