Cuti Seminggu Dah Bermula

6:10 PG

Cuti pertengahan semesester iaitu cuti seminggu dah bermula sejak semalam lagi tapi aku still lagi ada kat Perlis. Jadi hari ini dalam pukul 7 pagi aku akan bertolak pulang menuju ke Terengganu dengan menumpang kereta kawan sekelas yang mana dia pun berasal daripada Terengganu. Cakap pasal cuti yang hanya seminggu ni, aku takde perancangan yang khas untuk isi masa lapang. Mungkin kebanyakan masa hanya akan dihabiskan kat rumah je sambil berehat dan mungkin kalau aku rajin sikit, akan pergi jalan-jalan ke tempat yang best. Tapi rasanya aku akan lebih banyak stay kat rumah kot sebab memang tu yang biasanya aku buat bila musim cuti.

So kalau ikut perancangan, aku dan kawan-kawan bertolak dari Perlis dalam pukul 7 pagi dan kemungkinan sampai di Besut, Terengganu dalam pukul 2 petang. Itu pun kalau tak banyak berhenti masa dalam perjalanan tapi kalau dah balik dengan kawan-kawan biasanya banyak berhenti sebab nak makan. Ha ha bab makan memang cepat je nak berhenti.



Beberapa Perancangan Cuti Seminggu

1. Tidur dan Tidur secukupnya walaupun dah tak dapat nak lelapkan mata

2. Kalau rajin akan pergi jalan-jalan, Kalau la rajin kan ?

3. Update blog. Semestinya bersemangat bila internet rumah sangat laju

4. Keluar malam. Lepak dengan kawan-kawan

5. Makan makanan tempatan seperti nasi bungkus, kuih muih dan keropok lekor.


p/s : Doakan aku dan kawan-kawan selamat sampai ke rumah masing-masing tanpa sebarang masalah sepanjang perjalanan. Amin

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Selamat bercuti Freaky, semoga Allah merestui perjalanan pulang ke Terengganu dan kembali semula ke Perlis dgn selamat, amin....

    P/S: Pesan dgn kawan, berhati2 memandu, biar lambat asal selamat...

    BalasPadam
  2. untung la balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    aku tak balik pon.....

    huhu





    http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2012/04/sedih-tak-dapat-balik-kampung.html

    BalasPadam
  3. jr : thanx jr. Alhamdulillah dah selamat sampai :)

    ahmad : balikkk balikkk :D

    shiema : selamat bercuti juga :)

    BalasPadam