Mencuba Aplikasi TweetDeck

7:32 PG

Pagi tadi aku ada Mencuba Aplikasi TweetDeck iaitu sebuah aplikasi untuk hubungkan akaun twitter atau facebook dan juga untuk dapatkan feed serta update terbaru daripada rangkaian sosial. Maknanya dengan ada aplikasi ni kita tak payah susah-susah nak pergi ke akaun twitter melalui web browser dan kena masukkan emel dan pass setiap kali nak gunakan benda tu. Sangat leceh dan memenatkan kalau setiap kali nak guna rangkaian sosial kena masukkan emel dan pass bila nak login kerana aku tak suka simpan history dan cookies pada pelayar web atas sebab keselamatan akaun.

Jadi selain mempunyai akaun facebook, aku juga salah seorang pengguna Twitter tapi fungsi rangkaian sosial tu bukan aku gunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan. Ada la beberapa orang kawan kat Twitter aku tu tapi tumpuan utama aku kat Twitter adalah untuk dapatkan info terbaru mengenai apa yang aku minat seperti Google, Ubuntu, Wordpress, Firefox, Chrome dan majoritinya berkaitan dengan IT dan komputer. Kalau orang pula aku lansung tak follow artis, aku lebih prefer tokoh-tokoh dan orang yang hebat seperti Presiden Barrack Obama, Bill Gates, pembangun sistem operasi, pembangun laman web dan selebihnya macam tu la.


Selain dapatkan maklumat mengenai info semasa, aku pun jadikan twitter sebagai tempat nak merapu dan tulis benda yang bosan merepek. Saja nak lepaskan gian tangan nak update macam-macam status sebab kat facebook aku tak suka nak update status dan kadang-kadang rasa annoying jugak. Lulzz

Kembali kepada aplikasi TweetDeck,  semuanya sangat mudah untuk dikendalikan bermula daripada install ke komputer, kemudian masukkan detail akaun seperti username dan pass, and...and...and korang boleh dapatkan latest news / latest tweet dengan kadar yang segera. Kelebihan aplikasi ni adalah walaupun internet korang slow tahap gila babun punye pun still boleh tweet dengan bahagia dan dapat info latest. Kalau guna ikut pelayar web, internet yang slow memang akan keluar notis " you're using slow internet. Please refresh this page bla bla " .Kat bawah ada screenshot menunjukkan rupa paras aplikasi ini 


Bagi yang nak cuba aplikasi ni, boleh la cuba dapatkan di laman web >>> TweetDeck
pilih yang ada link : Windows XP or later.  Selamat mencuba :)

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Shiema pon guna TweetDeck. senang sikit (: Tak payah dah nak tukar page nak view itu ini (:

    BalasPadam
  2. yep sangat senang nak guna dan lagi satu sangat ringan loading

    BalasPadam