Facebook Relationship Status
4:18 PTG
Firstly aku nak ucap tahniah dan tumpang gembira kepada pasangan yang dah berstatus " in relationship " serta " married " dalam laman sosial facebook kerana aku masih lagi single dan tiada siapa yang sudi nak kat aku buat masa sekarang ( Yaaa Ampuunnnn ). Kepada yang masih single, anda jangan cepat berputus asa kerana masih ramai lagi jejaka yang baik serta hensem dan juga gadis-gadis tudung yang comel keputihan menunggu korang kat luar sana. Usha sket je lagi mesti dapat punya. Sikit je lagi tu ok ?
Tapi post ni bukan sekadar nak bergembira pasal status " in relationship " dan " married " tu kerana bukan semua itu benar dan kebanyakan budak sekolah zaman sekarang pun dah ada status " married ". Fuuhh advance betul budak-budak zaman sekarang ni sampai berani isytihar dah kahwin dengan pasangan tapi kahwin tang bila dan tang mana tu memang tak tahu la. Kalau korang nak tahu, aku ada groupkan 3 jenis relationship yang selalu duk bermain di wall facebook aku yang mana aku gredkan sebagai Baik, Biasa dan Annoying. Mari lihat korang yang mana satu berdasarkan kat bawah ni
Maintain Single & Married = Yang ni terbaik kerana kebanyakkan status diorang elok je tanpa drama dan lansung tidak annoyingkan pengguna yang lain
In Relatioship = Yang ni biasa je sebab sometimes ada drama n sometimes elok. Biasa la orang bercinta pasti ada sikit gaduh-gaduh dan lepas tu bila dah baik mula nak bermanja pulak.
Tukar-tukar Relationship = Yang ni cukup bermasalah dan kategori tak boleh duduk diam. Mula-mula single, pastu seminggu jadi In Relationship, kemudian next week jadi Married pulak. Tak sampai seminggu jadi single balik dan beberapa hari kemudian In Relationship dengan orang lain pulak.
Bercakap pasal tukar-tukar relationship, aku ingatkan lelaki je suka buat macam tu tapi baru-baru ni aku nampak ada beberapa kawan perempuan dalam facebook aku yang buat. Siapa nama dia tu tak payah la aku nak share kat sini tapi andai kata dia, dia dan dia baca post kat blog ni, harap-harap mereka sedar la bahawa apa yang mereka buat tu sangat annoying dan banyak sangat drama.
Bukan aku busy body ape, tapi mereka yang buat ni adalah gadis-gadis yang cantik dan aku berasa sangat kasihan dengan perangai macam tu. Sayang ler muka dah cantik, body dah menawan tapi perangai suka tukar teman lelaki. Sama ada mereka saja nak main-main ataupun memang nak serius tu aku tak berapa nak tahu tapi aku hanya tulis berdasarkan apa yang aku nampak je la.
Aku annoying tak ? hurmm sometimes mungkin ye dan mungkin tidak tapi when it comes to relationship problem, aku tak pernah dekat dengan facebook kerana bimbang akan tulis sesuatu yang boleh buatkan orang menyampah bila baca.
14 ulasan
lameeeee bebeno cek x komeng2 sini
BalasPadammaapkan sy ye tuan tanah
hhuhuhu
status?
saya masih "0" di FB
hehehehe :))
aimie : hehe no hal punye. owh status 0 ?
BalasPadamuntunglaaa ada makwe :p
BalasPadamaku rilex je...x main tukar2 nk tukar buat ape tah...haha...kalau betol baru tukar...kalau setakat nk main2,mmg annoying la kan..
BalasPadamazri : ek eleee mcm la die takde :D
BalasPadamazi : kalu tuka2 tu annoying. nyampah gile la azi. haha
HAHAHA.
BalasPadambiasalah bro, org ni macam2 perangai. kdg2 kita tak sedar pun benda kita buat tu mengganggu orang lain.
serius...aq tgk pun rasa annoying je..kejap2 bertukar status tu..huhu~
BalasPadamnizam : sbb tu sebelum buat kena beringat dulu akan orang lain. kang x pasal2 dapat cemuhan orang
BalasPadamezad : haha nyampah gile kan ? ko bile nak ade awek :P
BalasPadammungkin nak tarik perhatian lelaki kot?hehe..
BalasPadamdiana : huhu camtu la kak. x tau la ape yang seronoknya wat gtu
BalasPadambobo : ha ah maybe gak nak publisiti murahan
huhuhu... saya setuju... tapi sekarang saya memang x bape hiraukan sangat semua tuh... sebab dah malas nak amik peduli...:)
BalasPadamrelationship ni hanya akan menimbulkan fitnah je kan. And shiema tak suka yang selalu tukar tukar relationship
BalasPadampermata : kadang2 kite kena amik peduli gak sebab x nak nanti kite pon jd mcm diorg
BalasPadamshiema : tukar2 ni memang nak buat drama je sebenarnya