Hiburan Kosong Dengan Tv
11:26 PTG
Korang tahu tak Aaron Aziz ada bertumbuk dengan Zed zaidi petang tadi dekat Pavillion KL ? Ada siap masuk dalam Propaganza kat Astro lagi tau. Tu baru satu beb. Lagi satu korang tahu tak yang memang dah terbukti lagi sahih bahawa Datuk K tu ada kahwin dengan Rozita Che Wan ?. Tu pun ada ditayangkan dalam Propaganza masa aku tengok tadi.
Jangan percaya pada statement perenggan atas tu. Aku pandai-pandai reka je weeiiii. Well everytime aku dapat peluang dan berasa nak tengok tv, pasti ia berkaitan dengan hiburan atau gosip-gosip yang mana kalau diteliti dan difikirkan itu semua hanya kosong. Ha ah kosong. Takde mende ape pun kalau ditengok. Nak kata terhibur, takdenye terhibur. Rasa meluat ada la bila dapat tahu artis tu gosip macam tu macam ni. Boleh kata hiburan tv pasal gosip style macam tu je dari zaman dulu sampai la ke zaman sekarang.
Habis tu kalau meluat kenapa tak tengok cerita lain ?
Seperti ayat diatas, aku ada cakap " Everytime aku dapat peluang " means kat rumah aku ni memang susah nak pegang tv sebab ianya dikuasai oleh emak dan adik beradik perempuan yang lain. Korang faham-faham je la apa yang perempuan suka tengok kan ? Kalau takde pasal gosip artis macam Melodi / Propaganza, pasti mengenai rancangan menyanyi seperti Kilauan Emas, Mania, dan tah ape rancangan menyanyi lagi pun aku tak tahu.
Itu kat rumah dah tengok pasal rancangan nyanyian, kalau aku keluar pergi lepak kedai makan pun sama je. Mula-mula tu memang la kedai makan pasang cerita kat siaran lain. Tak sampai 10 minit tup tup dah ada rancangan menyanyi kat tv. Bile masa diorang tukar aku pun tak tahu.
and...and...and korang nak tahu tak ape perkara paling lawak berlaku kat aku pada malam ni ? Tadi masa aku tengah santap makan malam depan tv, my mum ada tukar siaran kat tv dan tibe-tibe dia berhenti kat rancangan Kilauan Emas tu. Alaaa yang orang tu menyanyi lagu-lagu lama tu la. Kalau yang tak tahu meh aku nak cepuk sikit atas dahi. Kemudian aku pun dah tension dengan emak yang terus melekat dengan rancangan nyanyian tu, aku pun cakap la :
" Mak tak rasa bosan ke tengok tv asyik rancangan menyanyi je. Tak rasa tu semua kosong ke ? takde makna dan tak dapat ape pon tengok semua tu ? "
Mak aku pun balas la
" Betol la firdaus cakap tu. Memang rasa kosong dan tak faedah pun rancangan ni. Hari-hari pasal gosip dan menyanyi. Kalau gosip pulak gosip murahan sama-sama geng artis yang tak pernah nak habis. "
Aku rasa lawak pula bila dengar mak cakap macam tu. Ye la die tahu juga ape yang die tengok tu takde ape faedah pun tapi die still tengok lagi. haha. Kalau layan movie aku tak kisah la sebab movie ni pelbagai sikit dan kadang-kadang ade la juga ilmu bile tengok movie kan ? Ni asyik-asyik menyanyi dan gosip je.
9 ulasan
debar aku mg oyak gitu pasal rozita che wan..awek aku tuh,
BalasPadamhahahah
kat rumoh aku, adik aku sokmo duk ulang raja lawak.
annoying gilo.
dah la tak lawak.
aduh.
haha rozita ye wan ? selamat gf demo :D raja lawak yang x lawak memang annoying. lepas tu ulang bnyk kali. haha
BalasPadamhaha...aq malas nak ambil tahu gosip2 artis ni..takde faedah...haha~
BalasPadam> kilaun emas..mmg aq pangkah awal2..patut ke ada rancangan tu...mcm tak patut je..adehh...
haha aku yang x layan pon terpaksa layan sebab tu je yang mampu bile kat depan tv
BalasPadamlayan anime jek kat animax, haha
BalasPadamsaya bersetuju!!! hukhukhuk...
BalasPadamgosip semata2 semua tu kan..boring
BalasPadamkeroro : anime best wooo. hak hak
BalasPadampermata : hehe setuju ke ?
sutera : yep sangat boring
diana : untung la kak x layan rancangan macam tu. saya tension kat rumah. haha
BalasPadam