NomNom Twenty Eleven Child Theme

11:49 PTG

Pada hari rabu yang lepas, Zeaks telah mengeluarkan NomNom Twenty Eleven Child Theme yang baru iaitu version 1.7. Kalau korang nak tahu, aku memang sangat suka dengan theme ni sebab ianya comel, simple dan mudah untuk configure. Boleh kata kalau aku ada blog peribadi yang menggunakan platform Wordpress, aku wajib akan install theme NomNom ini dan gunakan dengan setianya. Tapi sayang sekarang blog peribadi Wordpress aku dah tiada dan hanya ada yang biasa-biasa je.

Bagi sesetengah blogger, themes ni takde la special sangat sebab ia bukannya dilengkapi dengan built in seo plugin malah ada yang menganggapnya ia sekadar theme yang biasa saja. Well aku tak nak gaduh pasal tu sebab bagi aku theme ni kalau nak pakai di blog personal yang takde nak tumpukan kepada SEO memang sangat sesuai. Kalau nak yang tumpukan kepada SEO tu aku boleh pakai theme Genesis ataupun Thesis yang mana sangat advance dan harganya pun sangat mahal melambung.

Back to the topic, version baru 1.7 ini mengalami banyak perubahan berbanding version 1.6. Antaranya adalah ditambah mobile menu style yang mana bahagian menu akan kelihatan lebih kemas apabila view menggunakan mobile device. Selain itu, sebanyak 5 Google Fonts ditambah bagi theme ini iaitu Ubuntu, Droid, Playfair, Lato dan juga Rokkitt. 


Bagi yang masih tak dapat gambaran, blog Izwanyusof merupakan salah satu yang menggunakan theme NomNom Twenty Eleven tapi ianya versi lama iaitu 1.6 bukan version 1.7. Versi baru ni aku sendiri pun masih tak cuba install lagi dan insyaAllah kalau ada masa terluang akan cuba menggunakan theme ini di salah satu blog Wordpress. 

Kalau ada yang mahu cuba theme ini, boleh muat turun di bawah :


p/s : Comel, free, simple dan elegan. Tu yang aku suka :)

You Might Also Like

9 ulasan

  1. aku ada premium theme Thesis yg latest.. lalalala

    BalasPadam
  2. kalau yg guna blogspot mcm aq..boleh abaikan theme ni...ok..terima kasih...hee..~

    BalasPadam
  3. haha blogspot tak dapek la aku nak tolong ezad oi :D

    BalasPadam
  4. blogspot pakai la theme blogspot. hehe

    BalasPadam
  5. Aku juga pengguna Twenty Eleven tapi aku configure sendiri dari guna NomNom.

    NomNom ni memang sesuai untuk penggemar theme yang minimal tapi kan dia punya scroll down page berat sebab addtional function banyak semata-mata untuk mudahkan user configure pada dashboard

    - just my personal option.

    BalasPadam
  6. yep aku pun perasan nomnom ni berat skett bab scroll down tapi bagi aku as long takde yang teruk sangat sampai nyusahkan reader still worth to use

    BalasPadam