Mencuba Aplikasi Pixlr-O-Matic

12:14 PG

Maaf di atas kelambatan mengupdate post malam ni sebab aku takde idea dan tak tahu nak tulis pasal ape. So tadi masa tengah online, aku nampak adik perempuan yang ada kat sebelah sedang edit gambar menggunakan aplikasi yang aku tak pernah nampak. Bila ditanya rupanya aplikasi itu adalah Pixlr-O-Matic yang mana fungsinya adalah menambah effect pada gambar yang kita mahu edit.

Walaupun fungsinya agak limited dan takde advance macam Adobe Photoshop tapi aku ambil peluang juga untuk Mencuba Aplikasi Pixlr-O-Matic ini. Overall kalau setakat untuk tambah effect pada gambar, aku rasa tak rugi kalau cuba aplikasi ini sebab ianya senang dan cepat untuk proses edit gambar yang simple. Kalau nak yang lagi advance tu kena pakai Photoshop lerr ataupun Lightroom baru puas hati.

Kat bawah ni ada 1 Screenshot yang aku ambil menunjukkan interface Aplikasi Pixlr-O-Matic ini. Simple gile dan tak banyak ruang yang digunakan oleh aplikasi ini. Oh ya kalau ada yang nak cuba muat turun aplikasi ini untuk diinstall ke komputer korang pun boleh juga dengan tekan link muat turun yang dah tersedia di bahagian bawah page aplikasi tu. Selamat mencuba :)



You Might Also Like

3 ulasan