Hari Ini Saja 4 Kemalangan

12:05 PG

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Negeri Perlis of Maryland hampir pukul 8 malam tadi dan sepanjang jalan, aku dan kawan-kawan takde mengalami sebarang masalah. Tapi walaupun sepanjang jalan tadi aku tak mengalami halangan atau masalah, aku dapat tengok 4 kemalangan yang berlaku semasa dalam perjalanan tadi. Kesemua 4 kemalangan tu berlaku di Gerik, Perak iaitu jalan yang penuh dengan selekoh yang berbahaya di samping panjat dan turun bukit. 

Bagi yang tak biasa dengan jalan Gerik dan drive dengan laju mostly akan terlibat dengan kemalangan sebabnya pemandu hilang kawalan akibat terlalu laju mengambil selekoh yang mana pada masa yang sama juga sedang turun daripada bukit.

Buktinya 3 daripada 4 kemalangan yang aku lihat tadi kelihatan kenderaan mereka terbabas dan keluar daripada bahu jalan dan semuanya sampai memasuki kawasan semak samun. Dalam 3 kemalangan yang terbabas tu, satu kereta tercampak masuk ke dalam longkang di tepi bahu jalan. Nasib baik tersekat di dalam longkang, kalau jatuh masuk gaung memang Al-Fatihah la jawabnya.

Bila turun saja daripada Gerik tu, aku nampak Bomba, 2 van Ambulan dan 1 kereta polis bergegas datang dari arah bertentangan dan menuju ke bahagian atas. Yang mana satu cedera parah aku tak tahu sebab aku tak berhenti tapi semua kereta yang terbabas memang hancur teruk terutama sekali bumper hadapan. Dasat wooo. Ngeri betul tengok kemalangan walaupun tadi takde nampak yang cedera di atas jalan.


Sampai rumah terus susun laptop dan barang-barang yang ditingalkan di kolej kediaman. and...and sekarang masa untuk tidur. Esok kelas 8 pagi. Demn !! demn !!! benci kelas pukul 8

You Might Also Like

5 ulasan

  1. mase cik suha blek kmpg nk cuti aritu pon ade eksiden kat pahang..nampak driver trsepit dlm kete..seram..eh haritu naik bas kt stesen bas baru kan?hehe

    BalasPadam
  2. huhu seram kan ? hari tu x naik bas. naik kereta kawan. stesen bas baru dah buka

    BalasPadam
  3. 4 skaligus? aduh .. btw , sama . tak suka kelas pagi .. hehe

    BalasPadam