Pelekat Peti Ais Dulu dan Sekarang

9:08 PTG


Korang kenal tak apa benda yang ada kat dalam gambar tu ? Haaa tu la pelekat peti ais atau boleh kata sebagai perhiasan pada peti ais supaya peti tu nampak ceria dan menarik sikit. Dulu masa kecik-kecik comel dan kiut aku selalu je main dengan pelekat peti ais. Suka tengok dan selalu tertanya-tanya macam mana benda ni boleh melekat kat peti ais. Lepas tu main cabut dan lekat sampai la boring dah tak tahu nak buat apa.

Itu masa zaman kecil yang comel, sekarang dah hensem memang tak main macam dulu lagi. Yang aku terkejut pasal pelekat peti ais kat rumah aku ni adalah ia dah jadi kad jemputan walimatul urus pulak. Idea tu memang sangat kreatif kerana tiap kali kita nak buka peti ais, pasti akan terbaca dan teringat akan tarikh jemputan majlis kenduri tu. Kat rumah aku dapat 2 pelekat peti ais macam dalam gambar kat bawah ni :


Waaa dah la pelekat peti ais lepas tu bertemakan Facebook pulak. Memang idea pasangan ni berada di tahap kreatif berkali ganda daripada pasangan lain. Biasanya orang buat kad biasa yang bertemakan sesuatu tapi kali ni bukan kad sebaliknya guna pelekat peti ais. hu hu nanti aku kahwin tak tahu la nak buat macam mana. Mungkin kad yang simple je kot ataupun benda-benda lain yang menarik. Entah la tak fikir lagi buat masa ni.

You Might Also Like

13 ulasan

  1. serius..kreatif kot buat mcm tu...:D

    BalasPadam
  2. ha ah aku pon kagum dengan pasangan yang buat ni

    BalasPadam
  3. idea yang snagat kreatif ni.
    tapi berapa la harga sekeping kad ni.

    BalasPadam
  4. memang menarik!
    simple, kreatif dan dalam masa yang sama boleh dijadikan hiasan..

    BalasPadam
  5. awww!kreatif gilee..
    semart laaa..heee..
    nk buat cm 2 jgk laa nti..hahaha~

    BalasPadam
  6. kreatifnya..pndai pengantin tu buat, org pun x lupa mjlis dorg

    BalasPadam
  7. syazwan : harga tak tau la. haha buat sikit je la kalau mahal sangat

    ahmad : ha ah aku pun first time tgk camni

    anisa : yup memang kreatif siapa buat ni

    mas : ha ah hiasan duk lekat kat peti tu

    azi : memang kreatif

    puteri : huhu nanti nak kawin buat la 1

    sutera : yep sangat kreatif diorang

    BalasPadam
  8. MCM2 KREATIVITI ORG SEKARANG KAN

    BalasPadam
  9. gler kreatif kad kawen. kagum aku tengok. ko buat la tema twitter plak. hehe.

    BalasPadam