6 Web / Blog Paling Kerap Dilawati

9:00 PTG

Aku memang suka blogwalking dan baca info-info menarik yang ada kat sesetengah laman web / blog tapi nak update blog sendiri punya la sangat malas even sehari 1 post sekalipun. So dalam post yang aku agak sedikit rajin pada malam ni, yer sedikit je rajin tu,  aku nak kongsikan 6 Web / Blog Paling Kerap Dilawati oleh aku sendiri sepanjang bulan lepas iaitu bulan March. Ini merupakan taste bacaan aku disamping ambil tahu mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku pada setiap hari.

Anyway korang pon boleh lawat blog / web yang aku senaraikan kat bawah ni. Mana la tahu sebelum ni tak pernah jumpa atau dengar pun pasal blog ni tiba-tiba aku senaraikan kat sini terus menarik minat korang untuk cuba membaca. Ok aku pun malas nak membebel panjang sangat jadi apa kata tengok 6 web / blog di bawah



Lifehacker.com


Aku suka masuk Lifehacker sebab banyak benda boleh dibaca antaranya tips-tips kehidupan seperti masakan, makanan, teknologi, web, penyelesaian masalah, pengurusan kehidupan dan banyak lagi. Artikel yang ada di Lifehacker juga aku boleh katakan sebagai berkualiti sebabnya ia buatkan aku enjoy ketika membaca. So siapa yang rasa agak bosan dan tak tahu nak baca apa, aku cadangkan boleh lawat Lifehacker. At least dapat la juga tips berguna disamping luangkan masa yang bosan.


Muktware.com 

Aku salah seorang peminat Sistem Operasi komputer dan juga smartphone jadi Muktware merupakan laman web yang menyediakan berita terbaru mengenai apa yang aku minat ini. Antara topik yang sering ditumpu dalam Muktware adalah berkaitan dengan Android, Ubuntu, Linux, dan banyak lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan info terbaru mengenai apa yang disenaraikan di atas, ringankan diri korang lawat laman web ni.


Izwanyusof.com


Aku mula jumpa blog dia masa tengah jalan-jalan cari bahan bacaan pada musim cuti semester 2 bulan yang lepas. Aku pun tak tahu kenapa sampai sekarang baca blog dia ni tapi berdasarkan post-post yang dia hasilkan, agak menarik juga untuk luangkan masa membaca. Dia juga ada berkongsikan tips-tips dan panduan berguna untuk blogger yang ingin mencuba dan mempelajari platform blogging Wordpress. Banyak juga info yang aku dapat daripada post yang dia tulis jadi agak rugi ler kalau korang tak lawat blog dia ni dan aku harap dia ni update blog setiap hari baru la best nak baca post baru.




Owner blog ni memang banyak tolong aku dalam dunia blog lebih-lebih lagi berkaitan dengan Wordpress dan juga Hosting. Bila ada masalah sikit aku terus tanya dia tapi kadang-kadang kesian gak kat dia sebab sekali tanya banyak soalan. haha . Ok blog ni banyak berkaitan tutorial IT, tips-tips dan juga info terbaru yang mana berkaitan dengan IT. So boleh kata kalau nak dapatkan info-info menarik berserta dengan tutorial berkaitan dengan IT ni, korang boleh lawat blog ni.




Forblogger.net merupakan blog yang aku selalu lawat kalau nak dapatkan info semasa. Kiranya kalau nak up-to-date tu aku akan rujuk kat blog ni. Owner blog ni juga banyak tolong aku dalam bab Search Engine Optimization ( SEO ). Boleh kata dia ni memang hebat la bab SEO dan kalau tak percaya, cuba la masuk blog ini dan tengok jumlah pelawat yang masuk. Dasyat trafik yang masuk blog dia.




Siapa yang masih tak kenal dengan blog mamat ni ? Ish memang rugi la kalau korang tak pernah masuk blog mamat ni. Biasanya kalau aku dah malas nak baca mengenai info-info atau berita semasa, aku akan cari bacaan santai dan blog bacaan santai yang first sekali aku masuk adalah blog ni. Santai dan sempoi post yang dia tulis terutama sekali bila menyentuh bab bercinta dan tips-tips untuk pasangan. 99% post yang mamat ni tulis memang aku seronok baca dan menghiburkan. 


Oke rasanya setakat tu je  6 Web / Blog Paling Kerap Dilawati pada bulan March yang lepas. Bulan April tak tahu lagi sama ada akan kekal ataupun berubah kerana aku sangat rajin blogwalking dan bila jumpa je blog yang nampak macam best, terus aku stay sampai puas hati. Kalau la study pun aku dapat buat macam blogwalking kan bagus :)

You Might Also Like

12 ulasan

  1. bos, jom kito buat blog seo so.
    nak?.

    aku nak.tapi tak reti lansung.
    hehehhe.

    BalasPadam
  2. bila la blog aku nak masuk list.. angan-angan kosong jap =-)

    BalasPadam
  3. yang last tu je yg shiema selalu singgah (:

    BalasPadam
  4. muaz faris : hehe nanti ade la tu masa depan

    best : erkkkkk

    shiema : yang last tu memang best

    BalasPadam
  5. mcm menarik jerk 6 blog nie...

    BalasPadam
  6. Org menarik selalu hasilkan blog menarik...

    BalasPadam
  7. akak paling tak suka blog berita..:p

    BalasPadam
  8. hafizal : ha ah 6 blog ni memang best bg aku

    jr : yep setuju dengan jr. mereka tahu ape nak ditulis

    diana : hehe jangan baca blog berita.

    cikteddy : blog sastera ?

    BalasPadam
  9. belog mr k tu mmg wajib dilawat selalu huhu

    BalasPadam